PENGERUSI.....Hadi sedang membincangkan sesuatu ketika mempengerusikan mesyuarat (MAYANG).
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO
KERAJAAN negeri Sabah di bawah naungan pemerintahan Barisan Nasional (BN) akan mempastikan setiap golongan yang dikategorikan sebagai Miskin Tegar akan terus terbela dalam mendapat pelbagai bantuan melalui agensi kerajaan masing-masing.
“Inilah agenda kerajaan BN untuk mempastikan golongan itu tidak terpinggir dalam menikmati apa saja bantuan yang disalurkan oleh kerajaan sekarang,“ jelas Setiausaha Sulit Kepada Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Hadi Kassim ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawankuasa Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAYANG) bagi kawasan Parlimen Papar kelmarin.
Dalam mesyuarat lebih dua jam itu yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kebajikan Daerah Papar, antara agenda yang menjadi topik utama dalam perbincangan tersebut ialah membentangkan dan menerima laporan senarai penerima bantuan bagi kawasan Parlimen Papar.
Katanya lagi, setiap jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah dan agensi-agensi kerajaan lainnya yang diberi mandat oleh kerajaan membuat bancian dan penyelidikan agar tidak ada yang tersisih.
Tugas ini, kata Hadi, adalah amanah daripada Ahli Parlimen Papar kerana setiap pengundinya yang dikategorikan golongan daif dan sudah berdaftar dengan agensi-agensi kerajaan sewajarnya diberikan keutamaan bagi mendapatkan bantuan tersebut.
Sementara kata Hadi, bagi mereka yang belum befdaftar, terutamanya golongan ibu tunggal, warga emas hendaklah berbuat demikian di pejabat-pejabat kerajaan yang berhampiran.
Hadi selanjutnya menegaskan bahawa Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah ‘pancaindera kerajaan’ dan tidak hanya berpeluk tubuh.
Mereka seharusnya memainkan peranan penting untuk membantu kerajaan mempastikan setiap penduduk kampung yang ada di Parlimen Papar dapat dibela dan menerima apa saja bentuk bantuan diperlukan.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Papar Rosie Taylor; Pegawai Kanan Polis (PDRM), Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan.
Harap semua orang yang memerlukan bantuan tidak akan terpinggir.
ReplyDeletebiasanya kawasan-kawasan yang terletak di luar bandar/pedalaman merupakan golongan yang sering terpinggir. jadi, pihak berkenaan kenalah selalu 'turun padang' melihat keadaaan mereka.
ReplyDeletePemimpin dan rakyat harus berganding bahu agar lebih banyak kemajuan dapat dicapai.
ReplyDeletePihak yang berwajib kena sentiasa proaktif dalam misi membantu rakyat ini.
ReplyDeletePihak yang berkenaan kena sentiasa proaktif dalam misi membantu rakyat.
ReplyDeletekadang2 warga emas menghadapi kesukaran untuk datang ke pejabat2 kerajaan untuk melakukan apa sahaja urusan.. mungkin atas sebab kewangan, jauh atau faktor kesihatan atau tenaga.. jadi lebih baik jika pegawai2 kerajaan sendiri datang menemui mereka untuk tujuan pendaftaran..
ReplyDeletemana2 golongan tidak harus dipinggirkan dalam mana2 program2 kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup.
ReplyDeletemereka yang memerlukan bantuan haruslah dikenal pasti..kalau boleh jangan ada yang terlepas pandang.
ReplyDeletejentera2 kerajaan harus bertindak secara proaktif untuk mengenal pasti dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan..
ReplyDeleteharap mereka yang memerlukan bantuan akan sentiasa dibantu..
ReplyDeleteJika kita bersatu dan berganding pasti maslah rakyat akan dapat ditangani sebaiknya.
ReplyDeletepastikan tiada golonan miskin yang terpinggir, beri bantuan kepada mereka untk menaikkan taraf hidup.
ReplyDeleteBaguslah. Jangan cakap saja; harus dibuktikan.
ReplyDeletePantau keadaan golongan yang memerlukan dan pastikan tidak ada satu pun yang terlepas pandang.
ReplyDeleteApapun, all the best. Harap semuanya berjalan lancar.
ReplyDelete