Sunday 12 June 2011

JALAN MAGIK, DI MANA NKRA?



SIMEN….Hanya 200 meter sahaja dinaiktaraf kepada simen, manakala selebihnya masih berbatu kelikir dan tanah merah. Gambar sisipan, Akop Kamit.

Oleh: NASUTION NAEJEL

BUKAN menjadi perkara rahsia lagi, tetapi sudah secara terang-terangan apabila Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Ulu Ulloi Tenom, Akop Kamit, 50, terkilan dengan tindakan pihak kerajaan yang seolah-olah menganak tirikan rakyat dan tidak mengendahkan segala aduan untuk mendapatkan sebatang jalanraya yang baik.

Malahan Pengerusi JKKK itu dengan tegas menyampaikan ejekan rakyat yang mempertikaikan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang sering ditujukan kepadanya, sebaliknya beliau secara berterus terang telah tertekan dengan ejekan itu gara-gara kelemahan pihak pelaksana.

Tegasnya, meskipun beberapa laporan telahpun dihantar kepada JKR sebelum ini, namun beliau kesal kerana sehingga sekarang tidak ada tindakan dilakukan terhadap sebatang jalanraya pintas kira-kira 2 kilometer yang menghubungkan Kg Ulu Ulloi dengan Taman Bahagia berdekatan Pekan Tenom.

“Tidak mungkin mereka (JKR) tidak tahu lokasi ini kerana Jurutera mereka sudah pun memeriksa jalanraya tersebut bersama Jurutera Kekal Mewah,” kata beliau dalam satu kenyataan media petang kelmarin sebagai mengulas rungutan para penduduk di kawasan terbabit.

Tahun lepas (2010), jalanraya tersebut telah disahkan oleh pihak kontraktor Kekal Mewah bahawa sebarang kerja-kerja penyelenggaraan setakat ini bukan dalam bidangkuasa mereka kerana ianya belum tersenarai sebagai tanggung jawab Kekal Mewah Sdn Bhd.

“Tetapi pada ketika itu, Kekal Mewah bersetuju untuk membantu kami mendaftarkan jalanraya itu dalam senarai mereka, manakala penyelenggaran dilakukan JKR buat sementara waktu sehingga ianya terdaftar, tetapi janji itu semuanya kosong,” tambah Akop.

Dalam pada itu, kenyataan Akop Kamit tercetus ekoran terdapatnya beberapa rungutan daripada para pengguna jalanraya khususnya mereka yang mempunyai kebun di situ yang tidak berpuas hati dengan layanan agensi kerajaan, terutamanya JKR yang bertanggung jawab dari segi kemudahan infrastruktur kerana belum menyelenggara jalan berkenaan.

SEMAK…. Jalanraya Pintas Ulu Ulloi dihiasi semak samun tidak diselenggara sehingga sukar bagi kenderaan berselisih tidak dapat digunakan pada waktu hujan.

Mereka juga mempertikaikan keberkesanan NKRA yang bertanggung jawab menaiktaraf kemudahan infrastruktur di kawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2009 di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandardan Wilayah (KKLW), kerana NKRA hanya gimik politik KKLW.

Jalanraya pintas yang menghubungkan antara perkampungan Ulu Ulloi ke Taman Bahagia dibina sejak lebih 20 tahun lalu aitu semasa era kerajaan Parti Berjaya bagi memudahkan penduduk keluar dan masuk ke kebun mereka yang terletak kawasan berkenaan.

Bagaimana pun sekitar tahun 2000, jalanraya tersebut mendapat agehan peruntukan untuk dinaiktaraf tetapi berlaku silap mata kerana hanya 200 meter sahaja yang dinaiktaraf kepada jalan bersimen, manakala selebihnya dibiarkan begitu sahaja sehingga ke hari ini.

10 comments:

  1. Hope that the related authorities will bring development as promised.

    ReplyDelete
  2. Harap2 Kg Ulu Ulloi Tenom dapat jalan raya untuk kegunaan sehari hari.

    ReplyDelete
  3. Tunaikan janji kepada penduduk Kg. Ulu Ulloi Tenom ini. Beri kemudahan kepada mereka yang berada di pedalaman.

    ReplyDelete
  4. Sementara menunggu bantuan datang, penduduk kampung mungkin boleh mengadakan gotong-royong atau alternatif yang lain untuk memulihkan sedikit jalan ini.

    ReplyDelete
  5. harap kemudahan yang menjadi keperluan penduduk akan dapat dipenuhi..

    ReplyDelete
  6. sebaiknya, pihak berkenaan perlu lakukan sesuatu supaya rungutan penduduk di kampung tersebut segera dapat diselesaikan. janji harus dikotakan

    ReplyDelete
  7. jika mengambil kira semua jalan raya yang perlu dinaiktaraf di seluruh pelusuk Sabah, belum tentu bajet tahunan yang diperuntukkan kepada kerajaan Sabah mencukupi untuk tujuan itu.

    ReplyDelete
  8. naiktarafkanlah jalan raya tersebut demi kemudahan penduduk.

    ReplyDelete
  9. Inilah yang akan berlaku jika takda pemantauan. J/raya pun mcm bukan jalan raya. huhu

    ReplyDelete
  10. Sekurangnya ada perubahan baguslah. Ini seperti langsung tidak dipedulikan. Kalau begini berterusan tidak hairan PKR dapat ahli baru di sini.

    ReplyDelete