Wednesday 15 June 2011

MAAF YB, KAMI BUKAN KERBAU!



BANJIR....Kegagalan pihak berkuasa tempatan menyelenggara sistem perparitan menyebabkan Jalan Kinarut sering dilanda banjir sejak bertahun.

Oleh :SHAIMON S JUMADI Foto : SIDIEK KOLO

KEGAGALAN pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan kerja-kerja menyenggelaraan sistem saluran perparitan di sepanjang jalanraya Kinarut dalam kawasan DUN Kawang yang sudah lama dibiarkan beguti saja telah menimbulkan kepada penduduk setempat.

Seorang penduduk Kampung Kinarut, Musi, yang menghubungi Sabahkini.Net semalam antara lain menyatakan sistem perparitan yang bermasalah itu bukan satu bulan atau dua bulan; bahkan sudah hampir 3 tahun dibiarkan begitu saja.

“Maaf YB, kami bukan kerbau yang memerlukan lopak berair untuk berkubang. Kami pengundi yang mempunyai hak asasi untuk dipenuhi Adun yang tidak pernah muncul setiap kali kami mneghadapi masalah banjir kilat,” ujar Musi dengan nada geram.

Walaupun isu ini sudah dimaklumkan kepada ADUN Kawang dan Jabatan Kerja Raya serta Pejabat Daerah Papar, kata Musi, namun sehingga kini tiada sesiapa yang memperdulikan mengenai masalah tersebut.

Musi menarik perhatian, setiap kali hujan, dalam masa yang begitu singkat, air begitu pantas menaiki kawasan-kawasan rendah yang berhampiran dan menjadikan kawasan sekeliling kampung berkenaan mudah dilanda banjir kilat sedalam antara tiga hingga empat kaki.

Kata Musi, Wakil Rakyat Kawang hanya pandai menabur janji manis kepada rakyat, khususnya penduduk Kinarut dalam pelbagai hal, tetapi masalah rakyat kurang diambil perhatian.

“Kami sudah serik kerana berkali-kali memberitahu kepada PKR dan CDOnya, termasuk ADUN itu sendiri, tetapi nampaknya seperti menunggu buah tidak gugur,” keluh Musi yang kesal dengan pihak berkenaan.

Kata Musi lagi, pihaknya bukan mahu meminta projek daripada ADUN, tidak kisah siapa yang mendapat projek tersebut, tetapi yang lebih penting, saluran parit sepanjang jalan raya Kinarut yang tersumbat dan menyebabkan air bertakung perlu diselesaikan segera.

10 comments:

  1. Hope that the authorities will work hard to improve the drainage to prevent flood every time it rains.

    ReplyDelete
  2. Wakil rakyat Kawang haruslah memandang serius akan masalah yang dihadapi penduduk dan segera menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  3. Pihak yang bertanggungjawab diharap dapat ambil perhatian membuat tindakan susulan.

    ReplyDelete
  4. Apa tindakan terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal melaksanakan tugas mereka ni.

    ReplyDelete
  5. Keperluan rakyat perlu dijaga. Jangan dekat PRU baru nak bertindak.

    ReplyDelete
  6. Jika masih berterusan boleh lah masukkan masala ini di akhbar2 agar orang yang sepatutnya bertanggungjwab sedar akan masalah ini.

    ReplyDelete
  7. harap masalah ini akan ditangani. sistem perparitan perlu diuruskan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. PBT patut bertindak menyelesaikan masalah ini. sekiranya punca parit tersumbat ini disebabkan oleh sampah sarap, ajak semua penduduk kampung turun membersihkannya.

    ReplyDelete
  9. selesaikanlah masalah ini jgn biarkan penduduk terus menderita dgn masalah banjir ini.

    ReplyDelete
  10. Musim hujan ini juga punca banjir belaku, harap kita bersama-sama menangani masalah yang dihadapi. Jangan asyik menunding jari saja. Apa kata kalau kita bergotong royong membersihkan kawasan parit pasti perkara ini tidak akan berlaku lagi.

    ReplyDelete