Thursday, 16 June 2011

WANG DIDAHULUKAN, RAKYAT DIBELAKANGI!



Saudara Pengarang,

SAYA amat tidak berpuas hati dengan Pengurusan PPRT, Taman Sri Rugading kerana mereka menghalau saya keluar daripada rumah yang saya duduki lalu mengunci pintu semata-mata kerana saya terlewat membayar sewa rumah.

Tindakan ganas ini menunjukkan pihak pengurusan lebih mengutamakan duit sewa daripada kebajikan rakyat itu sendiri. Adakah ini yang dikatakan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Dengan layanan sebegini, jelas sekali kerajaan hanya mementingkan wang daripada kebajikan rakyatnya. Apa guna dibina rumah PPRT kalau rakyat tidak boleh menghuni rumah tersebut?.

Di mana saya mahu tinggal kerana Pihak Pengurusan Taman Sri Rugading dan Majlis Daerah Tuaran mengunci rumah yang saya duduki sedangkan Kerajaan membina rumah berkenaan untuk rakyat miskin seperti saya. Apakah ini bermakna, undi saya tidak diperlukan lagi?

BN wajar menukar slogan baru, ‘WANG Didahulukan, Rakyat Dibelakangi’.

Salam Hormat,

JAY

14 comments:

  1. Harap Pengurusan PPRT akan mencerminkan perbuatan mereka.

    ReplyDelete
  2. sepatutnya pihak pengurusan PPRT berilah pertimbangan kepada penghuni rumah sewa tersebut. bukan terus menghalau dan mengunci rumah.

    ReplyDelete
  3. Berapa lama sudah saudara lewat membayar sewa rumah?

    ReplyDelete
  4. Pengurusan PPRT sepatutnya menggunakan tindakan yang lebih beretika. Tindakan PPRT ini memberi imej yang kurang baik.

    ReplyDelete
  5. mungkin mereka ada sebab..namun, kepentingan penghuni juga perlulah diambilberat. harap ini akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  6. Saya rasa Jay tak bayar sewa lebih dari 3 bulan sebab itu pihak pengurusan mengunci rumahnya..

    ReplyDelete
  7. bersyukur la dapat rumah PPRT.. kalau ikutkan berduyun2 mahu dapat rumah PPRT termasuk saya.. bantuan sudah diberikan, jangan la pula melebih2 minta supaya bayar sewa boleh dibuat ikut suka hati..

    ReplyDelete
  8. Kenapa bertindak demikian. Harap pihak berkuasa taman sri rugadin bersikap tolak ansur dengan penduduk rumah PPRT. Tapi mesti ada sebab lain kenapa perkara ini berlaku? Lebih baik kita tunggu saja penjelasan dari pihak Majlis Dearah Tuaran.

    ReplyDelete
  9. jika bru sebulan tak bayr sewa mmg tak wajar mereka lakukan demikian, tapi jika dah berbulan bulan tak bayar. faham-fahamlah.

    ReplyDelete
  10. Mustahil la ba dikunci tanpa sebab. Rasanya pasti ada sebab munasabah kenapa perkara ini berlaku.

    ReplyDelete
  11. Appaun, kita dengar dulu penjelasan daripada pihak yang berkenaan sebelum mebuat sebarang andaian.

    ReplyDelete
  12. ada lagi ka sewabeli di taman rugading?...

    ReplyDelete
  13. saya betul2 mau cari umah di area taman rugading?..

    ReplyDelete
  14. Ada yg nda bayar sewa lebih dr 3 bulan lagi..
    Tp knp masih d bg pluang lg untuk memiliki rumah d sana..
    Kes terbaru ni jan 2012.. Penyewa / pemilik rumah d rugading byar sewa utk tempoh lebih 4 bulan.. ( melebihi tempoh sepatutnya )
    Lebih mengecewakan lg bila dia ckp dia bayar utk sewa rumah milik abg dia yang berada d kuala lumpur...

    Persoalan nya disini kenapa abg dia masih d berikan peluang untuk memiliki/ menyewa rumah
    kalau abg dia tu nda menetap d rumah tu....

    Mmg banyak rumah di sini yang sdh di miliki tp tidak d diami...
    Maksudnya diberikan kunci tp pemilik tidak tinggal pun...mungkin rumah dsini jd rumah "suka suka" dorg sj..
    ( ni org tamak kali... Ada rumah mo jua lg aply rumah pprt..last rumah pprt tempat kumpul habuk dan tempat lipas tinggal)
    Kalau begini baik bg org yg btul2 perlukan...
    Ni nda dpt rumah dorg bukan guna pun..
    Sesetgh drpd pemilik ni bg sewa org lain lagi.. ( kami sendiri terpksa menyewa )
    Entah bila la pegawai eksekutif projek perumahan rakyat ni buat pemantauan...
    Bila buat permohonan rumah jwpn diorang bg " tiada kekosongan" ...
    Tp knp bnyak sngt rumah kosong...

    ReplyDelete