Monday 27 June 2011

RM18 JUTA NAIK TARAF JALAN



LANCAR…Kelihatan Lajim yang diiringi oleh Wong Isnin riben sebagai simbol pelancaran majlis pecah tanah tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

KERAJAAN Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Bandar dan Wilayah (KPLBW) telah memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk menaik taraf Jalanraya antara Jimpagah, Montenior Batu 60, Beaufort sepanjang 8 kilometer bagi mempertingkatkan lagi kemudahan sistem perhubungan jalanraya dan bakal memberikan manfaat kepada 2,000 penduduk di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Malaysia (Beaufort), Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, jalan berkenaan merupakan antara projek yang sejak sekian lama diperjuangkan dan tidak timbul soal sesiapa mendabik dada, terutamanya parti pembangkang yang mendakwa mereka telah memperjuangkan tuntutan bagi melaksanakan projek tersebut.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan beliau ingat semenjak beliau menjadi Wakil Rakyat Kawasan Klias malah pemimpin terdahulu telah menyuarakan harapan rakyat di kawasan itu, agar jalanraya tersebut dapat dinaiktaraf, khusus untuk mempertingkatkan kemudahan asas di kampung tersebut

“Tidak timbul soal pemimpin mana yang memperjuangkan tuntutan ini. Apalagi parti pembangkang yang hanya tahu bercakap tetapi tidak berupaya melaksanakanya. Apa yang penting bagi rakyat di kawasan ini, kerajaan Barisan Nasional telah mengotakan janjinya untuk melaksanakan projek ini,” katanya ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat sekali gus melancarkan majlis pecah tanah bagi melaksanakan projek tersebut.

PANDU…..Lajim bersama Wong dan Isnin memandu jentolak bagi memulakan perlaksanaan projek naik taraf jalaraya tersebut.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Then, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Umno Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim.

Tambah Lajim perlaksanaan projek tersebut bukan sekadar retorik kerajaan BN namun ianya akan dilaksanakan oleh syarikat Jadimekar Sdn Berhad dan dijangka siap pada pertengahan Disember 2012.

Menurut Lajim, pembinaan jalan itu bukan sahaja membantu mempercepatkan tempoh perjalanan penduduk yang sebelum ini hanya bergantung kepada sistem perhubungan menggunakan keretapi, namun apabila projek menarik taraf jalanraya tersebut siap akan memudahkan penduduk di kampung tersebut dan sekitarnya memasarkan hasil tanaman di luar kawasan.

PRIHATIN…Lajim diiringi oleh Isnin turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas sempana majlis tersebut.

''Projek ini menyaksikan satu lagi mercu tanda pembangunan yang sememangnya diperjuangkan sekian lama oleh kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN)," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort berkata, kerajaan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kebaikan rakyat di kawasan itu, termasuk membantu meningkatkan ekonomi mereka.

''Kita berusaha memberikan perhatian kepada rakyat, termasuk menyalurkan segala bantuan membina rumah dan pelbagai program ekonomi justeru rakyat perlu memanafaatkan segala program pembangunan dan juga bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka," ujarnya.

14 comments:

  1. Hope that the roads can be further improve after this.

    ReplyDelete
  2. I hope the roads can be completed as planned.

    ReplyDelete
  3. Harap2 peruntukan tersebut mencapai sasaran.

    ReplyDelete
  4. harap peruntukan RM 18 juta untuk menaiktaraf jalan itu dapat digunakan dengan sebaiknya. pihak kontraktor kenalah menyiapkan kerja-kerja mereka pada masa yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  5. bgslah.. gunakan peruntukan itu dgn sebaiknya untuk memperbaiki jalan raya.

    ReplyDelete
  6. bagus ada peningkatan. teruskan usaha untuk membaiki jalan raya yang ada di Sabah ini.

    ReplyDelete
  7. Jika boleh haruslah disiapkan dalam jangka masa yang telah di berikan.

    ReplyDelete
  8. semoga projek itu nanti akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  9. Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat. Masih banyak jalan2 raya di Sabah yang harus dinaik taraf.

    ReplyDelete
  10. Kalau RM18 juta ni pun masih juga nda dapat kasi naik taraf tu j/raya, memang bikin hairan. huhu

    ReplyDelete
  11. Harap peruntukan ini dapat digunakan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  12. Harap perkara sebegini akan terus dilakukan. Jangan hanya bila ada kepentingan baru bertindak.

    ReplyDelete
  13. Kena sentiasa peka dan pantau jalan2 yang harus dinaik taraf. Jangan tunggu kena komplen baru nak bertindak.

    ReplyDelete
  14. jika masalah ini dapat diselesaikan lebih awal, pembangkang tidak akan berpeluang mengambil kesempatan. kadang2 pembangkang juga memainkan peranan penting dalam mempercepat tindakan penyelesaian.

    ReplyDelete