Tuesday 14 June 2011

PENDUDUK SAPONG MENANTI 'RAHMAT' NAJIB



Saudara Pengarang,

SAYA menulis melalui di ruangan Surat Pembaca ini hanya ingin menerangkan sebenarnya sebab kepada kami keluar dari UMNO kawasan Kedai Sapong ini beralih kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Saya dan rakan-rakan keluar dari UMNO dan menyertai PKR bukan kecewa kerana tidak dapat projek seperti dakwaan orang UMNO dalam ulasan mereka di Sabahkini.net.

Kami bukan gila projek seperti sikap sesetengah pemimpin dalam UMNO Tenom ini, tetapi tindakan kami keluar sebagai satu protes untuk mengetahui keluhan rakyat di luar sana, setelah Ketua Bahagian UMNO merangkap Wakil Rakyat Kemabong, Datuk Rubin Balang, gagal menunaikan segala janji beliau semasa berucap di kampung Pantongan, tidak jauh dari kawasan Kedai Sapong.

Antara janji beliau ialah, sangup memberikan tanah tempat tapak perumahan kepada golongan miskin di Kedai Sapong, namun sehingga hari ini bayang-bayang Rubin tidak kelihatan muncul di Kedai Sapong membawa kami melihat di mana tapak itu.

Projek bukanlah matlamat saya ketika berada dalam UMNO. Saya bukan orang kaya, untuk mengendalikan setiap projek, perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Tetapi apa yang paling penting ialah saya melibatkan diri dalam kancah politik ini di kawasan Kedai Sapong adalah membantu menyampaikan hasrat orang miskin di sini kepada pihak berwajib.

Saya mencabar orang UMNO di Tenom ini supaya membawa Perdana Menteri seketika melihat di kawasan Sapong dan Pantongan sekiranya Dato Seri Najib Tun Razak jadi melawat Kemabong pada 30 Jun kelak.

Seramai 70 orang warga miskin tegar yang terdiri dari suku Murut dan Melayu (Islam) kini menumpang tinggal di Kuaters Sime Darby. Sekiranya mereka tidak lagi diperlukan Sime Darby, di mana mereka akan membawa keluarga masing-masing kerana mereka langsung tidak mempunyai tanah. Inilah isu yang saya dan rakan-rakan lain perjuangkan dalam PKR sekarang ini.

Selain dari janji tapak tanah, ahli cawangan UMNO Kedai Sapong seramai 265 orang terlepas pandang dalam agehan tangki air kerana konon peruntukan tidak mencukupi hanya RM10,000 sahaja.

Salam Hormat,

OMAR AHMAD

Ketua Ranting PKR Sapong Kedai

KAWASAN KEMABONG.

12 comments:

  1. Jangan menabur janji jika tidak ditepati. Kelak memakan diri.

    ReplyDelete
  2. Harap PM jadi melawat Kemabong dan seterusnya melihat sendiri keluhan penduduk di sana.

    ReplyDelete
  3. wakil rakyat jangan pandai bercakap dan menabur janji saja. perlu ada tindakan susulan untuk memenuhi janji kepada rakyat. lihat saja apa tindakan penduduk setelah janji tidak dikotakan.

    ReplyDelete
  4. Any promises that were made must be fulfilled in order to maintain the people's trust towards the government.

    ReplyDelete
  5. Please don't let the people down.

    ReplyDelete
  6. Ada baiknya jika PM rturun padang dan memantau keadaan rakyat. Sekurang-kurangnya PM tahu juga apa yang berlaku kan.

    ReplyDelete
  7. Semoga permintaan ataupun idea ini mendapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  8. keperluan rakyat perlulah dipenuhi demi menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  9. siapa la yang sanggup mengaku bahawa dia keluar parti kerana tidak dapat projek.. belum ada dalam sejarah ahli2 politik membuat pengakuan seperti itu.

    ReplyDelete
  10. Mungin PM kena melihat sendiri keadaan di Sapong, dgn ini pasti ia dpt membantu penduduk Sapong.

    ReplyDelete
  11. All the best to the villagers of Sapong.

    ReplyDelete
  12. Inilah yang akan terjadi sekirannya wakil rakyat tidak menunaikan janji mereka. Banyak perkara yang tidak dijangka akan berlaku.

    ReplyDelete