Wednesday, 8 June 2011

MUSA TERPERANGKAP DI PAPAN CATUR POLITIK?



Oleh : LIM KIM HOI

PERGERAKAN buah catur yang salah, memerangkap Musa Aman, dalam politik negeri Sabah setelah beliau bertindak ‘Check Mate’ apabila Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin mengeluarkan kenyataan bahawa LDP tidak dapat lagi berkerjasama dengan Musa Aman (bukan BN; berasaskan kepada kenyataannya itu).

Maka berlandaskan kenyataan tersebut, Musa melantik Datuk Yee Moh Chai daripada PBS sebagai Timbalan Ketua Menteri mewakili kaum Cina; meskipun PBS bukan mewakili kaum Cina dalam konsep BN.

Musa sedar bahawa lantikan Yee Moh Chai sebagai TKM dan mengekalkan Peter Pang sebagai menteri, menjadikan Parti Gerakan mendapat 2 kerusi Menteri di Kabinet Sabah, adalah tindakan yang salah dan jelas membelakangi konsep perkongsian kuasa yang telah lama diamalkan Barisan Nasional.

Tujuan Musa pun jelas diketahui, supaya LDP marah dan akan keluar BN, sepertimana tindakan Presiden SAPP Yong Teck Lee. Tetapi konspirasinya gagal apabila Presiden LDP, VK Liew memutuskan tidak bertindak.

Musa tersilap, kerana VK Liew terbaca pergerakan itu dan seterusnya mempergunakan pergerakan Musa yang silap itu untuk memerangkap Musa sendiri.

Apa yang Musa tidak dapat ramalkan adalah Gerakan langsung tidak mendapat sokongan kaum Tiong Hua kerana menurut laporan ‘Special Branch’ (SB), maka Musa tidak dapat bergantung kepada Gerakan. Musa menyesal ke atas tindakannya tapi malangnya, Perdana Menteri pula mula mempergerakkan buah caturnya terhadap Musa.

Parti LDP mempunyai satu kerusi Parlimen dan tiga DUN. Kawasan Parlimen yang dimenangi LDP adalah kawasan pembangkang; maknanya bukan kawasan selamat pada PRU-12 lalu, pun demikian LDP mampu merampas kawasan itu, melalui Presiden LDP-Datuk VK Liew.

Sokongan terhadap LDP terutama daripada kaum Cina terbukti melalui PRK Batu Sapi pada tahun lalu, sokongan kaum Cina memberikan kemenangan mutlak kepada calon PBS Datin Linda Tsen, dengan majoriti yang meningkat.

VK Liew tahu bahawa LDP mempunyai hak untuk memutuskan sama ada keluar dari BN atau terus mengekalkan statusnya di dalam BN. Beliau mempergunakan DAP yang merayu LDP keluar dari BN dan situasi ini membimbangkan atasan BN di KL. Najib sedar bahawa BN tidak boleh melepasi LDP, memandangkan kehilangan SAPP sebelum ini bukan saja kehilangan kawan, tetapi juga menambah pula musuh.

Apakah resolusi yang dapat menyelesaikan situasi tegang ini? Jawapan VK Liew kepada Najib mudah sahaja, tawar jawatan Senator kepada Chin Su Phin. Jawatan Senator yang diperoleh LDP bukan saja mencerminkan betapa penting LDP dalam hati Najib, malah ia juga seperti tamparan hebat terhadap Musa.

VK Liew sekian lama dianggap sebagai aset dalam pentadbiran Najib, berjaya merampas balik MP Sandakan dari pembangkang, walaupun beliau seorang budak Kota Belud. Sebagai seorang peramah dan profesional, VK Liew tepat dianggap sebagai ‘Winnable Candidate’ yang ditegaskan oleh Najib. Prestasi VK Liew di dalam kerajaan pusat pula mendapat kredit dari pucuk pimpinan BN. Beliau juga bertanggung jawab dalam reformasi undang-undang negara.

