LABUAN dijangka berubah menjadi sebuah pulau yang sibuk dalam masa dua tahun lagi apabila projek bersepadu petroleum bernilai RM3 bilion di Pulau Daat di sini siap kelak.
Projek tersebut, yang berada di bawah Program Transformasi Ekonomi telah memulakan Fasa 1 (kerja-kerja tanah) yang dijangka siap sebelum akhir tahun pada kos RM300-RM350 juta.
Projek tersebut, yang diusahakan bersama oleh RG Gas and Chemicals yang berpangkalan di Sabah dan Zhuhai Winbase International Chemical Tank Terminal Co Ltd dari China, dijangka mewujudkan kira-kira 3,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan semasa fasa pembinaan.
Pengarah Urusan RG Gas and Chemicals Sdn Bhd, Jimmy YM Tang berkata projek tersebut akan menukarkan Labuan menjadi hab minyak dan gas utama di rantau ini.
"Dengan rancangan untuk menukarkan Labuan menjadi hab minyak dan gas bagi negara sama seperti Pengerang di Johor, kami yakin kami boleh melaksanakan bahagian kami bagi membantu merealisasikan matlamat ini," katanya kepada pemberita selepas majlis permeterian memorandum persefahaman (MOU) dengan syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Sarawak, Borneo Oil and Gas Venture Sdn Bhd, di sini, Jumaat.
MOU tersebut adalah bagi pembinaan terminal tangki. Tang berkata projek mega itu di wilayah ini mematuhi keperluan penilaian kesan alam sekitar.
Mengenai kemungkinan mengambil pekerja untuk membantu menyiapkan projek tersebut, beliau berkata:"Labuan mungkin kembali gemilang seperti sebelum ini dengan beribu-ribu pekerja membanjiri bandar itu apabila Sabah Shipyard masih beroperasi. Kami tidak melihat sebarang masalah mendapatkan tenaga kerja, terutamanya penduduk tempatan."
Beliau berkata apabila siap kelak ia akan menjadi pusat simpanan tangki minyak terbesar di rantau ini.
"Prasarana terminal tangki itu akan mematuhi standard antarabangsa," katanya. (BERNAMA)
Harap semuanya berjalan lancar. Labuan memerlukan lebih banyak pembagunan seperti ini.
ReplyDeleteAlangkah baiknya jika Sabah juga mempunyai projek minyak sebesar itu.
ReplyDeleteSemoga lebih banyak peluang pekerjaan dapat diberikan melalui projek ini.
ReplyDeleteNampaknya Labuan mendapat projek yang berguna kepada masa depan kawasan tersebut.
ReplyDeleteWaaa satu yang harus dibanggakan, semoga projek ini berjalan dengan lancarnya.
ReplyDeleteSemoga juga tidak ada penyelewengan yang berlaku.
ReplyDeleteBaguslah. Tapi harus dipastikan agar tidak ada penyelewengan berlaku:)
ReplyDeleteSemoga semuanya akan berjalan lancar sebagaimana yang diharapkan.
ReplyDeletebgslah, Labuan pasti akan bertambah maju dan membangun.
ReplyDeletemungkin kerajaan boleh mempertimbangkan semula pembinaan jambatan yang menghubungkan tanah besar Sabah dengan Labuan..
ReplyDeleteharap projek ini akan berjalan lancar dan akan membantu membangunkan ekonomi setempat.
ReplyDelete