Saudara Pengarang,
SEBAGAI seorang penduduk Sandakan, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada wartawan Sabahkini.net iaitu Shaimon S. Jumadi dan Chang Shak Hung kerana kerap memaparkan permasalahan masyarakat Sandakan dan juga kepincangan pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).
Anda berdua adalah contoh wartawan yang saya sanjungi kerana melakukan kerja kewartawanan kamu tanpa 'fear and favour' kerana sebelum ini, jarang saya dapat membaca berita mengenai permasalahan penduduk Sandakan dan juga mengenai kelemahan MPS di akhbar-akhbar aliran perdana.
Contoh berita yang saya minati ialah mengenai kelemahan pihak MPS dalam mentadbir Sandakan ini seperti masalah kekotoran, kebanjiran PATI dan sebagainya. Di sini juga, saya berharap Presiden MPS iaitu Datuk Ir James Wong dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada segala berita yang dilaporkan oleh kedua-dua wartawan Sabahkini.net ini.
Saya juga ingin menyeru agar Presiden MPS lebih aktif dan lebih kerap turun padang meninjau segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di Sandakan. Jangan sampai suatu ketika, penduduk Sandakan terpaksa meminta pertolongan program Aduan Rakyat terbitan TV3 untuk mengadu permasalahan hidup mereka.
Anda (Presiden MPS) harus ingat bahawa anda adalah seorang Presiden ataupun Yang Dipertua (seperti yang diguna pakai oleh Majlis-Majlis Perbandaran yang lain) kepada daerah Sandakan ini. Jadi sewajarnya, jalan tugas anda dengan penuh dedikasi.
Carilah jalan bagaimana hendak menambahkan pendapatan MPS dan menyelesaikan segala permasalahan masyarakat dan juga mentadbir serta penambah baikan MPS. Anda hendaklah mencontohi budi dan jasa bekas Presiden MPS yang lalu iaitu Datuk Adeline Leong dan Datuk Yeo Boon Hai.
Kedua dua Bekas Presiden ini sememangnya terkenal dan disayangi di kalangan masyarakat Sandakan di atas kerajinan, kesederhanaan dan keramahan mereka.
Contohnya, Datuk Adeline Leong; beliaulah antara watak penting dalam membawa projek pelaburan Sandakan Harbour Square ke daerah ini. Pembinaan projek ini di bandar Sandakan sememangnya telah mengubah wajah dan landskap bandar ini sehingga semakin maju dengan deretan kedai dan hotel.
Datuk Yeo Boon Hai pula sememangnya terkenal sebagai seorang presiden yang kerap turun padang dalam meninjau permasalahan rakyat. Beliau juga disanjungi kerana wataknya yang sederhana; sebagai contoh, beliau hanya menggunakan kereta 'Bighorn' sebagai kenderaan rasmi beliau.
Janganlah anda (Presiden MPS) hanya terperap di pejabat berhawa dingin anda selalu dan hanya mengharapkan laporan daripada kakitangan anda .Antara contoh permasalahan Sandakan yang patut Presiden MPS ambil berat dan selesaikan ialah:-
1)Masalah pelacur-pelacur yang berkeliaran setiap siang hari di belakang Hung Wing Hotel.
2)Kekotoran sampah sarap dan limpahan air kumbahan di belakang kebanyakan kedai di bandar terutamanya di kawasan Old Slipway.
3)Penjualan telur-telur penyu di jalan satu berhampiran AmBank dan Pasar Umum.
4)Kelembapan perniagaan di Wisma Sandakan kerana hanya tinggal beberapa kerat kedai meneruskan perniagaan di pusat membeli belah yang pernah suatu ketika dulu menjadi kebanggaan penduduk Sandakan. Anda hendaklah cuba mendapatkan pelabur lain mengambil alih pusat membeli belah ini dan mengubahsuai sebagi hotel.
5)Kebanjiran PATI di Bandar Sibuga Jaya di Batu 8 yang boleh saya gelarkannya sebagai 'Little Manila' atau 'Little Jakarta'.
6)Anda juga hendaklah membuat sebuah tapak yang lebih sesuai dan tersusun untuk menjual buah-buahan tempatan di hadapan Wisma Persekutuan.
7)Cuba mendapatkan pelabur untuk memajukan Pulau Berhala menjadi sebuah pulau peranginan untuk penduduk Sandakan beriadah. Selain itu, usahakan sebuah jambatan atau jalan untuk menghubungkan Sim Sim ke Pulau Berhala.
