Thursday 30 June 2011

PEMUDA SAPP TIDAK GUNA ‘GHOST WRITER’!


Saudara Pengarang,

KEPADA sesiapa yang berkenaan dan kami berharap agar selepas penjelasan ini terbit pihak-pihak tertentu akan memahaminya.

Kami dalam Pergerakan Pemuda SAPP Zon Pedalaman, bertanggung jawab penuh dengan artikel-artikel yang dikeluarkan oleh kami, terutamanya artikel yang berkaitan dengan Misi ‘Fact Finding’ Pegerakan Pemuda SAPP Zon Pedalaman yang dijalankan baru-baru ini.

Kami kesal kerana ada pihak tertentu yang kelihatan menggelabah dengan misi turun padang kami, tetapi cuba pula mengaitkan nama orang lain, kononnya membantu kami menyediakan artikel itu yang memberi gambaran seolah-olah pihak kami, Pemuda SAPP Pedalaman tidak berwibawa dan berpengalaman dalam kecelikan IT.

Kelibat dan tindakan pihak tertentu itu menyebabkan kami tidak disenangi oleh pihak berkenaan yang juga seorang wartawan; yang tidak ada kena mengena dengan artikel tersebut disebabkan tindak tanduk pihak sebelah yang tidak bertanggung jawab menuduh sembarangan.

Pergerakan Pemuda SAPP Zon Pedalaman, tidak pernah menyembunyikan fakta mahu pun meminta khidmat bantuan ‘Ghost Writer’ menulis artikel kami, kerana saf kepimpinan Exco Pemuda SAPP Pedalaman terdiri daripada golongan muda dan cendikiawan, serta mereka yang celik IT.

Sekian dan Salam Hormat!

LARRY H. RAFAEL

Setiausaha,

Pergerakan Pemuda SAPP Zon Pedalaman.

13 comments:

  1. Ya bah buat apa juga nak gaji kan ghost writer...bukan susah pun nak tulis artikel, apa lagi artikel yg tiada fakta & bukti yg sah...betul??

    ReplyDelete
  2. tidak perlu mengelabah kalau tidak betul. tetapi selaku pembaca sabahkini saya sendiri dapat mengagak lengok tulisan tersebut menggunakan nama samaran yang menulis bagi pihak sapp.
    apa pun kalau tidak betul tidak perlu buat penafian.

    ReplyDelete
  3. pemuda SAPP takkan tiada seorang pun yang celik IT. mereka boleh tulis sendiri artikel tu. wat pa nak upah2 org pula.

    ReplyDelete
  4. Buat apa SAPP nak susah2 guna khidmat 'ghost writer'? Tak masuk akal.

    ReplyDelete
  5. kenapa pula ada pihak yang berfikir bahawa SAPP meminta khidmat bantuan 'ghost writer' untuk menulis artikel mereka?

    ReplyDelete
  6. Bagus la kalau begitu, terus kan usaha kamu untuk memporak perandakan lagi keadaan di Sabah.

    ReplyDelete
  7. Walau kamu bagi sejuta alasan, hanya rakyat yang dapat menetukan nasib anda dalam dunia politik ini.

    ReplyDelete
  8. Ya setuju elia. Cakaplah apa saja pun yang pasti rakyat adalah penentu segalanya.

    ReplyDelete
  9. Semoga rakyat membuat penilaian yang tepat :)

    ReplyDelete
  10. Baguslah kalau begitu ceritanya kepada pemuda pendalam SAPP. IT satu kemudahan yang perlu diketahui buat masa sekarang.

    ReplyDelete
  11. hanya mereka yang tahu sama ada yang mereka kata benar atau tidak. terpulanglah kepada setiap orang untuk percaya atau tidak dan menilai.

    ReplyDelete
  12. I don't believe this.

    ReplyDelete
  13. saya tidak percaya jika SAPP tidak pernah menyembunyikan fakta terutamanya sesuatu yang positif dipihak kerajaan.

    ReplyDelete