Wednesday, 1 June 2011

GERAN KOMUNAL ATAU GERAN KOMUNIS?



BANTAH....Jakol (tiga dari kiri) mengetuai sebahagian pemilik tanah membantah tindakan jabatan berkenaan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SERAMAI 142 pemilik tanah pekebun kecil yang membabitkan seluas 3,000 ekar di Kampung Taviu Masumbak, Telupid membantah sekeras-kerasnya terhadap tindakan Jabatan tanah dan Ukur yang mengenakan sistem pengukuran secara ‘Fast Track’.

Jakol Gambut yang bertindak sebagai Ketua peserta bagi membuat bantahan tersebut mendakwa tindakan Jabatan Tanah dan Ukur amat keterlaluan dan benar-benar menaikkan darah pemilik tanah berkenaan.

Menurut Jakol, dalam surat yang kami mereka daripada Jabatan berkenaan, menyatakan tanah seluas 3,000 ekar yang membabitkan 145 orang peserta hanya akan dikeluarkan satu geran sahaja.

“Kami benar-benar tidak setuju sama sekali kenapa tanah seluas sebegini hanya menggunakan satu geran sahaja seperti geran komunal. Kenapa tidak dipecahkan geran yang berasingan agar setiap pemilik berhak memegang geran masing-masing,” jelas Jakol.

Tegas Jakol lagi, tanah seluas itu sudahpun dibahagi lot masing-masing dan sudahpun ditanami kelapa sawit, getah dan juga pokok buah-buahan.

“Dengan amat kesal sekali, saya ingin dedahkan di sini ialah tindakan pihak Jabatan berkenaan telah di sokong bulat-bulat oleh ADUN Labuk iaitu Datuk Seri Micheal Asang. Apa punya Wakil Rakyat ini, bukannya membantu rakyat, tetapi menindas rakyat,” ujar Jakol yang marah dengan sikap Michael Asang yang tidak memperdulikan nasib dan masa hadapan penduduk kampung berkenaan.

Namun kata Jakol, “Tidak apalah Micheal. Kami akan hukum kamu nanti pada pilihanraya umum ke 13. Kami bersumpah dengan nama Tuhan Jesus, kami tidak akan mengundi calon BN di DUN Labuk.”

Kata Jakol, sekiranya Jabatan Tanah Dan Ukur ingin meneruskan niatnya untuk berbuat demikian ke atas tanah-tanah mereka, maka beliau akan mengumpul seluruh pemilik tanah terbabit akan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pintu pejabat berkenaan untuk membantah tindakan mereka.

“Saya dengan pengikut-pengikut lain tidak takut kalau polis mahu tangkap, tangkaplah. Kasi masuk kami beramai-ramai ke dalam lokap. Bukan kami buat salah, kami berhak menuntut hak kami yang sebenarnya. Tapi perlu ingat 142 orang ini tidak akan mengundi calon-calon BN-UMNO dan BN-PBS,” kata Jakol yang kesal kerana ada wakil rakyat pun mereka terus tertindas juga, tanpa sebarang pembelaan.

Jakol turut menimbulkan persoalan yang hanya boleh dijawab oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, apakah geran yang dikeluarkan kepada mereka Geran Komunal atau Geran Komunis?

15 comments:

  1. shaimon s Jumadi dinasihatkan supaya membuat liputan secara beretika. Menurut en. Jikol, beliau tidak pernah memberi kenyataan [Namun kata Jakol, “Tidak apalah Micheal. Kami akan hukum kamu nanti pada pilihanraya umum ke 13. Kami bersumpah dengan nama Tuhan Jesus, kami tidak akan mengundi calon BN di DUN Labuk.”]namun en.Jikol minta maaf kepada seluruh umat kristian yang telah tersinggung dengan kenyataan yang ditambah-sembarang oleh wartawan.sekali lagi saya minta maaf..

    ReplyDelete
  2. The people does not trust this?

    ReplyDelete
  3. Cari penyelesaian lain yang boleh diterima oleh penduduk sekitar.

    ReplyDelete
  4. GERAN KOMUNAL ANAK NEGERI DIKELUARKAN DI SABAH: MUSA
    27th April, 2011
    KOTA KINABALU: Kerajaan berusaha mempercepatkan proses permohonan tanah untuk tujuan pengeluaran Geran Komunal Anak Negeri dengan memperkenalkan kaedah terkini iaitu Pemberimilikan Tanah Terancang Fast Track.
    Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, bagi membolehkan Geran Komunal dikeluarkan menggunakan kaedah itu, pindaan kepada peruntukan di bawah Seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah telah diwartakan pada 10 Disember 2009.
    “Antara objektif pengeluaran geran komunal adalah untuk menyelesaikan isu tuntutan tanah-Hak Adat Anak Negeri Sabah (NCR) tanpa melalui Siasatan Tanah, menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah dengan memberimilik tanah secara adil dan seimbang dan melindungi kepentingan Anak Negeri Sabah ke atas tanah kerajaan di sekitar kawasan perkampungan Anak Negeri.
    “Selain itu ia juga menghalang Anak Negeri Sabah daripada menjual kelulusan permohonan tanah dan hakmilik tanah, mempercepatkan proses pengeluaran hakmilik tanah jenis NT/ FR kepada Anak Negeri Secara berkelompok (communal) dan membasmi kemiskinan melalui pemberimilikan tanah yang terancang dan pembangunan tanah yang optima,” katanya.
    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi Abdul Mijul Unaini, pada sesi soal jawab persidangan dewan undangan negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.
    Musa berkata, setakat ini sebanyak tiga geran komunal Anak Negeri dengan jumlah keluasan 17,935 ekar yang melibatkan seramai 1,702 orang di dua buah daerah di Nabawan/ Pensiangan dan Tongod telahpun dikeluarkan geran komunal.

