SEORANG penulis blog yang disaman oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana didakwa memfitnah beliau diberi tempoh 14 hari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kelmarin, untuk membela diri.
Pesuruhjaya Kehakiman Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tempoh itu yang berkuatkuasa 30 Mei bagi Ahmad Mutalib Mohamed Daud mengemukakan keterangan pembelaan, demikian menurut peguam Norhani Nordin yang mewakili Rais.
Hakim Amelia, yang sebelum itu menemui Norhani dan Michelle Yesudas, peguam yang mewakili Ahmad Mutalib, turut menetapkan 30 Jun ini bagi pengurusan kes.
Pada 10 Feb lepas, Rais mengemukakan saman itu kerana mendakwa Ahmad Mutalib menyiarkan empat artikel antara 1 dan 7 Jan lepas dalam laman blognya di http://sabahkini.net.
Alamat berdaftar Ahmad Mutalib ialah di Kota Kinabalu.
Dalam tuntutannya, Rais berkata beberapa perkataan dalam artikel-artikel yang disiarkan itu berniat jahat dan memfitnah beliau sehingga menjatuhkan reputasinya sebagai seorang individu dan seorang profesional di dalam dan luar negara serta memalukan dan memberi tekanan kepada beliau.
Rais menuntut ganti rugi am, khusus, teruk dan teladan selain memohon perintah agar Ahmad Mutalib menggugurkan semua perkataan dan ayat yang berunsur fitnah daripada semua artikel itu.(BERNAMA)
Good luck to this blogger.
ReplyDeletekita lihatlah bagaimana keputusan kes ini?
ReplyDeletepara blogger seharusnya sentiasa berhati-hati bila menulis dan menyiarkan artikel.
ReplyDeletediharap blogger tersebut dapat membela diri.
ReplyDeleteBerhati-hati apabila menulis blog. Ikut etika penulisan.
ReplyDeleteTunggu dan lihat keputusan mahkahmah nanti. Dan ambil iktibar daripada perkara ini.
ReplyDeletebagi mengetahui pihak mana yang benar. tunggu sajalah sehingga kes ini selesai nanti.
ReplyDeleteyang penting tidak ada campurtangan pemimpin2 politik atau pemimpin tinggi kerajaan sepanjang proses perbicaraan ini.. biarkan mereka diadili 100% oleh mahkamah..
ReplyDeleteNampaknya A.Mutalib perlu membela diri atas saman fitnah yang berlaku.
ReplyDeleteNampaknya A.Mutalib perlu membela diri atas saman fitnah yang berlaku.
ReplyDelete