Wednesday, 8 June 2011

TANAH KADAYAN JADI ‘WILAYAH ISTIMEWA’?



Oleh : AMDE SIDIK

DIFAHAMKAN 40 orang luar (bukan orang asal negeri ini) telah berkongsi membeli tanah kepunyaan orang Kadayan seluas 11 ekar di Ulu Naparan, Sipitang beberapa bulan yang lalu, untuk tujuan perkampungan (settlement).

Di luar daripada lebih kurang 30 etnik di Sabah yang dikategorikan orang asal (Natives). Ertinya, kalau ada etnik lain yang bukan berasal dari negeri Sabah, maka tidak dipanggil orang asal, kecuali mendapat taraf seperti orang asal. Contohnya, orang Kadayan adalah orang asal.

Pendek kata, mereka tidak dibenarkan membeli tanah kepunyaan orang asal mengikut undang-undang (Land Ordinance) (Sabah Cap 68) juga seperti yang terdapat di negeri Sarawak.

Apa yang berlaku di sana, 40 orang yang dimaksudkan telah berjaya mempengaruhi seorang Kadayan dari Sungai Bubus, Sipitang dengan membenarkan nama beliau digunapakai untuk tujuan membeli tanah tersebut dengan harga RM200,000.

Tanah 11 ekar ini terletak di tengah-tengah kampung Kadayan dan Brunai, di antara Naparan dan Ulu Sipitang, di suatu lokasi strategik kerana sebatang jalanraya sedang dalam pembinaan.

Mengikut pengetahuan dan pengalaman kita seperti yang berlaku di Tawau, Sandakan Kinabatangan dan lain-lain di Sabah, bilangan 40 tidak akan memakan masa yang lama untuk menjadikan bilangan ini berganda. Kemudian itu ditambah dengan saudara mara dan anak pinak akan membiak sekelip mata.

Perkampungan tersebut akan menjadi ‘Wilayah Istimewa’ mereka. Barangkali orang Kadayan, Brunai, Lundayeh dan China Sipitang sedikit masa nanti akan sukar masuk ke perkampungan ini kerana mereka lebih agresif dari orang Kadayan yang suka lalai dan alpa.

Setelah diselidiki, pembelian tanah ini telah diluluskan oleh Pengarah Majlis Anak Negeri Sabah.

Majlis Anak Negeri ini berfungsi sebagai badan yang menjaga hal ehwal perundangan adat dan tanah orang asal. Ia boleh memberikan surat pengiktirafan kepada orang yang layak dikategorikan sebagai orang asal. Dengan surat tersebut, maka taraf seseorang sama seperti orang asal dan membolehkan dia berjual beli tanah anak negeri, sekalipun tidak memiliki Sijil Anak Negeri.

Dua persoalan yang timbul, kenapa Pengarah Majlis Anak Negeri telah meluluskannya? Kedua, kenapa Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur membenarkan ini berlaku, sedangkan beliau mengatahui perbezaan orang asal dan orang luar.

Orang Sipitang yang ingin tahu selanjutnya atau ingin memberi pandangan untuk kebaikan bersama sila hubungi: 0128200063.

12 comments:

  1. kenapa nak biarkan orang luar membina perkampungan di kawasan kita. jika begini lama kelamaan kepntingan kita akan terjejas.

    ReplyDelete
  2. benarkah pekara ini? sebaiknya jika penjelasan diberikan..

    ReplyDelete
  3. jika benar seperti dikatakan, ini sesuatu yang tidak patut berlaku.

    ReplyDelete
  4. kadang2 penduduk sendiri tidak tahu tentang haknya sebagai orang asal dan ramai juga yang mudah diperdaya oleh orang luar. mungkin mereka memperdayakan penduduk dengan wang ringgit atau sebagainya.

    ReplyDelete
  5. jika keadaan ini berterusan alamatnya tanah penduduk kampung habis dikebas dan akhirnya hidup menumpang di tanah sendiri. Pengarah Majlis Anak Negeri dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur sebaiknya menjelaskan tentang perkara ini.

    ReplyDelete
  6. Pihak yang berkenaan sila tampail beri penjelasan.

    ReplyDelete
  7. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Jangankan kerana wang, maruah tergadai. Senang dibeli tanpa memikirkan kesusahan yang akan dialami oleh orang lain.

    ReplyDelete
  8. Tolonglah jangan mencari kesenangan di atas kesusahan orang lain.

    ReplyDelete
  9. semua ini berlaku disebabkan oleh orang tempatan.. orang tempatan yang jual tanah dan orang tempatan juga yang membantu mereka membeli tanah itu dengan menggunakan nama orang tempatan. yang rugi orang tempatan, yang untung orang luar.

    ReplyDelete
  10. Benar, 40 orang hanya sekejap saja bertambah sekelip mata.

    ReplyDelete
  11. Pihak2 yg berwajib perlu siasat & ambil tindakan yg perlu jika benar tanah itu dibeli oleh orang bukan tempatan...

    ReplyDelete
  12. Hope that this allegation will be investigated to clarify this issue.

    ReplyDelete