TURUN PADANG....Rosnah turun padang melawat kesan banjir di Kampung Sabandil, Papar.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
AHLI Parlimen Malaysia (Papar), Datuk Rosnah Rashid Shirlin bersama rombongannya turun padang melawat ke Kampung Sabandil Papar untuk menemui penduduk di kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini.
Dalam lawatan kerja sehari ke kampung berkenaan, Rosnah sempat memberikan sedikit taklimat kepada para penduduk terbabit.
Dalam taklimat ringkasnya, Rosnah antara lain berkata bahawa dengan adanya lawatan sebegini yang kerap dilakukan, ia merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap wakil rakyat mahupun ahli Parlimen dalam menjaga kebajikan rakyatnya di setiap sudut kawasan yang diwakilinya.
“Ini adalah dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) di mana setiap wakil rakyat tidak boleh berpeluk tubuh sahaja, sebaliknya kita harus turun padang untuk melihat sendiri keadaan suasana di sekeliling kawasan untuk mempastikan setiap kampung mendapat kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan untuk dinikmati oleh rakyat jelata,” jelas Rosnah.
Kata Rosnah lagi, kerajaan Barisan Nasional akan terus berusaha untuk mempertingkatan pelbagai aspek bukan saja dari segi pembangunan infrastruktur, bahkan juga ekonomi rakyat diutamakan.
“Dari itu saya menyarankan rakyat di kawasan Papar ini khususnya penduduk kampung Sabandil haruslah menyokong segala dasar-dasar kerajaan pada hari ini, saya percaya dengan adanya sokongan padu dari segenap lapisan rakyat di kawasan ini, justeru kerajaan dengan mudah menyalurkan pelbagai projek,”ujarnya.
Selain itu, tambah Rosnah, kerajaan BN melalui agensi-agensinya juga banyak menganjurkan pelbagai program antaranya seperti kursus jahitan, kursus ternakan kursus pertanian dan sebagainya bertujuan untuk memberi bimbingan asas kepada penduduknya dalam menimba berbagai-bagai ilmu.
Katanya lagi, satu-satu bidang yang ingin diceburi justeru setiap individu seharusnya mempunyai kemahiran dan pengetahui barulah boleh sampai ke arah matlamatnya dan sasaran yang diharap-harapkan.
The people representatives should be responsible of the people's welfare. So do your job.
ReplyDeleteTurun padang itu sudah menjadi tanggungjawab wakil rakyat. Baguslah jika beliau menjalankan tugas.
ReplyDeleteOrang ramai harus menilai sikap setiap WR yang akan mereka pilih di masa hadapan. Biarlah individu itu adaalh seorang yang dedikasi dan dapat menyelesaikan masalah rakyat.
ReplyDeleterakyat kena pandai memilih wakil rakyat. nanti jika tersalah pilih, rakyat juga yang susah.
ReplyDeleteBaguslah, banyak program dibuat untuk membantu rakyat sekaligus menambahkan kemahiran mereka dalam seseuatu bidang.
ReplyDeleteHarap wakil rakyat sentiasa peka dengan keperluan rakyat dan berusaha memberi bantuan kepada mereka. Wakil rakyat yang dedikasi nescaya mendapat sokongan rakyat.
ReplyDeleteThe people representative should "turun padang" as often as possible to experience what the people feel first hand and at the same time identify the issues that the people is facing.
ReplyDeleteI hope all people representative will fulfill their responsibilities .
ReplyDeleteMemang patut turun pandang pun dan jalankan t/jawab utk jaga kebajikan rakyat.
ReplyDeleteApapun, saya harap semua wakil rakyat akan sentiasa berusaha menjalan t/jawab terhadap rakyat sebaik mungkin.
ReplyDeleteseharusnya sebagai wakil rakyat, YB tersebut harus sentiasa mendekati rakyat..lebih baik jika ada jadual untuk turun padang..bukannya sekali-sekala jumpa masyarakat.
ReplyDeletesetiap YB harus ingat bahawa kalau bukan ada sokongan dan undi dari rakyat maka seseorang calon itu tidak mungkin akan menjadi YB..
ReplyDeletejanji2 yang dibuat juga harus ditunaikan..
ReplyDeletediharap setiap wakil rakyat peka dengan keadaan kawasan yang diwakili..
ReplyDeletebetul..turun padang adalah menjadi tanggungjawab setiap wakil rakyat.
ReplyDeletemasa depan parti pemerintah bergantung dengan wakil rakyat yang telah dipertanggungjawabkan untuk membela nasib rakyat..
ReplyDeletewakil rakyat mmg perlu sentiasa turun padang dan seterusnya membantu rakyat.
ReplyDeleteKalau boleh bukan kerana terpaksa baru turun padang. Selalulah mengambil masa untuk melawat rakyat dan menanyakan permasalahan yang timbul dan sebagainya.
ReplyDelete