Friday 3 June 2011

RAKYAT SABAH KINI BERANI BERSUARA!



Oleh : SHAIMON S JUMADI

MENGHAIRANKAN! Pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) sudah semakin hampir dan boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang, tetapi Kerajaan Barisan Nasional mengambil sikap tidak popular sejak kebelakangan sehingga mengguris hati rakyat jelata.

Contohnya, kenaikan harga Petrol Ron 95, kenaikan harga gula, kenaikan tariff elektrik dan pelbagai lagi tindakan menambah garam ke luka di hati rakyat yang belum sembuh selepas pilihanraya umum ke 12.

Bagi orang kaya, kenaikan sedemikian tidak membebankan, tetapi bagi majoriti rakyat Sabah yang berpendapatan ‘ala kadar’ atau RM1,600 sebulan, bagaikan rumput di jalanan yang hidup segan, mati tidak mahu; sudah pasti tidak mampu membiayai ansuran bulan rumah, kereta, bil utiliti serta belanja persekolahan anak-anak.

Sekarang rakyat Sabah semakin marah, tetapi memendamkan kemarahan. Tidak guna meluahkan kepada media kerana sudah pasti tidak disiarkan, melainkan media baru seperti Sabahkini.net; tetapi jika tersiar, maka mungkin berakhirlah riwayat jawatan mereka yang membuat kenyataan.

Pemimpin BN yang semakin buta hati akan membalas dendam kepada pembawa berita dan bukannya tahu berterima kasih kepada Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung atau Ahli UMNO yang membuat kenyataan media.

Dalam tinjauan Sabahkini.Net ke beberapa lokasi, senario kini bukan seperti senario 1960-an kerana majoriti rakyat akar umbi termasuk Ketua Kampung, Pengerusi JKKK dan Ketua Cawangan tidak segan silu membuat kenyataan atau mengkritik pemimpin mereka secara terbuka.

“Kenapa mau ambil tindakan pemecatan ke atas kami jika yang ajar kami bersuara ialah Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin. Beliau bukan sahaja menentang Ketua Menteri Sabah, bahkan Perdana Menteri secara terbuka, tetapi diberi projek dan dilantik sebagai Senator. Jadi kenapa mahu balas dendam kepada kami jika hanya menyuarakan keluhan rakyat?,” tanya seorang Ketua Cawangan UMNO, Tampi-Tampi Darat, Azizul Sanarul.

Menurut Azizul, rakyat bukan ingin mengajar pemimpin politik tetapi hanya menyuarakan hak mereka yang dinafikan kerajaan selama ini kerana tidak mendapat apa yang dijanjikan sejak pilihanraya umum 1994 lagi.

Ternyata kenyataan Azizul ada asasnya kerana ke mana-mana sahaja lawatan Sabahkini.net, majoriti responden memaki hamun pemimpin BN yang sudah lupa diri, namun masyarakat Cina pandai menyimpan kemarahan mereka, bagaikan harimau menyimpan kuku, sekalipun hampir 80 peratus daripada mereka tidak menyukai BN.

Namun bumiputera masih kukuh bersama UMNO/BN sekalipun dilayan seperti ‘anak buangan’ kerana masih dapat mencari makan dan mencuri peluang, terutama Ketua Cawangan UMNO dan AJK Bahagian yang dijaga oleh pemimpin mereka, sekalipun ahli UMNO/BN tetap marah kerana semua habuan ditelan Ketua Cawangan mereka.

17 comments:

  1. The people are already prepared to vote anytime. Bring it on.

    ReplyDelete
  2. Tapi apa yang saya tahu semua harga barangan tersebut dibawah pengaruh harga dunia. Means kita tidak dapat menentukan harga sesuatu barangan itu sesuka hati. Namun adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan harga2 barangan tersebut tidak membebankan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Bagi saya plan untuk gaji harus diubah pada masa ini. Hal ini kerana jika kita masih lagi memberikan gaji sama seperti 6 tahun lalu, ianya sudah tidak relavan lagi. Cuba bangdingkan harga barang 6 tahun lalu dengan harga barang pada masa ini.......biarlah harga barang sejajar dengan kenaikkan gaji kita. Saya rasa ini adalah salah satu cara untuk berhadapan dengan kenaikkan harga barangan tersebut.

    ReplyDelete
  4. kenaikan harga barangan mmg akan menambahakan beban rakyat, seharusnya kerajaan cari alternatif untuk kurangkan beban rakyat. pendapatan rakyat perlu ditingkatkan.

    ReplyDelete
  5. kerajaan perlu mencari jalan terbaik bagi membantu rakyat dalam keadaan kos hidup yang tinggi.

    ReplyDelete
  6. ya.memang patut rakyat bersuara kerana dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10, menyatakan warganegara Malaysia adalah berhak (untuk) bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran. saya pasti memang ramai yang mengeluh dengan kenaikan barang akhir-akhir ini. apatah lagi ia berlaku dengan drastik terutama kenaikan minyak.

    ReplyDelete
  7. *Kebebasan dan hak-hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan-Perkara 10. diharap kerajaan mempertimbangkan setiap isi hati dan suara rakyat.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan tolong ambil pendekatan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah rakyat. Harap rakyat tidak dibebankan.

    ReplyDelete
  9. Harga barangan masa kini jauh berbeza dengan harga dahulu. Biarlah kenaikan harga barang sejajar dengan kenaikan gaji juga.

    ReplyDelete
  10. Bahaskan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 itu di Parlimen. Cari jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  11. That for our own sake. of coz la ba need to speak.

    ReplyDelete
  12. rakyat sabah harus lebih berani lagi bersuara..biar pemimpin kerajaan terbeliak mata..

    ReplyDelete
  13. yang menentukan hala tuju negeri adalah rakyat..

    ReplyDelete
  14. sekarang semua barang naik harga...gaji minimum masih lagi ditunda sebagai alat politik..

    ReplyDelete
  15. 1)Petrol RON95- RM1.90,
    Harga sebenar RM2.33 sen,

    2) Gas- RM 26.60 setong,
    Harga Sebenar RM53.62 sen,

    3) Tepung Gandum-RM 1.35,
    Harga Sebenar RM1.80 sen,

    4) Gula-RM 2.30,
    Harga sebenar RM3.50,

    5) Minyak Masak-RM2.50,
    Harga Sebenar RM3.50,

    6) Beras ST15-RM18.00 sekampit,
    Harga Sebenar RM24.00,

    bandingkan dahulu harga2 barang ini dengan harga barang di negara jiran..

    ReplyDelete
  16. kerajaan bukannya bodoh.. mereka juga tahu risiko kenaikkan harga barang terhadap rakyat dan juga mereka sendiri. mereka juga tidak bodoh memberikan pembangkang peluang menyerang kerajaan.. tapi bodohlah jika mempercayai pembangkang boleh memberikan subsidi serta mengekalkan harga barang hari ini untuk selama2nya..

    ReplyDelete
  17. Benar kata nickko, sepatutnya rakyat bersyukur dengan adanya kerajaan yang berani memberikan subsidi yang begitu tinggi kepada rakyatnya. Tengok sendiri dinegara jiran kita. Malaysia yang berpenduduk ramai mampun diberikan subsidi.

    ReplyDelete