Oleh : HJ.WAHAB TIMPAI.
MANTAN Setiausaha Politik kepada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan era kerajaan Parti Bersatu Sabah, John Jinus berhasrat untuk bertanding di kawasan Tambunan pada PRU 13.
Kawasan Tambunan kini diwakili Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Josep Pairin Kitingan.
John Jinus merupakan Pengasas PBS meninggalkan parti itu bersama-sama Datuk Dr. Jeffery Kitingan dan masuk Keadilan (PKR) dan terus memimpin PKR di Tambunan selaku Ketua Cabang.
Bagaimanapun, Dr.Jeffery Kitingan telah keluar dari PKR bersama beberapa orang rakannya, tetapi, John Jinus yang merupakan orang kanan Dr. Jeffery dalam PKR, ketika dulu tidak keluar dari PKR, sebaliknya beliau (John) meneruskan perjuangan dalam PKR.
John tidak menafikan bahawa stastistik pengiraan undi pada PRU 12, setiap peti undi di Tambunan memang tiada yang di menangi oleh pembangkang, tetapi senario politik sekarang di Tambunan telah berubah, jelas John ketika tiba gilirannya memberi taklimat kepada para penceramah sebelum berakhirnya kursus itu.
Kursus pemantapan PACA sebagai persediaan menghadapi PRU 13 anjuran PKR negeri Sabah diadakan selama dua hari di Hotel Beringgis Beach Resort yang berakhir petang 8 Jun 2011.
Sementara itu, mantan pegawai polis Afared Linggi bakal memusnahkan politik wakil rakyat dari parti UPKO-BN di kawasan Bingkor pada PRU 13, Justin Gungka.
Ketika memberi tahu Sabahkini.net semasa waktu rehat dalam kursus itu, Linggi berkeyakinan besar kawasan itu jatuh kepada tangan Pembangkang pada PRU 13.
Kawasan Bingkor termasuk dalam Parlimen Keningau yang diwakili oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sekarang ini.
Ramai bekas penjawat awam yang pernah menyandang jawatan seperti Pengarah dan Pegawai Polis yang sudah bersara turut mengambil bahagian dalam kursus memantapkan para petugas PACA di samping berkongsi pandangan di kawasan lain selepas mendengar tunjuk ajar para penceramah yang berpengalaman yang didatangkan khas dari Ibu Pejabat PKR Kuala Lumpur.
Kawasan Tenom merangkumi dua kawasan DUN menghantar seramai sambilan orang yang diketuai oleh Setiuasaha cabangnya Masrey Raisimin turut dalam kursus itu.
persaigan antara john dan Pairin pasti sengit.
ReplyDeleteSenario politik mungkin akan berubah dengan adanya lagi generasi2 baru yang mendaftar sebagai pengundi.
ReplyDeleteJentera PBS harus mengatur strategi dengan lebih baik jika mahu kekalkan kemenangan. Persaingan PRU 13 mungkin sengit.
ReplyDeletepersaingan mungkin sengit, tapi rasanya Pairin mempunyai sokongan yang lebih banyak.
ReplyDeleteWe'll wait and see how it goes.
ReplyDeletePada PRU-12 lalu, setiap peti undi di Tambunan tiada satupun yang dimenangi oleh pihak pembangkang. jadi, kita tunggu dan lihat samada Jinus mampu membawa kemenangan kepada pihak pembangkang di daerah Tambunan pada PRU-13 nanti ataupun sebaliknya.
ReplyDeletejangan terlalu yakin dan jangan terlalu meremehkan pihak lawan. belum cuba belum tahu..
ReplyDeletepairin sukar dicabar di tambunan...selama ini tidak kira sama ada pairin kerajaan atau pembangkang sokongan tetap kuat diberikan kepada beliau di tambunan.
ReplyDeletemungkin dengan perubahan politik masa kini, pairin dapat dicabar tetapi untuk john menang adalah hampir mustahil..belaiu mesti mengemukakan isu yang kukuh untuk mencabar pairin.
ReplyDeleteapa2 pun, kita tunggu dan lihat pada PRU nanti.
ReplyDeleteBekas pengasas PBS dan juga presiden PBS akan bertanding di Tambunan. Kita tunggu saja apa yang mereka boleh lakukan untuk PRU13 ini.
ReplyDelete