BARU……Hanizam menunjukkan mykad gantian yang diperolehinya kerana MyKad asalnya masih berada di tangan Yusani.
Oleh : ZULKARNAIN ISMAIL
SEORANG ahli perniagaan dan merupakan mantan rakan kongsi Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal, Hanizam Rasiol Bin Mohammad, 49, tidak menyangka akan melalui pengalaman pahit dibelasah dengan kejam sehingga patah tulang hidung oleh anak Yusof, Yusani yang bukan sahaja samseng, malah bertindak ganas merampas kad pengenalan beliau dan dua rakannya.
Malangnya, walaupun Hanizam membuat laporan polis di Balai Polis Labuan pada hari kejadian iaitu 29 April 2009 melalui laporan bernombor Labuan/002254/09, namun polis seolah-olah melindungi Yusani.
Buktinya, Mykad Hanizam bernombor 620811-07-5055, Zahrol Azhar Bin Zuhri @ Darmo bernombor 690613-08-6275, Muhammad Shukri Bin Abdullah bernombor 471004-12-5013 masih dalam simpanan Yusani sehingga mereka bertiga terpaksa membuat permohonan gentian kad pengenalan berdasarkan laporan polis berkenaan.
“Selepas kad pengenalan kami dirampas, mereka mahu membawa kami ke gudang untuk dilupuskan (dibunuh). Mujur polis sampai dan membawa kami semua ke balai,” kata Hanizam yang menjelaskan Yusani bertindak ganas setelah berang kerana beliau dan rakannya datang menghadiri mesyuarat tapak ekoran projek yang dilaksanakan Yusani menggunakan lesen PKK milik Hanizam, Utara Kita Sdn.Bhd tanpa pengetahuannya mahu disenarai hitamkan Perbadanan Labuan.
Bagaimanapun Hanizam menyatakan kes pertikian dan jenayah yang dilakukan Yusani akan diceritakan kemudian.
“Yang penting, saya tidak mahu MyKad saya dan dua orang rakan saya yang dirampas Yusani disalahgunakan untuk tujuan tertentu. Saya juga menggesa agar polis membuka kembali fail siasatan berhubung tindakan Yusani merampas kad pengenalan kami kerana beliau bukan Pegawai Pendaftaran,” ujar Hanizam yang menunjukkan Mykad gantian yang telah diperolehinya.
Hanizam turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar campurtangan dan tidak melindungi polis yang menyalahguna kuasa bersubahat dengan Yusani melindungi kegiatan jenayah yang dilakukannya.
“Saya hairan kenapa polis tidak dakwa Yusani yang merampas Mykad kami atau mengarahkan dokumen peribadi kami dikembalikan sedangkan itu kesalahan jenayah berat,” tegas Hanizam yang turut mencurigai Pegawai Pendakwaraya yang mengendalikan kesnya.
Bapa borek, anak rinitk.
ReplyDeleteInilah masalahnya bila mempunyai kuasa dan wang, keadilan sukar dicapai. Harap pihak polis lebih telus dan membuat siasatan ke atas Yusani
ReplyDeletepihak polis yang salah guna kuasa tu wajar dikenakan tindakan. mungkin polis tu sudah terima rasuah dari Yusani supaya tidak bertindak.
ReplyDeleteBetulkah ada perkara macam ini? Harap penjelasan diberikan oleh pihak polis.
ReplyDeletepekara ini perlu disiasat bagi mengetahui kebenaran cerita ini.
ReplyDeleteJika itu bukan milik kita, seharusnya Yusaini mengambalikan Mykad orang lain. Polis takut mereka kena buang daerah oleh Yusof Mahal. Tapi kalau Yusof Mahal juga mempertahankan tindakkan anak beliau nampaknya memang Yusof bukan berjuang untuk rakyat.
ReplyDeletesalahguna kuasa dikalangan polis Labuan sudah banyak kali dilaporkan. sebab itu terlalu banyak jenayah di Labuan malah aktiviti haram berleluasa di wilayah itu. memang patut ada campurtangan bukan sahaja kementerian dalam negeri, malah ketua polis negara dan juga sprm..
ReplyDeletejika benar hal in, Yusani harus ditahan atas kesalahan memukul dan merampas mykad orang lain.
ReplyDeletememang kurang ajar tu orang...polis buat apa? takut kah?
ReplyDeletelebih baik polis di labuan dibubarkan kerana takut mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang2..
ReplyDeleteanak-beranak sama saja...Perosak...
ReplyDeletepolis labuan tutup mata sebab sudah kena rasuah..duit kopi..
ReplyDelete