Friday, 3 June 2011

BLOGGER HINA RAJA DIKENAKAN TINDAKAN



KEMENTERIAN Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama pihak perundangan lain sentiasa mengambil tindakan terhadap pengendali tulisan dalam internet yang menghina raja, agama dan budaya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata 14 kes telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan lima kes sudah berhasil dengan pelbagai keputusan mahkamah, "namun ini tidak banyak dilaporkan media."

"Berita yang hina raja, Yang di-Pertuan Agong, agama dan budaya adalah tergolong kepada tindakan yang seharusnya kami ambil bersekali dengan polis dan juga pihak yang bertauliah menjalankan tugas di bawah akta atau undang-undang masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Bernama TV di Wisma Bernama di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jaringan Melayu Malaysia semalam mengenai sikap berdiam diri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pengendali The Malaysian Insider meskipun laporan telah dibuat terhadap portal berita itu kerana didakwa secara jelas dan sengaja mencetus provokasi perkauman, penghinaan terhadap Raja-raja Melayu dan fitnah terhadap pemimpin negara.

Rais berkata beliau telah meminta Peguam Negara memberi beberapa lunas untuk menentukan agar pihak-pihak ini dikenakan proses pendakwaan dengan mengambil kira kepentingan negara dan rakyat.

"Jadi secara kategori perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong atau menghina Raja-raja yang lain termasuk kerja menghasut berhubung dengan agama, sedang dalam proses penilaian Jabatan Peguam Negara," katanya.

Rais berkata ini kerana banyak kes seperti itu diketepikan sahaja di peringkat awal.

"Dan saya sendiri rasakan sudah sampai masanya bahawa lunas undang-undang hasutan, undang-undang mencerca dan memberi berita palsu dan undang-undang yang memberi kesan negatif dari segi undang-undang kerajaan kita, perlu diambil tindakan," katanya.

Rais berkata beliau telah memklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam mesyuarat kabinet pada Rabu.

"Tinggal lagi perkara-perkara berhubung mensia-siakan nama baik Yang di-Pertuan Agong itu kami ambil tindakan serius, hasilnya kami akan lapor pada ketika yang munasabah.

"Apa yang kami ambil tindakan sebagai lunas undang-undang tidak semestinya diumumkan peringkat demi peringkat," kata Rais.

Terdahulu ketibaan Rais yang diiringi Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf di Wisma Bernama, disambut Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan, Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong serta pegawai kanan lain.

Beliau turut diberi taklimat oleh Hasnul sebelum melawat operasi Bernama TV di tingkat tiga bangunan itu.(BERNAMA)

11 comments:

  1. Bloggers should be careful about what they post to avoid getting into trouble with the law.

    ReplyDelete
  2. jgnlah gunakan blog2 untuk menghina pihak lain terumamaya institusi Diraja.

    ReplyDelete
  3. blog harus digunakan untuk tujuan kebaikan dan bukan untuk menulis sesuatu yang boleh melanggar peraturan.

    ReplyDelete
  4. blogger harus mengikuti kod etika untuk garis panduan bila menulis artikel. Jangan menghasilkan satu penulisan atas maklumat yang tak tepat. Jika melakukan kesilapan dalam penulisan, harus jujur dan bersikap terbuka untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Salurkan buah fikiran dalam blog secara berhemah. Ambil kira sensitiviti pembaca.

    ReplyDelete
  6. Berhati-hati dalam penulisan blog.

    ReplyDelete
  7. Menghina raja? wah bahaya ni. Blogger seharusnya lebih berhati hati dalam penulisan sebab ramai yang akan membaca blog2 tersebut.

    ReplyDelete
  8. Jangan sesekali melakukan perkara yang seharusnya tidak perlu mengheret anda ke dalam masalah besar. Menghina adalah perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku apatah lagi terhadap raja.

    ReplyDelete
  9. Individu yang menghina harus di kenakan hukuman setimpal.

    ReplyDelete
  10. bagaimana pula dengan utusan dan Perkasa?? jika kerajaan serius menjaga kepentingan rakyat dan negara, tidak patut wujud sikap double standard dalam kes2 seperti ini... mana2 pihak yang salah mesti dikenakan tindakan undang2..

    ReplyDelete
  11. Kita harus menghormati Raja, agama dan budaya. Para blogger yang menghina seharusnya dikenakan tindakkan undang-undang.

    ReplyDelete