Saturday, 18 June 2011

TAUKEY JUDI KATA KAO-TIM POLIS?



DEKAT….Pusat judi di Batu 4, Sandakan berdekatan pondok polis.

Saudara Pengarang,

KETIKA saya dan rakan melawat Sandakan baru-baru ini, setelah membaca pelbagai artikel dalam Sabahkini.Net antaranya Sandakan Kotor, Little Manila Little Jakarta, Malin Kundang Mengganas Dan Terminal Kerbau; maka saya dan rakan turut tidak ketinggalan meninjau kawasan-kawasan tersebut sambil bersembang dengan penduduk di daerah tersebut.

Saya dikejutkan dengan maklumat yang Sandakan juga dipenuhi pusat-pusat judi yang tidak berlesen, maka saya dan rakan mengajak penduduk tersebut ke tempat yang dimaklumkan, bermula dari Batu 8, Bandar Indah, Batu 4 sehinggalah ke Pusat Bandar.

Ternyata ada satu fenomena yang boleh dipanggil ‘Polis Sandakan Sudah Buta Dan Pekak Badak’ kerana secara terang-terangan terdapat premis judi dibuka berdekatan dengan pondok Polis.

BEBAS....Salah satu lagi premis judi haram yang terletak berdekat dengan pondok polis Batu 4, Sandakan.

TERDEDAH….Pusat judi haram atas bangunan De' Little Chef di Bandar Indah.

Adakah kerana Daerah Sandakan antara ‘Fixed-Deposit’ Kerajaan Negeri Sabah, menyebabkan Sandakan dikuasai sindiket haram yang boleh memberi kesan negatif pada penduduk di daerah tersebut.

Tanpa membuang masa, saya dan rakan bergegas ke Balai Polis Sandakan untuk membuat aduan berkenaan ‘Pusat Judi Tanpa Lesen’ ini (SKN/RPT/8089/20111) tapi sehingga hari ini saya dihubungi oleh penduduk yang menemani kami bahawa polis memandang remeh laporan polis yang saya buat.

Maka teringatlah saya pada kisah ‘KING PETER’ di Kunak juga masih lagi bebas menjalankan aktivitinya dengan rasa aman tenteram dan saya berkata dalam hati inilah uniknya jabatan yang dipanggil PDRM yang sanggup mereman pesalah trafik yang gagal menggunakan tali pinggang, berbanding pengusaha judi.

Namun dalam Negara 1Malaysia, yang disanjung siang malam perkara seumpama ini sering berlaku dan adakah Pesuruhjaya Polis Sabah juga akan berdiam diri dan turut bersubahat sebagaimana dakwaan Sai Pao, King Peter dan William bahawa semua sudah Kao-Tim!

Salam Hormat,

CITRA BIN MASADI

Timbalan Ketua Penerangan AMK Negeri Sabah

9 comments:

  1. Gejala sosial yang membimbangkan. Tindakan segera perlu untuk menangani masalah ini. Pihak yang berkenaan jangan hanya berpura pura tidak tahu.

    ReplyDelete
  2. Apa yang dilakukan pihak polis selama ini? Jika inilah etika kerja yang mereka tunjukkan, tidak hairanlah orang ramai hilang hormat dengan polis.

    ReplyDelete
  3. pemilik premis judi tidak berlesen bersama-sama dengan polis tersebut sekali perlu dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  4. Judi haram ini perlu dibendung oleh Pihak Polis. Polsi haruslah bertindak bukannya duduk diam saja.

    ReplyDelete
  5. pusat tersebut berdekatan sahaja dgn pondok Polis, takkan Polis tak sedar akan kegiatan tersebut, pusat perjudian tersebut harus dibanteras.

    ReplyDelete
  6. dengan hanya mengambil gambar diluar premis, bagaimana penulis yakin itu adalah premis perjudian? apa bentuk judi yang dilakukan? dan bagaimana penulis tahu premis ini tidak mempunyai lesen?..

    ReplyDelete
  7. pekara ini perlu diberikan perhatian untuk mengetahui sama ada pekara yang dinyatakan benar atau tidak.

    ReplyDelete
  8. Jika dakwaan ini benar, ia merupakan satu kemaluan terutamanya pihak polis.

    Polis harus lantas bertindak terhadap laporan rasmi yang dibuat dan membuka siasatan terhadap aduan itu.

    ReplyDelete