Wednesday, 1 June 2011

KUALITI PROJEK RM1 BILION DISANGSI




DESAK...Ketua Cawangan UMNO Luko bersama beberapa penduduk desak ADUN supaya jalan gravel dinaik taraf semula

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PENDUDUK Kampung Taviu Masumbak kira-kira 16 kiolometer dari Pekan Telupid mendesak kepada Ahli Parlimen Beluran dan ADUN Labuk agar segera menaik taraf jalan sejauh 3 kilometer dari persimpangan Jalan Besar bagi memudahkan penduduk setempat membawa keluar hasil pertanian mereka.

Timbalan Pengerusi JKKK merangkap Ketua Cawangan UMNO Kampung Taviu, Luko Gonbud dalam kenyataan kepada Sabahkini.net kelmarin, menjelaskan bahawa jalan tersebut sebenarnya sudah dinaiktaraf pada 26 Oktober 2009 oleh Mirfen Enterprise menerusi ‘Projek RM 1 Billion’ tetapi kerja-kerja pelaksanaan naik taraf tersebut sangat tidak memuaskan.

Jalan sejauh 3 kilometer itu, kata Luko, sepatutnya disimen atau bubuh dengan batu kelikir dan bukannya menggunakan batu batan yang diambil dari sungai berhampiran.

BUKTI....Inilah papan tanda peninggalan kontraktor terdahulu yang membuktikan tender dipanggil tetapi kerja sambil lewa, sebaliknya bayaran penuh telah dibuat.

“Kita dapati Mirfen Enterprise telah sub pajak kontrak tersebut kepada kontraktor lain semata-mata mahu mencari keuntungan segera, tetapi dari segi pelaksanaannya, tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan,” kata Luko lagi.

Selaku Ketua Cawangan UMNO Kg Taviu, Luko merminta jasa baik ADUN Sugut dan Ahli Parlimen Beluran agar dapat menyalurkan semula projek naik taraf untuk membaiki jalan gravel yang semakin teruk itu demi keselesaan penduduk setempat.

“Saya percaya dengan adanya projek yang disalurkan ke kampung ini akan menggembirakan 350 orang penduduk kampung dan berharap mereka kembali memberi sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional,” ujar Luko yang menjelaskan beliau tidak dapat mematahkan serangan pembangkang berhubung isu ini.

13 comments:

  1. The contractor should complete the project as promised. Hope that the government will track them down and make them finish the job.

    ReplyDelete
  2. Government should also be more careful when appointing contractors for certain projects.

    ReplyDelete
  3. Siasatan harus dilakukan kerana ini melibatkan keperluan orang2 kampung.

    ReplyDelete
  4. Inilah orang kita, bila kena bagi projek, hanya sekadar buat. Kesenangan hanya pada mereka la kerana mendapat lebihan duit yang banyak, tapi tidak sedar bahawa mereka sedang bergembira diatas kesusahan orang ramai.

    ReplyDelete
  5. Sekiranya kerajaan BN tidak perhatin terhadap 350 orang penduduk kg. Kemungkinan undi akan berpihak kepada pembangkang. Pembangkang sudah tentu tidak melepaskan peluang ni.

    ReplyDelete
  6. "Jalan sejauh 3 kilometer itu, kata Luko, sepatutnya disimen atau bubuh dengan batu kelikir dan bukannya menggunakan batu batan yang diambil dari sungai berhampiran".

    Macam tu la "Projek RM 1 Billion"? Takkan la tidak cukup peruntukan..

    ReplyDelete
  7. kontraktor yang tidak menyempurnakan tugas dengan baik seharusnya dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  8. projek yang disiapkan haruslah berkualiti, bukan sambil lewa sahaja. gunakan peruntukan yang ada dgn baik dan jujur.

    ReplyDelete
  9. kontraktor yang terlibat sepatutnya menyiapkan kerja mereka dengan baik...

    ReplyDelete
  10. I notice the government always appoint the wrong kind of contractors. I hope the government learn from their mistake and do a background check on the contractors.

    ReplyDelete
  11. Make sure action will taken against the contractor. Don't let them off the hook easily. This is a 1Billion project we talking about.

    ReplyDelete
  12. terlalu banyak syarikat2 kontraktor di negeri ini, malah ia sentiasa bertambah. tetapi hanya sedikit sahaja yang benar2 mengutamakan kualiti serta mematuhi piawaian yang ditetapkan. oleh itu kerajaan tidak sepatutnya teragak2 menyenarai-hitamkan kontraktor yang bermasalah seperti ini kerana masih banyak syarikat2 kontraktor tempatan lain yang layak diberikan peluang.

    ReplyDelete
  13. Jika papan tanda sudah ada sepatutnya perkara ini telah terlaksana. Kenapa sehingga sekarang masih tidak ada penaik taraf berlaku.

    ReplyDelete