Thursday, 9 June 2011

‘NEW HIGHWAY’ SANDAKAN PINTU KE NERAKA?



Oleh : CHANG SHAK HUNG

“Kenapalah kita harus diperlakukan sedemikian. Apalah dosa sehingga kita tidak dapat menikmati sebuah jalan utama yang sempurna?” Inilah reaksi spontan yang dizahirkan oleh pengguna Jalan Utara, Batu 4 yang perlu melalui jalan yang tidak rata dan tidak sempurna serta amat berbahaya, terutamanya ketika hujan memandangkan jalan licin dan berbongkol.

Jalan yang tidak rata dan berbongkol ini bukanlah disebabkan daripada hujan turun lebat pada awal tahun ini, tetapi sejak akhir tahun 2009 lagi. Sudah lebih 1½ tahun para pengguna jalan raya perlu berhadapan dengan keadaan yang langsung tidak memberi keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Adakah pemandu tidak membayar cukai jalan dan ini menyebabkan jalan tersebut hanya terbiar begitu sahaja? Adakah pihak berwajib telah mengemukakan permohonanan untuk membaiki jalan tersebut? Di manakah peruntukannya?

Kerajaan selalu memberikan amaran untuk memakai tali pinggang semasa memandu serta menyaman mereka apabila tidak mematuhi peraturan, namun adakah pihak kerajaan hanya pandai menuding jari kepada pengguna jalan raya dan pada masa yang sama ‘menyembunyikan tangan selepas membaling batu’ dengan mengatakan ini untuk keselamatan pemandu itu sendiri?

Adakah keadaan jalan raya tersebut yang langsung tidak menampakkan keselamatan kepada pengguna jalan raya dari segi kesempurnaan dan keselesaan, tidak perlu diperbaiki?

Adakah mungkin semua Yang Berhomat, Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri dari Semenanjung langsung tidak menggunakan jalan tersebut memandangkan mereka kerap kali berulang-alik dari lapangan terbang Sandakan dengan menggunakan ‘New Highway’ yang lebih cepat dan selamat?

“Adakah New Highway ini pintu kami ke neraka?,” tanya seorang pemandu yang kebingungan kerana terganggu ketika melalui jalan tersebut terutama setelah kereta rakannya terlanggar sebuah kereta lain di lokasi berkenaan.

Sampai bila lagi kita perlu menunggu untuk mendapat jalan yang selamat ini? Sampai bila lagi kita perlu menunggu peruntukan untuk kemudahan infrastruktur seperti pembaikan jalan raya? Yang paling penting, sampai bilakah penduduk Sandakan perlu berhadapan lagi dengan tiga permasalahan utama iaitu bekalan air, bekalan elektrik dan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya?

18 comments:

  1. Where is the JKR?

    ReplyDelete
  2. Mana pihak bertanggungjawab, Sila tampil memberikan penjelasan!

    ReplyDelete
  3. Jika tidak ada yang bersuara saya pasti tidak ada tindakan segera diambil.

    ReplyDelete
  4. kerajaan kena pastikan jalan raya yang dibina selamat bagi penguna.

    ReplyDelete
  5. Jangan la kerana Nila Setitik, Habis Susu Sebelanga...diharap laporan rasmi sudah dibuat oleh penulis agar pihak2 yang berwajib dapat melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini...

    ReplyDelete
  6. Immediate actions should be taken. Responsible party please come forward for explanation.

    ReplyDelete
  7. Agree. Hope there is official report made on this matter. Road users' safety is very important.

    ReplyDelete
  8. harap keadaan jalan tersebut akan dibaikpulih dengan segera kerana ianya sentiasa menjadi laluan.

    ReplyDelete
  9. selain itu, pekara seperti ini perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya agar keselamatan pengguna jalanraya lebih terjaga.

    ReplyDelete
  10. byk juga kemalangan berlaku kerana keadaan jalan yang tidak selamat, kerajaan harus ambil perhatian akan hal ini.

    ReplyDelete
  11. harap pihak JKR dapat bertindak dengan segera sebelum berlaku sesuatu yang lebih buruk kepada pengguna jalan raya.

    ReplyDelete
  12. Will the responsible authority stand up and provide us explanation regarding this matter???

    ReplyDelete
  13. Fix this road before accidents happen.

    ReplyDelete
  14. jalan tersebut seharusnya diperbaiki...ianya membahayakan nyawa pengguna..

    ReplyDelete
  15. wakil rakyat di kawasan tersebut diharap dapat bertindak segera.

    ReplyDelete
  16. diharap masalah ini segera mendapat perhatian pihak berkenaan.

    ReplyDelete
  17. kalau kerajaan boleh saman rakyat terutamanya pengguna jalan raya, patutnya rakyat juga boleh saman kerajaan kerana tidak menyediakan kemudahan jalan raya yang lebih baik. alasannya tetap sama iaitu untuk keselamtan pengguna jalan raya..

    ReplyDelete
  18. Kita tidak boleh juga menyalahkan pihak lain. Kerana jalan raya ini sentiasa akan berubah kerana pengaruh semula jadi. Seperti retak, beralun dan sebagainya.

    ReplyDelete