Saudara Pengarang,
PIHAK Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawasanya pihak kami telah menerima aduan berkenaan kandungan dan komen-komen yang terdapat didalam blog tuan yang mana ada mempunyai unsur penghinaan terhadap inidvidu tertentu dan tidak sensitif terhadap isu-isu agama atau kaum.
Maklumabalas yang diterima juga mengulas bahawasanya pihak tuan tidak bertanggungjawab dalam mengawal atau mewujudkan artikel-artikel yang sihat menjadikan laman blog ini sebagai landasan bagi menjatuhkan dan memalukan orang lain.
Dengan ini ingin dimaklumkan bahawasanya adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) “sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar- mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain”.
Oleh yang demikian, pihak tuan juga diminta agar mengambil perhatian yang sewajarnya bagi memastikan topik-topik dan intipati perbincangan yang dibuat di dalam laman forum ini tidak bercanggah sama sekali di bawah AKM serta undang-undang lain yang terpakai di dalam Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Bagi Pihak Pengerusi,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Jabatan Pengawasan dan Pematuhan Kandungan
Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri
Suruhanhaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya, Malaysia
Tel: +603 8688 8000
Fax: +603 8688 1003
Emel: crd@cmc.gov.my
(NOTA : Teguran SKMM ini seolah-olah menganggap BoG tidak lagi berkuatkuasa kerana melakukan tapisan terhadap internet. Sabahkini menghormati apa juga komen yang dimuat kerana kerajaan Malaysia telah meluluskan BoG ketika menubuhkan Superkoridor Multimedia. Sekatan SKMM terhadap komen dan artikel yang dimuatkan dalam Sabahkini.net adalah mencabul Perlembagaan Persekutuan dan sekaligus memansuhkan BoG.)
Saya nampak kebanyakan blog ataupun laman web lain juga tidak menapis komen mereka.
ReplyDeleteWujudnya komen2 sebegitu mungkin kerana mereka tidak tahu bagaimana lagi hendak menyuarakan pendapat mereka.
ReplyDeletejadi, wajarkah pihak Sabahkini menapis setiap komen-komen yang dihantar kepada mereka?
ReplyDeletetapi nampak lagi menarik jika melihat komen-komen yang ada pandangan positif dan negatif. semua itu memperlihatkan luahan sebenar hati rakyat Sabah.
ReplyDeleteKomen2 ini mungkin boleh dijadikan landasan untuk memperbaiki sistem pemerintahan di negara kita jika diambil dari perspektif yang positif.
ReplyDeleteApa yang dikomen itu adalah suara rakyat dan ia juga perlu diberi perhatian. Kalau semua positif, tiada teguran, nanti tiada peningkatan sebab berada di zon selesa saja.
ReplyDeletetidak salah memberikan teguran jika menggunakan cara dan perkataan yang betul. namun, jika komen terang-terangan menyalahi peraturan itu patut dielakkan.
ReplyDeletemungkin Sabahkini.net perlu menapis mana2 komen yang mempunyai unsur2 seperti yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233..
ReplyDeleteapa yang salah jika apa yang dikatakan dalam komen2 tersebut adalah benar dan berasas?
ReplyDeleteapa yang dikomen itu adalah suara hati rakyat...seharusnya tindakan penyelesaian diambil..bukannya menyekat suara rakyat..
ReplyDeleteadakah kebebasan bersuara juga akan disekat? kalau macam tu, bagaimana kerajaan akan dapat membantu rakyat jika rakyat tidak menyuarakan keperluan mereka dan keinginan mereka? adalah perkara biasa semua orang ada pendapat masing2..suak atau tidak itu terpulang tetapi hak bersuara itu harus dipertahankan.
ReplyDeletebagi saya sabahkini.net bukannya landasan untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa..tetapi menunjukkan kelemahan yang harus diperbaiki..
ReplyDeletekomen2 tersebut adalah luahan hati rakyat, namun jika ia keterlaluan, wajar juga kita beri teguran.
ReplyDeleteSKMM menegur maka terima teguran itu sebaiknya.
ReplyDeleteYa Hosie Masie. Sebagai blog yang menjadi perhatian ramai, ada baiknya setiap teguran diterima secara positif.
ReplyDeleteSaya yakin sabahkini pasti dapat menerima teguran ini secara positif.
ReplyDeleteLepas ni pastikan sesiapun yang post komen harus berhemah. Tak salah meluahkan ketidakpuasan hati cuma jangan sampai TERLANGGAR mana2 akta :)
ReplyDelete