Oleh : MEDIA PKR
HARI ini satu lagi fenomena perubahan apabila penduduk setempat di Tenom, sekali lagi beramai-ramai mengalihkan fahaman politik mereka daripada UMNO kepada PKR. Mereka yang hadir datang menyerahkan borang keanggotaan mereka di Pejabat Ketua Ranting Kg Sinalaung, Ulu Tomani, Kamiang Tumuh.
Paluan ‘Kulingtangan’, suatu penghormatan adat Murut menyambut ketibaan Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman, bagaikan menyatakan semaraknya semangat mereka untuk berjuang di bawah panji-panji PKR. Aura semangat mereka dapat di rasakan begitu membahang dan berkobar-kobar.
Dalam ucapan penghargaan Ketua Cabang, beliau menyatakan rasa bangga dengan semangat penduduk kampung yang ingin berubah dan bagi pihak Cabang PKR Tenom, Pakatan Rakyat berjanji akan membela nasib rakyat pedalaman yang gagal mendapat pembelaan daripada Wakil Rakyat UMNO/BN selama mereka menjadi Wakil Rakyat.
Menurut Halik, beliau merasa sedih dengan nasib penduduk pedalaman. Dengan kenaikan harga petrol, menandakan berlaku juga kenaikan harga barangan serta meninggikan lagi indeks kos sara hidup rakyat Sabah yang sukar ditangani oleh Kerajaan boneka UMNO/BN itu.
Bagi penduduk kampung di pedalaman, kenaikan kos sara hidup ini merupakan suatu bebanan bagi mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan di tambah lagi berpendapatan yamg amat rendah.
"PKR mempunyai strategi dan manifesto yang baik bagi merakyatkan ekonomi selaras dengan hala tuju PKR yang mengutamakan pembelaan nasib rakyat jelata. Rakyat Sabah terutama di pedalaman mesti berani melakukan perubahan dalam PRU13 nanti,” kata Halik lagi.
Ucapan Ketua Cabang disambut dengan sorakan dan laungan ‘Lawan Tetap Sampai Menang’.
Mengulas mengenai seramai 68 orang ahli UMNO Tenom secara suka rela memohon untuk menyertai PKR Cabang Tenom, Setiausaha Cabang Tenom, Misery Raisimin berkata, pihaknya hanya menerima kemasukan 68 orang ahli UMNO, tidak mahu membohongi diri sendiri seperti Mantan Timbalan Ketua Cabang PKR, Lampag Kurais, yang telah memperdaya pemimpin UMNO kerana hanya 8 orang sahaja yang menyertai UMNO dikatakan 250 orang.
"Kami jujur dalam menyatakan angka kemasukan ahli UMNO ke dalam PKR. Kami tidak pernah berbohong kepada rakyat. Pemimpin UMNO mungkin tidak mempercayainya, tapi dari gambar yang disiarkan ini," kata Misery.
The people should know what is true and what is not.
ReplyDeletetidak perlulah saling menuduh kerana rakyat pasti akan tahu mana yang benar.
ReplyDeletemedia PKR ni bukan boleh prcaya jg.
ReplyDeletemedia boleh putar belitkan maklumat jadi rakyat tak boleh terima apa yang disampaikan 100%.
ReplyDeleteOh really? I doubt if PKR Media telling the real stuff all the time.
ReplyDeleteIn politics, everyone wants to be hero. You're hero when you save someone in danger. Or you're "hero" when you manage to knock down the monster.
ReplyDeletePandai2lah rakyat nila sendiri hal ini.
ReplyDeletePKR boleh cakap apa saja yang mereka mahukan tapi penentunya adalah rakyat. Jadi rakyat harus bijak menilai perkara ini.
ReplyDeleteApapun, media PKR janganlah terlalu yakin kononnya tidak berbohong. Nanti kantoi kan susah:P
ReplyDeleteReally it doesn't matter how many members of BN joined PKR cause in the end of the day its the people's vote that counts.
ReplyDeleteNeway, whatever ever news you read, don't 100% believe it especially when it comes from PKR media.
ReplyDeleteI would rather want to know the number of help or solution that a party had given to the people and not the number of members joined in a party.
ReplyDelete"..Pakatan Rakyat berjanji akan membela nasib rakyat pedalaman yang gagal mendapat pembelaan daripada Wakil Rakyat UMNO/BN selama mereka menjadi Wakil Rakyat."
ReplyDeletejanji terang bulan juga ni..
i agree with you Mei..people doesn't care the number of the members..what the people care is how many people's issues such as low wages, high goods price has been solve?
ReplyDeletemana2 media pun rakyat tidak boleh percaya 100%..
ReplyDeletemana2 parti politik pun sama saja..suka berjanji terang bulan..
ReplyDeletePKR lagilah menipu jika mereka katakan mereka boleh menurunkan dan mengekalkan harga barangan serta perkhidmatan selama2nya.. bolehkah PKR bagi jaminan bahawa harga tidak akan naik sampai bila2 jika mereka memerintah negara ini???
ReplyDeleteBetulkah PKR tidak berbohong. Mari kita lihat PRU 13. Benarkah PKR semakin bertambah ahli di Tenom.
ReplyDelete