8)Majukan pantai Pasir Putih dengan membina resort atau hotel bertaraf antarabangsa seperti STAR Hotel, Sutera Harbour Resort atau Karambunai Hotel di Kota Kinabalu. Contohnya baru-baru ini, saya ingin membawa keluarga saya bermandi-manda semasa hari 'ketupat' tetapi saya terpaksa membatalkan hasrat saya itu kerana terlihat kawasan pantai yang begitu kotor dengan sampah sarap dan najis manusia yang timbul di permukaan air laut.
9)Lebarkan jalan raya kawasan sekolah SM Muhibbah dan SRJK Yuk Choi demi keselamatan pelajar-pelajar kerana kawasan ini begitu sempit dan sesak setiap kali selepas waktu persekolahan tamat.
10)Catkan semula warna dan baikpulih pintu gerbang 'SELAMAT DATANG' di hadapan Kelab Golf Batu 7.
11)Segerakan pembinaan Libaran ByPass demi keselamatan dan kesenangan pengguna jalan raya Sandakan.
Akhir sekali, saya berharap Shaimon dan Chang meneruskan usaha murni mereka. Jangan tertekan dengan tekanan politik di dalam kerja seharian anda. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada laman Sabahkini.net yang sememangnya berkesan dalam melaporkan permasalahan rakyat sesuai dengan motto laman iaitu 'Reveal The Truth, Prevail The Faith'.
Salam Hormat,
STEVE.
Banyak sudah komplen kepada presiden MPS ini. Harap ada tindakan susulan diambil.
ReplyDeleteJika masih tiada perubahan, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan presiden MPS yang baru.
ReplyDeleteharap MPS sudah tersedar dan segeralah bertindak menangani masalah ini.
ReplyDeletepelancong asing kerap mengunjungi Sandakan. imej Sandakan pasti akan tercemar jika masalah masih tetap sama.
ReplyDeleteada 11 permasalahan rakyat yang dikemukakan untuk diberi perhatian segera oleh presiden MPS..diharap presiden MPS bertindak segera menyelesaikan permasalahan2 tersebut.
ReplyDelete'little manila/little jakarta' harus 'dibersihkan' segera..kebanjiran PATI di sandakan harus dibendung..
ReplyDeletecontohi mantan presiden MPS terdahulu yang berkhidmat dengan cemerlang.
ReplyDeleteThis is bad for Sabah tourism sector.
ReplyDeleteThis problem should be solve as soon as possible before the condition in Sandakan gets more worse.
ReplyDeleteAduii apa sudah jadi sama Sandakan ni oo.. huhu
ReplyDeleteKalau sampai gelaran sebegini diberikan kepada Sandakan, rasanya pihak berkuasa patut berusaha keras membersihkan semula nama baik Sandakan. Jangan biar terus tercemar dengan gelaran yang tidak senonoh ini.
ReplyDeleteHope that the government will take action on those problem areas after those issues have been pointed out.
ReplyDeletesetiap permasalahan yang timbul perlu diselesaikan agar keadaan menjadi lebih baik.
ReplyDeletekalau tidak mampu memajukan bandar sandakan dan kalau tidak mampu menyelesaikan semua masalah2 yang telah diajukan oleh orang awam kepada MPS, lebih baik presiden MPS letak jawatan..
ReplyDelete'Masalah pelacur-pelacur yang berkeliaran setiap siang hari di belakang Hung Wing Hotel'.
ReplyDeletetak perlulah nak siarkan lokasi itu kepada umum. cukuplah mengatakan masalah pelacuran. jika nak dedahkan lokasi tu, dedahkan kepada pihak MPS sahaja. oranga ramai tak tau lokasi tersebut terus jadi tahu. nnti berderetlah dorang ke sana melanggan pelacur.
apapun, pihak MPS harus ambil tindakan untuk selesaikan semua masalah tersebut.
Siapa perlu disalahkan dalam MPS??Adalah ketua atau orang bawahannya. Orang bawahan hanya mendengar arahan daria atasan saja. Semoga MPS mempunyai pengarah yang boleh diharap.
ReplyDeleteapa jadi sudah sma wisma sandakan? sya ada balik lawat bandar bbrp kali klm bbrp 2-3 tahun ni mcm tiada kedai di sana kecuali di bhgn bawah dkat escalator tu dlu pastu tutup.. ada pencerahan dr warga sdk?
ReplyDelete