Oleh : AWANG AHMAD MAZLAN
DESAS desus yang bertiup kencang di Labuan beberapa minggu lalu ternyata benar bahawa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan dipilih sebagai calon BN bagi Wilayah Persekutuan Labuan pada pilihanraya umum akan datang kerana hanya Labuan tempat selamat bagi beliau untuk terus kekal di dalam Kabinet setelah tempohnya sebagai Senator berakhir tidak lama lagi.
Sebelum perlantikan Pemangku Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Yunus Kurus sebagai Senator, perbincangan sulit telah diadakan di antara Yunus, Naib Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian bagi memastikan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan; manakala Yunos dilantik sebagai Senator dan Raja Nong Chik akan mewakili Labuan pada pilihanraya umum ke-13.
Walaupun Yusof mempunyai rekod buruk dengan Perbadanan Labuan dan pelbagai pihak membantah perlantikan Yusof sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, namun Raja Nong Chik yang bertindak berani, tidak mempedulikan segala bantahan yang disuarakan rakyat Labuan semata-mata untuk memastikan beliau mempunyai tempat untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.
Perlantikan Yusof sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan jika menjadi kenyataan, tidak memberikan sebarang makna kerana beliau mungkin tidak kekal lama di jawatan berkenaan kerana keputusan Mahkamah Tinggi Labuan pada 9 Ogos 2011 akan menentukan masa hadapannya dalam politik.
Yusof yang menjadi Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan telah gagal menjayakan projek Pasar Baru Labuan setelah memecat sub-kontraktor Nautika Innovasi Sdn.Bhd dan mencuri cerucuk (milik sub-kontraktor) bernilai lebih RM1 juta daripada Sub-kontraktor dan memperdaya Perbadanan Labuan untuk membayar pendahuluan kepadanya sejumlah RM4 juta sedangkan semua kerja dilaksanakan oleh Nautika Innovasi Sdn.Bhd.
Percaturan politik ini jika menjadi kenyataan, akan menjadikan Labuan sebagai ‘Tanah Jajahan Politik UMNO’ kerana Ahli Parlimen akan datang diimport daripada Semenanjung Malaysia setelah tidak ada tempat yang selamat bagi meneruskan kerjaya politik Raja Nong Chik.
Dalam hal ini, Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Negara gagal menasihati Perbadanan Labuan dan Raja Nong Chik agar tidak melantik Yusof sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan sehingga kes penghakiman mahkamahnya selesai.
Menurut jadual, Yusof akan mengangkat sumpah Sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan pada 10 Jun 2011 bagi menggantikan Dato’ Ahmad Phesal Bin Talib.
Secara tradisi, Ahli Parlimen Labuan akan dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, namun dalam kes Yusof agak janggal kerana sekalipun beliau telah menjadi Ahli Parlimen Labuan sejak Mac 2008, namun hanya akan memegang jawatan pada 10 Jun 2011 jika semua program berjalan seperti dirancang.
Dalam pada itu, Yunus adalah antara enam Senator mengangkat sumpah pada Isnin lalu bersama Presiden Kongres India Muslim Malaysia, Datuk Syed Ibrahim Kader; Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin, Exco Wanita UMNO, Norliza Abdul Rahim; dan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Merbok, Saiful Izham Ramli. Perlantikan mereka berkuatkuasa 20 Mei lepas.
Kuota jawatan Senator Labuan telah sekian lama dikosongkan setelah penyandang terakhirnya, Datuk Omar Bledram telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Peribahasa mengatakan orang tamak selalu rugi. Tetapi dalam situasi sekarang, orang tamak selalu untung. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Renung2 kan.
ReplyDeleteTingkatkan prestasi, kekalkan rekod bersih, nescaya boleh menjadi pemimpin yang yang mendapat sokongan padu daripada rakyat.
ReplyDeletejgnlah melantik seseorang yang mempunyai prestasi yang kurang baik.
ReplyDeleteini hanya desas desus saja. apa pun, pastikan hanya orang yang layak untuk menjawat sesuatu jawatan.
ReplyDeletekenapa Yusof masih dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan jika dia mempunyai rekod yang buruk dan rakyat sendiri pun membantah perlantikannya?
ReplyDeletekalau bantahan guna mulut tidak berkesan, mungkin rakyat perlu bantah menggunakan tindakan.. paham2 la pemimpin.. tidak lama lagi tu..
ReplyDeletePastikan latar belakang wakil adalah baik.
ReplyDeleteHope that Yunus will not disappoint the people. Try to do a good job.
ReplyDelete