BERGOYANG… Matin menunjukkan keadaan jambatan yang bergoyang apabila dilalui pengguna, apatah lagi kenderaan.
Oleh: NASUTION NAEJEL
JANJI tidak tepat menyebabkan Pengerusi JKKK Kg Undusan, Matin Kamandu naik berang dengan Pengurusan Kekal Mewah Sdn Bhd kerana telah menabur janji akan membaiki kerosakan jambatan tersebut sejak tahun 2010 lagi, memaksa mereka (penduduk) kelihatan dungu dan ‘bodoh’ janji yang belum tertunai.
Tersentak dengan kata-kata Matin, Juruteknik Kekal Mewah, Sameon Endim ketika dihubungi wartawan Sabahkini.net memberitahu bahawa pihaknya akan memulakan kerja-kerja membaiki kerosakan jambatan di Kg Undusan seperti yang telah dilaporkan kepada mereka sebelum ini, sebaik sahaja kelulusan peruntukan untuk tujuan itu daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah telah diterima.
Beliau berkata, pihaknya telah pun menyedari perkara tersebut sejak tahun lepas lagi (2010) tetapi ia berlaku kelewatan disebabkan pelbagai prosedur dalaman perlu dipatuhi ketika proses urustadbir mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.
Namun jelasnya, pihak terbabit perlu bersabar dalam beberapa ketika lagi kerana pihaknya tetap akan melaksanakannya sebaik sahaja semuanya sudah tersedia, khususnya peruntukan kewangan.
Sameon berkata demikian ekoran rungutan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Undusan, Matin Kamandu yang bosan menunggu janji pembaikan jambatan rosak oleh Kekal Mewah sejak awal 2010 lagi.
Matin berkata, keadaan jambatan tersebut setakat ini sudah mencederakan dua penunggang basikal terjatuh ke dalam sungai.
“Saya mendesak Kekal Mewah supaya jambatan ini diberi keutamaan untuk dibaiki kerana kami sudah terlalu lama menunggu janji-janji mereka. Sampai bila kami perlu tunggu, sedangkan jambatan ini laluan utama penduduk setiap hari,” tegas Matin.
Selain itu, Matin dengan nada yang tegas menggesa pengurusan Kekal Mewah agar lebih serius dan lebih bertanggung jawab di atas setiap janjinya kepada masalah yang diadukan kepadanya oleh rakyat.
Janji akan dituntut selagi ia tidak ditunaikan.
ReplyDeletePenduduk kampung perlu berhati-hati ketika menggunakan jambatan ini. Bantuan mungkin mengambil masa lagi. Harap bersabar dan pihak yang berwajib harap segerakan pembaikan ini.
ReplyDeleteKekal Mewah Sdn Bhd ni sebenarnya siapa ya?
ReplyDeleteharap jambatan ni segera diperbaiki sebab ia sering digunakan oleh penduduk dan keadaannya juga tidak selamat. takut nanti berlaku kemalangan yang lebih teruk.
ReplyDeleteWhat happen to those promises that were made to the people???!!
ReplyDeleteAdui bahaya ni kalau beterusan.. huhuu. Pihak yang berkenaan harus segera selesaikan perkara ini sebelum sesuatu yang buruk berlaku.
ReplyDeletePara pengguna jambatan ni harus berhati-hati bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.
ReplyDeletejambatan tersebut perlu dibaiki demi keselamatan dan jambatan tersebut juga sentiasa digunakan oleh penduduk.
ReplyDeletetahun lepas itu tidaklah terlalu lama. lagipun Kekal Mewah telah menjelaskan kenapa berlaku kelewatan. sepatutnya penduduk kampung merujuk kepada Kekal Mewah terlebih dahulu sebelum memanjangkannya ke media.
ReplyDeletekelewatan itu kerana peruntukan dari kerajaan negeri belum diterima, harap peruntukan segera diberikan agar kerja pembaikan jalan tersebut segera dilaksanakan.
ReplyDeleteHope that the promises made can be fulfilled.
ReplyDeleteSudah setahun lebih masih janji tidak ada kelihatan. Harap pihak berkenaan yang telah diamanahkan melakukan kerja pembaikan jambatan tersebut.
ReplyDelete