Oleh : SHAIMON S JUMADI
MAJLIS Tertinggi (MT) Parti Bersatu Sabah (PBS) seharusnya campurtangan mengenai krisis dan pergolakan dalaman yang melanda PBS Bahagian Sekong kerana membabitkan Ketua Bahagiannya, Bonney Narseso P Juanico sebagai sasaran utama pembawa malapetaka dalam pertadbiran parti itu.
Sikap Ketua Bahagian itu yang tidak mahu bekerjasama dengan parti-parti komponen BN seperti UMNO Batu Sapi dan Ahli Parlimen Batu Sapi; di samping bersikap pilihkasih terhadap 11 cawangan PBS.
“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan begitu saja kerana menjejaskan perjuangan parti PBS di bahagian itu,” jelas wakil Ketua Cawangan, Max (bukan nama sebenar) ketika mengulas satu kenyataan di Sabahkini.Net bertajuk ‘PBS Sekong Dilanda Krisis Dalaman.’
Kata Max, disebabkan 11 cawangan tidak mahu bersekongkol dan tidak mahu menuruti segala kehendak yang boleh menghancurkan perjuangan PBS Sekong pada masa akan datang lantas Bonney bertindak memulaukan cawangan mereka.
Dakwa Max lagi, segala tindak tanduk Bonney dan perbuatan yang berniat jahat kerana kerap menggangu-gugat kedudukan Ahli Parlimen kawasan Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.
Bukan rahsia lagi kerana tindakan Bonney telah diketahui oleh umum dan 4 orang ADUN di Sandakan bahawa Bonney berniat untuk menjadi calon parlimen Batu Sapi pada pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) bagi menggantikan Datin Linda.
Sabahkini.Net difahamkan, ekoran daripada perbuatan Bonney yang disifatkan sebagai kebudak-budakan yang bernafsu besar mahu jadi calon MP di kawasan Batu Sapi ini, adalah salah satu faktor kedudukan bahagian dan cawangan-cawangan PBS Sekong kini telah menjadi kucar-kacir dan berpecah belah; kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadapnya memimpin bahagian itu.
“Kami amat kecewa dan kesal terhadap perilaku dan tindak-tanduk Bonney sebagai seorang pemimpin parti, khususnya Ketua Bahagian yang tidak mempunyai kewibawaan menerajui kepimpinan PBS Bahagian Sekong kerana akhirnya akan membawa kemusnahan dan kehancura PBS.
Disebabkan sikapnya yang terlalu sombong, bongkak dan tidak suka menghormati orang lain, kata Max, mereka merasa malu bila berhadapan dengan para pemimpin BN lainnya, kerana menjadi bahan ejekan, bukan saja di kalangan parti pembangkang bahkan dalam parti-parti komponen BN itu sendiri.
Sehubungan itu, mereka mendesak kepada pucuk pimpinan parti pusat terutama sekali Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin segera bertindak sebelum terlambat iaitu mengambil tindakan disiplin kerana mencemarkan maruah PBS di Sekong.
Percubaan Sabahkini.Net untuk menghubungi Bonney masih gagal namun dipercayai Bonney akan menemui Majlis Tertinggi PBS dan AJK Bahagian pada 10 Jun ini untuk merungkai kekusutan.
SAYA BERPENDAPAT BONNEY LEBIH LAYAK JADI MP BATU SAPI BERBANDING DATIN LINDA,SEBAGAI KETUA UMNO CAWANGAN DI P.185 BATU SAPI SAYA MENYOKONG BONNEY SEBAGAI CALON MP BATU SAPI PADA PRU KE 13 JIKA BN
ReplyDelete(PBS) MAHU MENGEKALKAN KERUSI TERSEBUT.DATIN LINDA 100 KALI LEBIH TERUK DARIPADA MENDIANG SUAMINYA DATUK EDMOND.DATIN LINDA IBARAT ROBOT YANG DIREMOTKONTROL OLEH PEGAWAINYA (SIKONG).