Oleh : HJ.WAHAB TIMPAI.
PRESIDEN Parti Keadilan, Dato’ Dr.Azizah Hj. Ismail melantik Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman selaku penasihat kepada ketua-ketua cabang di negeri Sabah, berkuat kuasa SERTA MERTA dalam mesyuarat di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Sabahkini.net terus bergegas menemui Halik di kediamannya, di Kinarut, namun beliau enggan mengulas jawatan baru itu kerana ingin segera bertolak ke Tenom untuk melawat kawasan dan mendengar masalah rakyat.
Kepercayaan pucuk pimpinan parti untuk melantik Ketua Cabang Tenom dalam jawatan tersebut merupakan satu penghargaan kepada rakyat keseluruhan di Tenom.
Halik Zaman, berpandangan luas dan memiliki IQ yang tinggi adalah aset penting PKR dalam usaha untuk memenangi pilihanraya umum Sabah akan datang.
Menjadi penasihat bukan satu perkara mudah, tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar. Ini kerana, ketua-ketua cabang dalam PKR sebahagian besarnya mantan penjawat awam berpangkat tinggi, cuma strategi politik untuk mengatasi lawan mungkin masih memerlukan tunjuk ajar daripada penasihat.
Kata orang, kalau politik sudah menjadi darah daging Halik Zaman, justeru itu, setiap peminat politik sudah tentu mencari formula yang menjamin kejayaan.
Kenapa perlu diwujudkan jawatan penasihat dalam setiap pertubuhan? Ini kerana, bak kata pepatah; rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain, maka tugas penasihat hanya mahu meredakan keadaan yang panas supaya bertukar menjadi sejuk.
Meskipun, Halik Zaman enggan mengulas perlantikan itu, namun dari segi wajah beliau serius menerima jawatan barunya itu.
Apapun Sabahkini.net akan mengintai beliau datang di Tenom untuk meminta ulasan secara terperinci untuk menjawab beberapa soalan nanti.
Good luck to Halik.
ReplyDeleteHalik harus menjalankan tugas dengan baik dan dedikasi.
ReplyDeleteApapun semoga beliau memberikan yang terbaik.
ReplyDeletesemoga Halik dapat memperkuatkan lagi perjuangan dalam PKR.
ReplyDeleteAll the best Halik
ReplyDeleteMay he make positive changes in PKR.
ReplyDeleteAll the best. Hope there will be good changes in PKR.
ReplyDeletetunggu dan lihat sajalah apa yang akan dilakukan oleh Halik selepas menerima jawatan ini.
ReplyDeletejangan pula nanti timbul lagi kes kononnya pelantikkan itu tidak wujud atau tidak dibuat secara rasmi seperti mana yang berlaku kepada seorang ahli PKR.
ReplyDeletekita lihat adakah Halik dpt memainkan peranannya dgn baik.
ReplyDeleteHalik terpilih menjadi penasihat ketua cabang PKR Sabah. Mungkin dia yang terbaik setakat ini. Kita lihat saja pergerakan setiap parti.
ReplyDelete