Thursday 30 June 2011

NAJIB SELAMI DENYUT NADI RAKYAT



Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PERGERAKAN Pemuda Umno Bahagian Tenom menzahirkan rasa penghargaan serta mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak yang dijadulkan melawat daerah ini khususnya ke Daerah Kecil Kemabong hari ini dalam rangka lawatannya ke Sabah, bermula kelmarin.

Ketuanya Jamawi Jaafar berkata, lawatan Perdana Menteri ini merupakan satu apresiasi kepada rakyat khususnya di kawasan Pedalaman yang bukan sahaja dikunjungi, namun berpeluang untuk beramah mesra dengan pemimpin nombor satu Negara itu.

“Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom amat terharu dengan lawatan Perdana Menteri ini dan ianya merupakan satu penghormatan serta penghargaan khususnya kepada rakyat di daerah ini dalam melestarikan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, melalui lawatan ini Perdana Menteri bukan sahaja dapat menyelami denyut jantung rakyat namun dengan sendirinya beliau (Najib) akan dapat melihat landskap sebenarnya budaya serta hidup bermasyarakat pelbagai kaum di negeri ini khususnya di kawasan Pedalaman .

Tambahnya, penghormatan bagi Umno bahagian Tenom sebagai tuan rumah bagi program Juara Rakyat bersama Najib yang juga Presiden Umno ini merupakan satu penghormatan kepada Umno bahagian itu yang majoiriti ahlinya terdiri dari bukan masyarakat Islam.

“Di sini sudah tentu Perdana Menteri dapat melihat keunikan tersebut, bukan sahaja keunikan dari segi budaya dan adat resamnya, namun kemantapan jalinan kerjasama pelbagai kaum di daerah ini yang telah lebih awal mengamalkan konsep 1 Malaysia dalam kehidupan bermasyarakat,” tambah Jamawi.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional semasa lawatan ini, difahamkan akan menikmati sarapan di Langkau Pantiongaison iatu Rumah Rehat Masyarakat Murut yang dibuat khusus untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri juga berpeluang untuk melawat 19 buah rumah tradisi etnik Murut yag dibina dengan menggunakan buluh dan kayu.

Sehubungan itu, Jamawi berharap rakyat khususnya di daerah Tenom akan hadir beramai-ramai bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri sebagai tanda sokongan dan penghargaan mereka kerana dikunjungi oleh pemimpin yang berjiwa dan mesra rakyat ini.

“Bagi pihak Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom, kita telah bersedia menyambut kedatangan Perdana Menteri dalam lawatan ini kerana seramai 2,000 orang anggota Pergerakan Pemuda Barisan Nasional akan berkumpul bagi menyambut kedatangan Najib di Padang Pekan Kemabong,” jelas Jamawi.

13 comments:

  1. Diharap dengan kedatangan Datuk Seri ke Tenom, ada juga la peruntukan2 tambahan diberikan untuk meningkatkan & memperbaiki prasarana yg sedia ada...

    ReplyDelete
  2. harap dgn lawatannya, PM dpt mengetahui keadaan penduduk dan seterusnya dpt selesaikan masalah mereka.

    ReplyDelete
  3. Kedatangan Datuk Najib semestinya akan membawa semangat 1Malaysia bersama.

    ReplyDelete
  4. Harapan kita di masa akan datang banyak lagi peruntukan yang diberikan untuk Sabah.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya PM juga melawat ke Tenom, selain Sipitang. sudah pasti PM akan kagum melihat kerjasama pelbagai kaum di sana walaupun mereka mempunyai budaya dan adat resam yang berbeza. inilah kelebihan rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Semoga selepas lawatan beliau ini akan ada perubahan yang positif di Tenom. Harap lebih banyak bantuan disalurkan untuk pembangunan di kawasan itu selain bantuan kepada penduduk miskin.

    ReplyDelete
  7. nampaknya PM juga melawat ke Tenom selain Sipitang. sudah pasti PM akan kagum dengan kemantapan jalinan kerjasama pelbagai kaum di kawasan tersebut walaupun mempunyai budaya dan adat resam yang berbeza. Inilah kelebihan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  8. Semoga kedatangan PM ini membuahkan sesuatu yang positif.

    ReplyDelete
  9. Kalau boleh salurkan klebih banyak peruntukan untuk tujuan pembangunan negeri ini.

    ReplyDelete
  10. Harap dengan kehadiran lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib dapat memberikan wajah baru dikawasan tersebut. Harap Datuk Najib akan membuat penilaian apa yang berlaku dikawasan tersebut untuk dibangunkan lagi.

    ReplyDelete
  11. ya..diharapkan dengan kedatangan PM akan dapat memberikan kesan pembangunan disana kerana PM telah melihat sendiri keadaan di sana.

    ReplyDelete
  12. Hope that the government will fulfill all promises that has been made to the people.

    ReplyDelete
  13. tidak seperti PM sebelum ini, Najib lebih banyak meluangkan masa bersama2 rakyat walaupun terikat dengan pelbagai urusan dalam dan luar negara. saya harap lawatan Najib ini akan membawa perubahan terhadap mana2 kawasan yang beliau lawati..

    ReplyDelete