Jika VK Liew tidak dilantik sebagai Menteri dalam rombakan kabinet yang akan datang, kemungkinan besar VK Liew akan diberi tanggung jawab oleh Najib agar memainkan peranan yang lebih besar iaitu menguasai BN Sabah bersama Shafie Apdal-watak penting dalam pentabiran Najib di Sabah.

Perkembangan ini berasas memandangkan Timbalan VK Liew iaitu Chin Su Phin telah dijadikan Senator yang akan berada di KL, maka logiklah VK Liew mempertahankan benteng politik di Sabah dengan memegang jawatan penting di Sabah.

Selepas pergerakan silap yang dilakukan oleh Musa, pertama mempertahankan Raymond Tan dalam kabinet selepas keluar daripada SAPP dan masuk Gerakan dan kedua mempertahankan Peter Pang selepas keluar LDP dan masuk Gerakan.

Walaupun Parti Gerakan tidak bertanding dalam PRU-12 lalu, kini dengan mudah mendapat dua jawatan menteri dalam kabinet Musa.

Kesilapan ketiga Musa, apabila melantik Yee Moh Chai sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, mewakili kaum Cina.

Melihat kepada kesilapan-keslipan tersebut, pucuk pimpinan BN Pusat, melihatnya sebagai liabiliti kepada imej BN secara keseluruhan; atas sebab itu- DS Najib melantik Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin sebagai seorang senator dan telahpun mengangkat sumpah hujung bulan lalu.

Selain itu, Najib melihat kepada tindak tanduk Musa dalam penggantian Ketua Pemuda Umno Sabah, atas sebab itu memberi lampu hijau kepada Ketua Pemuda Umno-Khairy Jamluddin untuk mendedahkan ‘Perang Dingin’ antara Musa dan Naib Presiden Umno- Datuk Mohd Safie Apdal.

Perang dingin yang berlaku ini, apa lagi diperkuat dengan pendedahan Khairy, membuatkan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Salleh Tun Said, terpaksa membuat penafian; tujuannya untuk meredakan keadaan.

Namun, penafian Datuk Salleh itu, bukan sahaja mengiakan keadaan sebenar yang berlaku dalam Umno negeri; juga membongkar kelibat Musa dalam pengurusan parti di Sabah.

Kembali kepada pertelingkahan antara LDP dan Musa, Najib melihat kehadiran LDP merupakan aset kepada BN, kerana imej Presidennya yang bersih. Imej itu, dapat membantu kerajaan Najib dalam penghapusan rasuah.

Sebenarnya, pemenang antara pertelingahan antara LDP dan Musa adalah LDP, kerana akibat tindakan ‘acah’ LDP, Musa tersalah gerak buah caturnya.

Apakah Musa akan terus menerajui BN Sabah pada PRU-13 akan datang? Hanya Najib yang mengetahuinya.

26 comments:

  1. PBS adalah parti yg mewakili seluruh kaum di Sabah...asas penubuhan PBS tidak beralaskan kepada satu2 kaum saja, akan tetapi berbilang bangsa...saya rasa, PBS adalah satu2nya parti berbilang bangsa yang sebenar di Malaysia dimana Orang KDM, Cina & Bumiputera Islam adalah ahli2 nya...

    ReplyDelete
  2. Belum tentu lagi, PRU13 akan menentukan samada salah percaturan atau tidak.

    ReplyDelete
  3. Jangan cuba alihkan perhatian, kerana secara terang2an LDP memang ingin menjatuhkan Datuk Musa, kerana LDP ingin mengambil alih.

    ReplyDelete
  4. bukan mudah nak menjatuhkan Musa, prestasi dia sepanjang jadi CM amat baik. lagipun kepimpinan BN Sabah amat menyokongnya.

