Oleh : MEDIA SAPP
PARTI Maju Sabah (SAPP) mempersoal kredibiliti FELDA membawa pembangunan serta kemakmuran kepada Sabah, ekoran masalah projek milik agensi itu yang tidak siap sepenuhnya.
Penolong Setiausaha Agung SAPP, Suaib Mutalib berkata, kredibiliti FELDA terjejas kerana projek penempatan masyarakat yang telah dijanjikan di Lahad Datu tidak siap sepenuhnya, malah membazir wang sahaja.
“Pada 2006 Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan projek penempatan masyarakat milik FELDA bernilai RM50 juta di Lahad Datu.
“Najib berjanji bahawa sebanyak 350 unit rumah lengkap dengan segala kemudahan akan dibina, tetapi sehingga ke hari ini hanya 12 buah rumah sahaja yang telah disiapkan.
“Lebih teruk lagi kesemua rumah bertaraf ‘Kelas Kandang Kambing’ itu tidak dilengkapi dengan kemudahan asas seperti air dan letrik, manakala jalan raya pula tidak sempurna,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad baru-baru ini bahawa FELDA telah melancarkan projek pembaikan perumahan miskin bernilai RM20 juta dengan membina sebanyak 150 unit rumah di Tungku, Lahad Datu.
Isa dilaporkan sebagai berkata bahawa projek itu adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat FELDA yang akan memulangkan semula sebanyak 30 peratus keuntungan kepada rakyat dalam usaha membantu Kerajaan Sabah membasmi kemiskinan.
Suaib berkata, beliau tidak mempersoalkan usaha FELDA membantu Kerajaan Sabah tetapi hanya ingin tahu bagaimana kesudahan projek di Sabah Baru itu yang bernilai RM50 juta.
“Jika dikira secara kasar, saya dapati 12 buah rumah yang telah siap itu walaupun tanpa kemudahan asas bernilai lebih RM4 juta seunit. Persoalan sekarang ialah adakah masuk akal seunit rumah kos rendah boleh menelan kos sehingga lebih RM4 juta?” soal Suaib.
Suaib seterusnya ingin bertanya samada projek perumahan di Lahad Datu itu akan disiapkan atau dibiarkan sahaja begitu?
Katanya, jika projek di Lahad Datu itu tidak dapat disempurnakan besar kemungkinan projek lain di mana-mana sahaja kawasan di negeri ini juga akan menerima nasib yang sama.
FELDA must provide us explanation regarding this matter.
ReplyDelete"Najib berjanji bahawa sebanyak 350 unit rumah lengkap dengan segala kemudahan akan dibina, tetapi sehingga ke hari ini hanya 12 buah rumah sahaja yang telah disiapkan."
ReplyDeleteOnly 12 houses were build, what happen to the rest of the 338 houses?? A project shouldn't stop half way, once it started, it must be finished.
RM4 juta tapi macam kandang kambing??? Kalo orang kampung kena bagi duit buat rumah sendiri mungkin lebih baik dari rumah PPRT.
ReplyDeletekualiti projek tersebut harus sesuai dgn kosnya.
ReplyDeleteprojek yang dilaksanakan perlulah disiapkan agar perumahan tersebut akan dapat digunakan.
ReplyDeletesebaiknya penjelasan diberikan berhubung pekara ini.
ReplyDeletedi mana perginya wang sebanyak 50 juta tu? jauh bezanya 350 unit rumah yang dijanjikan dengan 12 buah rumah yang telah siap..pasti masih banyak lagi baki peruntukan projek tu .
ReplyDeleterm50 juta sudah lesap begitu saja, sekarang ada lagi projek rm20 juta? membazir wang saja jika projek tidak selesai seperti yang dirancang. tapi, diharap 150 unit rumah yang dijanjikan tu dapat disiapkan. jangan biarkan projek terbengkalai.
ReplyDeleteKesian orang kampung. Mereka mengharapkan penempatan yang lebih baik tetapi sampai sekarang belum menjadi kenyataan.
ReplyDeletehal ini perlu diperjelaskan, jgn biarkan ada penyelewengan berlaku.
ReplyDeletePasti ada yang tak kena jika...siasatan lanjut perlu dilakukan dengan segera.
ReplyDeletePenjelasan harus dibuat....jika anda mengalami masalah yang tidak dapat dielak dan dapat dimaafkan saya pasti hal ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
ReplyDeleteJika ada yang dapat diperbetulkan silalah berbuat demikian kerana setiap kesalahan pasti akan dapat dimaafkan.
ReplyDeletekompom rasuah la nie..
ReplyDeletetidak membangun disebabkan oleh projek2 terbengkalai seperti ini..adakah FELDA benar2 ikhlas atau hanya digunakan sebagai alat politik?
ReplyDeletepihak FELDA harus memberikan penjelasan yang rasional dan bernas.
ReplyDeleteseharusnya projek2 seperti ini harus sentiasa dipantau..diharap isu ini akan mendapat perhatian pihak berwajib untuk menjalankan siasatan kerana jelas yang dihasilkan tidak setimpal dengan kosnya.
ReplyDeleteaaahh, biar betul.. Rumah ka apa yang dibina tu???
ReplyDeleteMencurigan betul hal ini. Siasatan patut dibuat untuk mencari kebenaran.
ReplyDeleteHal ini harus diperjelas segera sebelum makin ramai yang beranggapan bukan2.
ReplyDeleteJika ada projek yang belum diselesaikan, selesaikanlah segera. Jangan biarkan masyarakat ternanti-nanti dengan penempatan yang dijanjikan.
ReplyDeleteSemoga hal ini dapat ditanggani dengan baik demi kebaikan bersama.
ReplyDeletesudah banyak tanggungjawab sosial dilaksanakan oleh FELDA selain berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah dengan penyediaan peluang pekerjaan yang banyak. bagaimana pula dengan SAPP? apa tanggungjawab sosial SAPP? setakat komplen sana sini?
ReplyDeleteSuaib ada kirakah perbelanjaan sehingga sampai 4juta??atau sekadar anggaran saja.
ReplyDeleteKalau benar dakwaan Suaib itu tunjukkan penyatanya. Kita mahu lihat. RM4Juta untuk rumah sudah dikira rumah mewah.
ReplyDeleteRM 4 billion per low cost housing cannot be categorized as low cost housing.
ReplyDelete