Saturday 11 June 2011

10 AJK CHESIRE HOME SANDAKAN KEKAL



BINCANG…...Hee sedang membincangkan sesuatu ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

PERSATUAN Rumah Amal Sabah-Sandakan (Sabah Cheshire Home Sandakan) telah mengekalkan seramai 10 sebagai Ahli Lembaga Jawatankuasa persatuan tersebut.

Pengerusinya, Hee Qui Shing menyatakan demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan persatuan bagi kali ke 7 2009/2011 tersebut di Bilik Gerakan bangunan persatuan berkenaan, kelmarin.

Katanya, 10 orang yang terus dikekalkan sebagai ahli lembaga jawatankuasa persatuan tersebut bagi tempoh 2011/2013 terdiri daripada Pengerusi, Hee Qui Shing Naib Pengerusi; Peter Chong Tai Moi; Setiausaha, Aloysia Yee dan Bendahari, Annie Hugh.

Sementara 5 orang ahli jawatankuasa persatuan tersebut terdiri daripada Dora Chu, Vianny Yam, Maria Chang, Shaimon S Jumadi, Chock Siew Choi dan Irwana Hj Mahsan Sandukong.

Menurut Hee, mereka dikekalkan dalam persatuan tersebut adalah atas jasa bakti dan khidmat mereka yang banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam merancang aktiviti-aktiviti persatuan ini ke arah matlamat yang diharap-harapkan itu.

Dalam perbincangan tersebut yang memakan masa hampir 2 jam itu, persatuan rumah amal ini akan merangka program untuk memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan dengan tujuan untuk mengisi tabung bagi menambah dana persatuan tersebut.

Selanjutnya, bagi pihak Persatuan Rumah Amal Sabah-Sandakan, Hee mengucapkan kepada jutaan terima kasih 10 orang penderma wang tunai iaitu Syarikat Sing Hoi Motor RM500; Hang Seng Trading Company RM500; Sri Linkabau RM10,000; Pillis Malim RM600; Girl Guides LA Sandakan RM1,100; Chung Yuk Yin RM700; Hatha Yoga Centre RM1,400 dan Tan Tshung Han RM1,000.

10 comments:

  1. Hope that they will continue to serve Cheshire home. All the best.

    ReplyDelete
  2. semoga mereka akan terus melakukan khidmat yang baik..

    ReplyDelete
  3. mereka dikekalkan kerana perkhidmatan mereka yang baik.

    ReplyDelete
  4. "Menurut Hee, mereka dikekalkan dalam persatuan tersebut adalah atas jasa bakti dan khidmat mereka yang banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam merancang aktiviti-aktiviti persatuan ini ke arah matlamat yang diharap-harapkan itu."

    semoga mereka menjadi teladan kepada ahli jawatankuasa yang lain.

    ReplyDelete
  5. Keep up the good work.

    ReplyDelete
  6. Taniah, dan teruskan perkhidmatan yang baik:)

    ReplyDelete
  7. Semoga dengan pengekalan ini, aktiviti2 yang bakal dijalankan dapat mencapai objektif dan matlamat Sabah Cheshire Home Sandakan.

    ReplyDelete
  8. That's good for the people to give donation. Thank you.

    ReplyDelete
  9. kerajaan juga patut menyokong penuh persatuan seperti ini.. good luck SCHS!!

    ReplyDelete
  10. Semoga terus memberikan yang terbaik dalam jasa bakti dan khidmat tenaga dan buah fikiran dalam merancang aktiviti-aktiviti persatuan.

    ReplyDelete