    ReplyDelete
  5. memang sudah menjadi kebiasaan jika terdapat ketidaksefahaman dalam parti. apa yang penting, mereka dapat menyelesaikannya dengan cara yang profesional.

    ReplyDelete
  6. saya pasti Musa Aman masih mempunyai sokongan yang kuat dari rakyat.

    ReplyDelete
  7. Lumrah politik, sentiasa ada yang tidak berpuas hati. Kawan pun boleh jadi lawan jika ego menguasai diri. Sebaik-baiknya, selesaikan masalah ini dengan profesional. Rakyat akan hilang kepercayaan jika pemimpin mereka bertelagah.

    ReplyDelete
  8. Selain itu, elakkan diri daripada terpengaruh dengan apa yang disiarkan di dalam media kerana bukan semua yang dikatakan adalah benar. Rakyat harus bijak membuat penilaian. Apatah lagi PRU yang semakin hampir ini.

    ReplyDelete
  9. "..Apakah Musa akan terus menerajui BN Sabah pada PRU-13 akan datang? Hanya Najib yang mengetahuinya."

    musa menjalankan tugasnya dengan baik..tiada sebab najib perlu mengantikan beliau dengan orang lain..

    ReplyDelete
  10. terlalu berisiko jika musa disingkirkan..

    ReplyDelete
  11. memang patut pun musa melantik Datuk Yee sebagai TKM baru kerana LDP sendiri yang cakap tidak dapat/mahu lagi bekerjasama dengan KM..jadi buat apa melantik LDP jadi TKM di mana LDP tidak boleh bekerjasama sebagai satu kumpulan? nanti bertambah-tambah pula masalah.

    ReplyDelete
  12. tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada PRU nanti,.

    ReplyDelete
  13. Not a checkmate yet. Wait and see when GE13 comes.

    ReplyDelete
  14. So far Musa has done a good job in developing Sabah although there are still many thing that required improvement.

    ReplyDelete
  15. Susah juga ni kalau terlalu banyak penganalisis, ada2 saja andaian yang dibuat.

    ReplyDelete
  16. Mungkin ada yang berpenadapat keaadan sekarang ni berkemungkinan checkmate tapi semuanya belum ada kepastian.

    ReplyDelete
  17. Masa akan menentukan segalanya. Jadi kita tunggu sajalah kedatangan next GE dan lihat apa yang akan berlaku nanti.

    ReplyDelete
  18. Selebihnya terpulanglah pada penilaian masyarakat sendiri kerana lain orang lain pandangannya.

    ReplyDelete
  19. Namun firasat saya menyatakan, apapun yang berlaku pasti ramai yang akan menyokong Musa untuk terus berdiri :)

    ReplyDelete
  20. apa yang disampaikan oleh media tidak semestinya 100% menggambarkan realiti sebenar, lebih2 lagi jika isu itu bersangkut paut dengan politik. jika musa aman terperangkap, itu bukanlah disebabkan oleh tindakan2 beliau, tetapi disebabkan oleh pihak2 tertentu yang tidak senang dengan kejayaan serta sumbangan beliau kepada negeri ini.

    ReplyDelete
  21. rakyat Sabah pasti boleh menilai dan melihat sendiri sumbangan Musa.

    ReplyDelete
  22. It is not an easy task for CM to make a decision.

    ReplyDelete
  23. Chin Su Phin brought this on himself.

    ReplyDelete
  24. Kes politik di Sabah memang menjadi isu besar suda.

    ReplyDelete
  25. Stop using other people for political mileage.

    ReplyDelete
  26. Rasanya Musa bijak menguruskan masalah yang dihadapi. Bayangkan berapa lama sudah Musa menjadi Ketua Menteri Sabah. Jadi rakyat Sabah sendiri boleh nampak apa yang Musa lakukan. Memang banyak sekali perubahan yang telah berlaku. Jadi kita mengharapkan Musa akan terus berjuang untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri saja.

    ReplyDelete