BERTAKUNG....Kawasan letak kereta ini sesuai untuk menternak buaya jika dipagar kerana sentiasa bergenang air agar menjadi salah satu tarikan di Gum-Gum.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KEGAGALAN pihak Majlis Perbandaran Sandakam (MPS) dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di beberapa tempat yang membabitkan sistem perparitan, jalanraya di kawasan taman-taman perumahan dan sebagainya telah menjadi rungutan dan ‘kemurkaan’ saban hari di kalangan penduduk setempat.
Ini jelas terbukti kerana terdapat air bertakung di atas jalanraya berhadapan dengan Supermarket Fong Ming, Batu 16, Gum-Gum, Jalan Labuk, Sandakan sejak sekian lama tidak disenggelarakan sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna untuk meletakkan kereta di tempat berhampiran dan menjadi tempat nyamuk bertelur.
Salah seorang pekerja Supermarket tersebut yang namanya tidak mahu disiarkan di portal Sabahkini.Net menjelaskan, bahawa tuan punya gedung berkenaan sudah berkali-kali memaklumkan mengenai masalah tersebut, tetapi amat mendukacitakan sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak MPS.
“Kami tiada pilihan lain dengan siapa lagi tempat kami mengadu, mujurlah ada Sabahkini.Net; sekurang-kurang bila perkara ini dihebahkan atau disiarkan akan dibaca oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Ir James Wong dan pegawai kanannya, sudah pasti mereka akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah ini,” jelasnya lagi.
Kata pekerja itu lagi, dalam nada sinis dan agak berseloroh; jika MPS pagar kawasan tersebut, amat sesuai untuk menternak buaya dan menjadi salah satu tarikan kepada pelancong dan pengunjung Pasar Batu 16, Gum-Gum.
What is the MPS doing, they should take action regarding this problem.
ReplyDeleteIf this continues, people can really rear crocodiles there. Take action now, MPS.
ReplyDeleteMungkin MPS terlepas pandang tentang hal ini. Harap agar tindakan segera dilakukan untuk memperbaiki masalah ini.
ReplyDeleteBagus juga ada aduan yang dilakukan agar kerja2 pembaikkan dilakukan dengan segera.
ReplyDeleteMPS ni mahu kena ketuk dulu kepalanya baru mahu bergerak.
ReplyDeleteperbaikilah kawasan tersebut, jgn biarkan, ia menjejaskan pemandangan.
ReplyDeleteharap masalah tersebut akan diatasi dengan segera.
ReplyDeletepermukaan tempat parking kereta ni tidak rata jadi senanglah air bertakung.jadi, ratakan permukaan tempat letak kereta tu. kalau pihak MPS masih tiada tindakan, tuan punya gedung tu pun boleh bertindak juga tanpa tunggu MPS.
ReplyDeletesemakin banyak aduan orang awam terhadap MPS sejak kebelakangan ini.. jika masalah2 yang telah diajukan ini masih tidak selesai, baik presiden MPS letak jawatan serta merta..
ReplyDeleteSebaiknya aduan diberikan kepada MPS supaya mereka sedar akan kesalahan dan masalah penduduk. Kerjasama dari pihak lain juga perlu bagi memastikan masalah sebegini akan dapat ditangani.
ReplyDelete