MEMALUKAN....Patrick kesal kerana Jalan Sepulut-Kalabakan bernilai lebih RM835 juta ini begitu daif dan amat memalukan.
Oleh : MUTALIB M.D Foto : WILLIE TADAM
PROJEK Jalan Kalabakan-Sepulut bernilai RM565 juta adalah projek tenat dan bukti nyata kerajaan Barisan Nasional menggali kubur sendiri di Sabah, terutama membazirkan sejumlah RM270 juta lagi untuk menaiktaraf jalan berkenaan yang kini lebih teruk daripada Jalan Pembalakan di era 70-an.
Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu menyatakan sedemikian setelah muak dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh Jabatan Kerjaraya Malaysia dan terkesima dengan ribuan keluhan rakyat yang disampaikan kepada beliau melalui surat, email atau sms.
Kata Patrick, walaupun ada pihak telah membuat Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2008, tetapi hanya ibarat mencurah air ke daun keladi, mungkin disebabkan SPRM tidak berminat untuk menyelongkar sampah yang disapu ke bawah permaidani UMNO.
Mengikut tinjauan dan pemantauan yang beliau lakukan sebelum bertolak ke London untuk menemui Queen Counsel, terdapat lebih 15 kawasan yang sukar dilalui kenderaan di sepanjang jalan tanah merah sejauh 145 kilometer tersebut.
“Ini bukan lagi Trunk Road yang dijanjikan tetapi sudah layak digelar ‘Drunk Road atau Shrunk Road,” kata Patrick yang merujuk kepada kontrak HQ.57/2004(F) iaitu Kontrak Membina Jalan Sapulut-Kalabakan yang bernilai RM 565 juta.
Kontrak tersebut kata Patrick telah diberikan ‘secara silap’ kepada Gamuda Berhad dan juga syarikat Konsortium F.A Irama Duta Sdn. Bhd. (untuk kerja penyukatan dan penyiasatan tanah) dan beberapa sub-kontraktor kecil-kecilan lain.
Jangkaan tempoh pembinaan dan penyiapan projek bermula pada 2001 dan siap pada 2007 dan dikatakan ‘telah siap’ pada tahun 2008.
Gamuda Berhad, milik anak Sultan Perak, Raja Dato’ Seri Eleena binti Raja Azlan Shah yang pemegang saham terbesarnya termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Generasi Setia Sdn.Bhd dan Dato Lin Yun Ling, kata Patrick, telah gagal menyiapkan projek berkenaan ke tahap jalan berturap, namun tidak disenaraihitamkan.
TERUK....Sugyanto mengakui jalan Sepulut-Kalabakan terlalu teruk dan serik melalui jalan berkenaan.
Dalam pada itu, mengikut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam Laporan Audit Negara 2008, pihaknya mengesan banyak kelemahan ketara pada projek tersebut, terutama tidak melaksanakan kerja penyiasatan tanah dengan sempurna.
“Banyak bahan yang tidak sesuai seperti kayu balak yang digunakan untuk membuat jalan oleh syarikat konsesi pembalakan tidak dapat dikesan. Kualiti kerja juga tidak memuaskan di beberapa lokasi kerana terdapat lubang pada permukaan jalan, permukaan jalan mendap, bahu jalan ternaik, longkang rosak, perlindungan tebing sungai terhakis serta penahan tembok runtuh,” katanya.
Menurutnya, pembinaan jalan tersebut, turut menggunakan jajaran jalan pembalakan digunakan dua syarikat yang menjalankan aktiviti pembalakan dengan aktif di situ.
Melalui semakan audit terhadap bancian yang dilakukan perunding di tiga lokasi, mendapati purata kekerapan lori balak adalah 27 kali sehari di lokasi CH:82000, 97 kali sehari di CH109000 dan 101 kali sehari CH:128000 dengan muatan lori balak antara 42.54 tan hingga 62.08 tan.
Ambrin berkata, lori balak yang kerap menggunakan jalan tersebut adalah juga faktor yang melambatkan proses pembinaan dan menyebabkan kerosakan jalan baru dibina, sedangkan kapasiti jalan ini hanya dibina untuk muatan sehingga 30 tan saja.
Projek yang dipantau Cawangan Lebuh Raya di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Sabah dan seorang jurutera daripada Jabatan Kerja Raya Tawau bertujuan menghubungkan Pekan Sapulut di Daerah Keningau dengan Kalabakan di Tawau dan beberapa penempatan yang sebelum ini penduduknya menggunakan sungai untuk ke pekan atau pusat pentadbiran kerajaan.
Ambrin turut mengesyorkan JKR supaya memohon lagi peruntukan kewangan tambahan yang mencukupi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk menyambung kerja-kerja penurapan aspal jalan berkenaan.
Sementara itu, anak kepada wartawan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan, Sugyanto S Jumadi yang baru beberapa hari lalu menggunakan jalan tersebut untuk menziarahi keluarganya dengan menaiki kereta sewa pacuan empat roda turut terkejut dan cemas melihat keadaan jalan seteruk itu sehingga ada rakannya yang pitam dan muntah-muntah kerana lantunan dan hentakan kenderaan pada permukaan jalan yang tidak rata.
“Camel Trophy pun tidak seteruk yang kami rasakan. Cukuplah. Serik sudah saya lalui jalan Sepulut-Kalabakan ini. Tidak tahulah macam mana Ahli Parlimen dan Adun boleh tidur lena tengok kesengsaraan rakyat,” ujar Sugyanto S. Jumadi yang kesal kerana rakyat Sabah terpaksa menanggung kesusahan akibat kerajaan negeri terlalu menjaga kebajikan kontraktor, termasuk menambah kos RM270 juta untuk menyiapkan lebuhraya termahal di Malaysia.
Tolong ambil tindakan ke atas syarikat/kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Siasat kes ini.
ReplyDeleteLebih banyak spekulasi akan timbul selepas ini jika masalah ini tidak diatasi dengan segera.
ReplyDeletemembazir wang kerajaan saja..RM565 juta tu bukan sedikit.
ReplyDeletesepatutnya jalan tu diturap terus. ni memohon peruntukan lagi untuk sambung kerja-kerja penurapan aspal jalan tapi kerja tak berkualiti.
ReplyDeleteBN perlulah berhati-hati lagi.
ReplyDeletepekara ini perlu diselesaikan agar jalan yang lebih selesa dan baik dapat disiapkan.
ReplyDeletekenapa tidak salahkan lori2 balak yang menggunakan jalan itu dengan membawa muatan lebih??
ReplyDeleteteruk betul jalan tersebut, tak susuai langsung untuk laluan kenderaan, jalan tersebut harus diperbaiki.
ReplyDeleteJalan Sepulut-Kalabakan bernilai lebih RM835 juta ini begitu daif?? Kenapa perkara ini boleh jadi. Harap penjelasana dapat diberikan. Kemana peruntukan RM 835 juta terebut.
ReplyDeleteapa sudah jadi?
ReplyDeleteapa yg pasti, satu pembaziran telah berlaku..
ReplyDeletemungkin pihak berkuasa sperti SPRM harus menyiasat perkara ini..barangkali ada penyelewengan berlaku..
ReplyDeleteperhatian segera harus diambil..jangan biarkan pihak bertanggungjawab melepaskan batuk di tangga.
ReplyDelete