Tuesday 14 June 2011

PENGAMBILAN TERUS BELIA PEDALAMAN KE IPMa



Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

GOLONGAN belia terutamanya, lepasan PMR, SPM dan STPM di kawasan Pedalaman Tenom, Nabawan, Pensiangan, Keningau, Tambunan dan Ranau yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran; peluang untuk mereka terbuka luas apabila program pengambilan terus ke Institut Pelajaran MARA (IPMa) akan diadakan di daerah itu pada 16 hingga 17 Jun ini bertempat di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom, Tenom.

Program anjuran bersama Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, Pejabat Daerah, Pejabat Pelajaran dan Dan Pejabat MARA Daerah Tenom julung kali pernah diadakan di daerah ini khusus untuk memberikan peluang kepada lepasan pelajar luar bandar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran mereka, terutamanya dalam bidang kemahiran di institusi pendidikan yang disediakan oleh MARA

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar (gambar) ketika ditemui berkata, program diadakan membuktikan bahawa MARA sebuah agensi di bawah KKLW sentiasa pro-aktif untuk membangunkan pendidikan golongan bumiputera terutama kawasan luar bandar.

“Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA sendiri bersama-sama pegawai-pegawai serta wakil IPMa turun padang bagi menjayakan program yang kita adakan selama dua hari ini,” katanya.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, bagi mereka yang terpilih dan layak mereka akan diberikan tawaran terus tempat pengajian dan mereka yang layak akan ditawarkan pinjaman Pendahuluan MARA sebanyak RM1,500 termasuklah pinjaman pelajaran MARA

Tambah Jamawi, antara Program ditawarkan Peringkat Sijil, ialah Jahitan, Industrial Maintenance dan Elektrik. Bagi peringkat Diploma pula, kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sains, Kejururawatan, Perniagaan, Perakaunan, Sains Sosial, Pengurusan, ICT , Elektronik, Automotif, Seni & Reka, Elektrik, Mekanikal Pembuatan; sementara di peringkat Ijazah kursus yang ditawarkan Kejuruteraan, ICT, Pengurusan, Perakaunan, Perubatan & Kejururawatan, Pengurusan, Perniagaan.

“Mereka yang terpilih akan ditempatkan di beberapa buah pusat pengajian iaitu di Sabah GiatMARA dan IKM, KKTM, sementara di Semenanjung mereka akan di tempatkan di Pusat Pengajian di Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, Kuantan, Johor, Melaka, Petaling Jaya, Negeri Sembilan, Perak, Bangi, Gombak yang mempunyai IPMa,” katanya.

11 comments:

  1. diharap belia yang berkelayakan dan berminat dalam bidang kemahiran menggunakan peluang terbaik ini.

    ReplyDelete
  2. Satu pendekatan yang bagus untuk memberi peluang kepada generasi muda meningkatkan kemahiran mereka.

    ReplyDelete
  3. Diharapkan mereka yang berminat pergi memohon untuk kemasukan ke institusi ini.

    ReplyDelete
  4. I hope they will take this opportunity to do what they want.

    ReplyDelete
  5. Baguslah, Jadio sesiapa yang berminat boleh mengambil peluang yang ada.

    ReplyDelete
  6. Jadi, apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang yang ada. hehe

    ReplyDelete
  7. Hope that all the qualified students will be given an opportunity to further their studies.

    ReplyDelete
  8. ini merupakan peluang yang baik kepada belia pedalaman untuk melanjutkan pelajaran.

    ReplyDelete
  9. lagi bagus jika pengambilan itu dibuka di seluruh Sabah..

    ReplyDelete
  10. golongan belia kena gunakan kesempatan ini untuk melanjutkan pelajaran mereka.

    ReplyDelete
  11. Itu satu cara untuk menangani masalah kemiskinan. Dengan adanya kemahiran untuk belia pendalaman ini nanti dapat membuka fikiran mereka untuk keluar dari kemiskinan.

    ReplyDelete