Tuesday, 14 June 2011

RAIKAN GENERASI TUA KERJA MULIA



TEBAR…. Jailin menebar jala untuk menjala ikan keli Afrika.

Oleh : ROZIE JUMAT

MANTAN Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Jailin Lian sentiasa dekat dengan penduduk di kawasan Bingkor. Meskipun beliau kini hanya ahli biasa UPKO, setelah meninggalkan PBRS setahun yang lalu tetap dirindui oleh rakan-rakan dan kawan-kawan seperjuangannya.

Tetamu khas sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa yang diadakan di rumah Nick Mian, Kg.Labak Baru, Jailin meluangkan masa bersama dengan anggota keluarga besar tersebut.

Katanya, meraikan ibubapa adalah salah satu cara untuk menghargai golongan ibu bapa di kalangan generasi muda.

"Mengadakan majlis seperti ini sangat bersesuaian, agama dan budaya kita sendiri menggalakkan sambutan yang bernilai mulia seumpama ini," ujar Jailin yang juga Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Bingkor.

"Sambutan seperti ini juga mengajak anak-anak muda lebih menghargai dan menghormati orang tua selain dari itu mereka berkenalan dengan sesama saudara mereka yang mungkin berada di luar kampung," ujar Jailin.

Bahkan kata Jailin, anak-anak juga dapat mendalami pengorbanan ibubapa dan menunjukkan penghargaan mereka kepada orang tua.

"Orang tua tidak pernah meminta lebih, selain melihat anak-anaknya gembira. Tanpa mereka kita ini bukan sesiapa," kata Jailin.

Di hari tersebut Jailin turut menunjukkan bakat menjala menangkap ikan keli di kolam milik Nick Mian.

12 comments:

  1. Warga tua harus dirai dan diberi penghargaan di atas jasa dan sumbangan mereka selama ini.

    ReplyDelete
  2. sambutan seperti ini patut diteladani oleh generasi muda dan diharapkan mereka akan sentiasa menghargai golongan ibubapa.

    ReplyDelete
  3. Anak2 mestilah menghargai ibu bapa mereka. Hormat dan sayangilah ibu bapa.

    ReplyDelete
  4. Parents day is a good way to show our respect and gratitude we have towards our parents.

    ReplyDelete
  5. Everyone should celebrate Parents day.

    ReplyDelete
  6. Memang generasi tua harus dihargai. Tak kisahlah siapapun mereka yg patut kita harus sentiasa menunujukkan penghargaan kita terhadap golongan ini.

    ReplyDelete
  7. Semoga keprihatinan Jailin dicontohi oleh individu lain.

    ReplyDelete
  8. orang tua memang perlu diraikan dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengembirakan mereka.

    ReplyDelete
  9. jika diberikan peluang atau jawatan, pasti Jailin Lian masih mampu menyumbang kepada parti yang diwakili beliau hari ini..

    ReplyDelete
  10. This is good.

    ReplyDelete
  11. generasi tua harus kia hormati, tanpa mereka kita takkan wujud.

    ReplyDelete
  12. Sambutan hari ibubapa memang satu sambutan untuk memperingatkan pengorbanan mereka terhadap kita.

    ReplyDelete