    ReplyDelete
  5. “Daripada tiga kawasan yang dikeluarkan geran komunal anak negeri, perjanjian usahasama untuk membangunkan ladang sawit di kawasan Lalampas, Tongod telahpun dimeterikan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) untuk tempoh 25 tahun.
    “Mengikut syarat perjanjian, anak negeri atau benefisiari yang terlibat akan memiliki dividen sebanyak 40 peratus manakala LKTNSsebanyak 60 peratus.
    “Kawasan yang terlibat dengan usahasama itu akan dibangunkan dengan dua jenis tanaman iaitu seluas 8,000 ekar ditanam dengan kelapa sawit yang dikenali sebagai “Major Agriculture Zone” dan kawasan kedua, seluas 1,000 ekar akan ditanam dengan tanaman kontan yang dikenali sebagai “Community Economic Zone”,” katanya.
    Beliau berkata, manfaat yang akan dinikmati oleh benefisiari adalah dalam bentuk dividen, peluang pekerjaan dan peluang perniagaan sesuai dengan kemampuan dan kemahiran sedia ada.

    “Setakat ini kerja-kerja pembangunan tanah yang telah dilaksanakan adalah penanaman anak benih kelapa sawit yang kini berumur enam bulan dan pembinaan jalan daripada sempadan kawasan Lalampas ke tapak semaian.
    “Selain itu, kerja-kerja penyediaan ladang dan penanaman kelapa sawit akan bermula pada Ogos tahun ini dengan anggaran kos perbelanjaan sebanyak RM74 juta.
    “Projek pembangunan ladang kelapa sawit dijangka akan siap dalam tempoh empat tahun,” katanya.
    Musa berkata, bagi dua kawasan Geran Komunal Anak Negeri yang telahpun dikeluarkan di daerah Nabawan, pihak kerajaan merancang untuk membangunkan kawasan berkenaan secara usaha sama dengan LKTNS.
    Sementara itu, kawasan tanah kerajaan seluas 38,994 ekar yang melibatkan seramai 4,161 peserta telah siap diproses di peringkat daerah dan pada ketika ini sedang diproses di Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur untuk pengeluaran sebanyak 43 Geran Komunal Anak Negeri, katanya.
    Beliau berkata, kawasan tanah kerajaan seluas 60,770 ekar sedang dirancang untuk tujuan pengeluaran Geran Komunal Anak Negeri.
    “Pemberimilikan tanah melalui Geran Komunal adalah langkah positif Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan proses pemberimilikan tanah berskala besar kepada anak negeri dan juga membantu membangunkan tanah secara optima dan mampan, dengan harapan dapat membantu membasmi kemiskinan.
    “Pendekatan itu juga menyelesaikan sebahagian besar isu NCR di negeri ini,” katanya.
    Sehubungan itu Musa menyeru wakil-wakil rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam program itu supaya menyokong dan memberi kerjasama kepada usaha murni kerajaan ini.

    ReplyDelete
  6. Rasanya, penduduk kampung perlu diberi penjelasan mengenai hal tersebut. Wakil rakyat perlu memainkan peranannya dalam hal ni tapi kenapa berdiam diri.

    ReplyDelete
  7. Wakil rakyat telupid macam gagal dalam tugasannya. bebrapa article dalam Sabahkini melibatkan wakil rakyat Telupid.

    ReplyDelete
  8. Pihak Jabatan Tanah dan Ukur perlu memberi penjelasan kepada penduduk mengenai tindakan mereka mengeluarkan hanya satu geran bagi tanah 3000 ekar yang dimiliki 142 orang penduduk.

    ReplyDelete
  9. cari penyelesaikan bagi masalah ini. veri penjelasan kepada penduduk, mereka mgkin tidak memahami konsep geran komunal.

    ReplyDelete
  10. geran komunal ini dapat mengelakkan tanah daripada dijual..

    ReplyDelete
  11. nampaknya apa yang dikatakan oleh si pengadu sengaja ditambah-tambah untuk menyedapkan cerita..jadi mungkin juga ini adalah satu fitnah..

    ReplyDelete
  12. etika kewartawanan telah dilupakan..kalau sudah tahu ditokok tambah mengapa artikel ini tetap dikeluarkan? jelas ianya sengaja dilakukan.

    ReplyDelete
  13. art431 said...

    thanks.. inilah yang kadangkala buat saya sukar untuk mempercayai media elektronik/bebas.. ada2 sahaja maklumat yang ditokok tambah..

    ReplyDelete
  14. Gopuk said...

    maklumat yang sdr berikan cukup untuk menggambarkan usaha kerajaan ini sememangnya baik untuk rakyat. yang tidak baik bila ada pihak yang tidak senang dengan usaha kerajaan membantu rakyat dan sengaja memberikan gambaran negatif terhadap apa sahaja usaha kerajaan. bagi pihak2 yang suka menghasut rakyat menentang kerajaan sebenarnya lebih suka melihat rakyat berada dalam kesusahan supaya mereka sentiasa mempunyai bahan untuk dipolitikkan..

    ReplyDelete
  15. Kenapa dengan geran Komunal ini?Rasanya penduduk perlu memahami kenapa kerajaan memberikan cadangan dengan geran komunal ini. Jangan mudah percaya dengan pihak yang cuba menghantui fikiran penduduk.

    ReplyDelete