LUBANG.....MPS masih gagal menyelenggara ‘Fixed Deposit’ di depan Pasar Umum Sandakan.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
EKORAN kelemahan berterusan pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dikhuatiri menjadi punca utama kekalahan calon Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar pada pilihanraya umum ke 13 nanti kerana majoriti masyarakat Cina benar-benar marah kepada MPS.
Mungkin V.K. Liew, Raymond Tan dan Au Kam Wah tidak pernah terfikir ramai pemimpin BN tersingkir gara-gara lubang kecil, sama ada berkaitan Skandal Seks atau Jalanraya berlubang.
Kebimbangan ini ternyata benar kerana semasa Wartawan Sabahkini.Net meninjau semula lubang kecil berbau busuk di hadapan Pasar Umum Sandakan untuk memastikan apakah tindakan MPS berhubung aduan umum berkenaan yang disiarkan Sabahkini.net; lubang berair tersebut hanya diletakan dua kepingan simen, bukannya menutup lubang berkenaan dengan aspal atau simen.
Ketika Wartawan sedang mengambil gambar keadaan lubang yang tidak berubah itu, tiba-tiba dua orang lelaki kaum Tiong Hua menghampiri lantas menempelak kerana lubang itu hanya kecil sahaja tetapi lubang di lorong-lorong belakang bangunan dan kaki lima lebih teruk daripada lubang di hadapan pasar berkenaan.
Menurut dua orang lelaki Tiong Hua tersebut, yang memperkenalkan diri mereka sebagai Chong dan Lee, tidak tahu di mana silapnya kenapa MPS gagal menjaga kepentingan rakyat walaupun aduan berterusan dibuat melalui Dewan Perniagaan Tiong Hua dan Persatuan Peniaga dan Penjaja.
“Kami bingung untuk membuat keputusan pada pilihanraya akan datang kerana merasa seperti membuang undi kami ke tong sampah. Kami rasa wakil rakyat kami tidak pernah pedulikan kebajikan kami yang tinggal dalam bandar. Luar Bandar jangan cakaplah,” ujar Chong yang mengadu sampah di belakang kedainya tidak dipungut sejak tiga hari lalu.
Chong turut menjelaskan bahawa beliau tidak pernah lewat membayar cukai pintu dan pelbagai kadaran lain, tetapi mendapat layan buruk daripada MPS; iaitu gagal memastikan Sandakan bersih dan selamat.
Manakala Lee yang bekerja sebagai Pemandu Teksi berkata beliau kesal kerana jalan di Bandar Sandakan kurang diselenggara sehingga terdapat banyak lubang yang merosakkan tayar kereta dan menyebabkan kemalangan kecil kepada beliau.
“Saya brek mengejut kerana terdapat lubang besar di lorong belakang kedai tetapi kereta lain langgar bonet saya. Satu kali, tayar saya pancit kerana ada pecahan botol dalam lopak berair,” ujar Lee yang menggesa agar MPS menyelenggara lorong belakang dan jalan di kawasan bandar.
Bagaimanapun kata Lee, jika MPS terus mengekalkan sikap bebal dan enggan mendengar aduan awam, masyarakat Tiong Hua terpaksa membuat pilihan bestari. Mencontohi rakyat Sarawak dengan memilih calon yang boleh menyuarakan masalah mereka seperti DAP atau SAPP.
“Saya rasa lubang-lubang ini adalah ‘Fixed Deposit’ yang sengaja dibiarkan oleh MPS untuk agenda tertentu yang hanya diketahui oleh Presiden MPS sendiri,” ujar Lee secara berseloroh tetapi tegas.
Kata Lee, beliau kagum dengan sikap Mantan Presiden MPS, Yeo Boon Hai kerana awal pagi lagi beliau sudah melawat kawasan yang dilaporkan media atau aduan umum bagi mempastikan MPS tidak dijadikan batu asah untuk mengasau pisau bagi menyembelih Barisan Nasional.
Kedua mereka meminta agar gambar mereka tidak dirakamkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini atau tindak balas Presiden MPS.
Hope that the government will stop treating Sabahans as fixed deposits.
ReplyDeleteContohilah etika kerja presiden MPS yang terdahulu. Peka terhadap masalah yang dihadapi dan rajin turun padang.
ReplyDeletePihak yang berwajib perlu ambil serius dengan masalah yang dihadapi oleh warga Sandakan. Jangan sampai mereka hilang kepercayaan baru terkapai-kapai nak menarik perhatian mereka lagi.
ReplyDeletesebarang isu yang timbul haruslah diselesaikan dengan segera demi kebaikan semua.
ReplyDeletesudah terlalu banyak aduan yang dibuat mengenai Sandakan. harap2 pihak yang berkenaan segera sedar dan bertindak untuk menangani setiap masalah yang dihadapi.
ReplyDeleterasanya presiden MPS sekarang ini patut letak jawatan memandangkan terlalu banyak masalah di Sandakan yang tidak mampu beliau selesaikan.
ReplyDeleteMPS harus peka dgn keadaan bandar Sandakan. jgn bersikap sambil lewa. perbaiki mana2 kerosakan yang ada.
ReplyDeleteMacam mana juga hal ini boleh terlepas pandang? Aduan dah dibuat tapi mcm masih belum ada tindankan konkrit g. hhmm..
ReplyDeleteDulu Tenom yang selalu disebut di alam maya, sekarang ni banyak balik2 baca pasal Sandakan pula. huhu
ReplyDeleteMPS patut tampil beri penjelasan kenapa aduan2 sebegini timbul. Jangan biarkan masyarakat Sandakan berfikiran yang bukan2.
ReplyDeleteKalau tidak pun, buatlah apa yang patut. Selesaikan setiap aduan yang dibuat bagi membuktikan kebajikan rakyat diutamakan.
ReplyDeleteHarap hal ini akan selesai cepat.
ReplyDeletebarangkali MPS malas mahu buat kerja..
ReplyDeleteYB di kawasan tersebut di mana? takkan perkara ini tidak diketahui?
ReplyDeleteMPS seharusnya segera melakukan pembaikan..jika dibiarkan berterusan ini akan menjadi kemarahan kepada penduduk..
ReplyDeletecontohi mantan presiden MPS..
ReplyDeleteSemakin hari, semakin meningkat cerita tetang MPS ini. Banyak masalah timbul oleh MPS kerana tidak merancang sesuatu perkara dengan baik.
ReplyDelete