Tuesday, 7 June 2011

MENARA AKTINSON, ENVIROMENTALIS Vs KAPITALIS



Saudara Pengarang,

KEMELUT isu sebuah bangunan Komplek Beli-belah 16 Tingkat yang dirancang untuk dibina berdekatan [bahagian belakang] Menara Jam Atkinson yang bersebelahan dengan Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah nampaknya telah sampai ke kemuncaknya iaitu peringkat mahkamah.

Menurut beberapa sumber yang sampai ke pengetahuan saya, isu ini dibawa ke mahkamah oleh dua orang aktivis sosial bagi membantah dan seterusnya menghalang pelaksanaan projek pembinaan bangunan komplek membeli-belah setinggi16 tingkat.

Perbicaraan mengenai kes ini ialah pada hari ini iaitu 7 Jun 2011, di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang terletak bersebelahan dengan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Secara peribadi, saya membantah pelaksanaan projek ini kerana musykil dengan niat sebenar pemaju dan pihak yang meluluskannya;

1) Mengapa membina komplek beli-belah di kawasan ini? 16 tingkat? Tidak cukupkah komplek beli-belah sedia ada di kawasan Pusat Bandaraya? Kawasan ini sedikit berbukit. Bagaimana dengan risiko tanah runtuh?

2) Saya tidak menentang kemajuan dan sebarang bentuk pembangunan dengan syarat ia mempunyai rasional yang tinggi, mempunyai justifikasi yang menambat hati majoriti marhaen serta pematuhan kepada Penilaian Kesan Alam Sekitar [Environmental Impact Assessment] yang adil. Bukankah lebih baik projek baik-pulih dilaksana di kawasan menara ini seperti membina taman khas, menambat bukit supaya tidak runtuh, kawasan letak kereta pelawat yang lebih selesa ataupun pusat-pusat mini kebajikan buat gelandangan kota?

3) Saya juga mendengar idea bahawa menara ini ingin dipindahkan untuk tujuan pemuliharaan yang lebih selesa. Pandangan awal saya, idea tadi nampak 'sedikit bijak' kerana kawasan menara itu bukannya terjejas teruk oleh faktor lain yang merasionalkan pemindahannya. Mari lihat tamsilan ini. Kita mempunyai rusa [payau]. Ada payau liar, ada payau yang diternak, ada payau yang sudah menjadi pemastautin tetap di zoo-zoo.

Jika menara dipindahkan atas alasan 'pemuliharaan’, maka pengekalan 'habitat' adalah aspek utama. Memindahkan menara ke habitat yang baru samalah seperti memindahkan payau-payau liar kita semuanya masuk ke dalam zoo.

Masih wujud, tapi hilang nilai originalnya. Nikmat memakan dan melihat ikan yang hidup bebas di sungai berlainan dengan ikan yang diternak. Akhirnya generasi akan datang hanya melihat binatang liar di dalam zoo, ataupun ladang ternakan yang suasananya tertentu berbeza, berbanding habitat asal. Mungkin mereka [generasi akan datang] akan ketawa terbahak-bahak bila diceritakan kepada mereka bahawa binatang liar ini suatu masa dahulu diburu oleh nenek moyang mereka di hutan.

4) Idea terbaik buat masa ini ialah membuat 'injuksi' terhadap sebarang rancangan pembinaan yang bersifat laba keuntungan melainkan untuk tujuan pemuliharaan sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini.

5) Saya menaruh harapan agar mahkamah akan memihak kepada suara marhaen dan cukuplah melayan karenah para kapitalis cukong bersama barua-baruanya.

Justeru, kepada mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu dan menyokong agar Menara Jam Atkinson ini dikekalkan di tempat asalnya serta dipelihara, marilah beramai-ramai datang ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada esok hari bagi menunjukkan sokongan moral sambil mendengar perkembangan perbicaraan kes.

Salam Hormat,

MOHD. SAMIZUL BIN SAMAD

26 comments:

  1. Ribuan terima kasih buat pihak Sabahkini.net yang sudi menyiarkan surat saya ini. Tulisan asal dengan sedikit penambah baikkan olahan ayat ada di blog saya;

    http://www.samizul.net/2011/06/selamatkan-warisan-bersejarah-kita.html

    Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Sekali lagi, terima kasih..! =D

    ReplyDelete
  2. setuju dengan saudara samizul. rancangan untuk membina bangunan 16 tingkat memang tidak sesuai untuk dibina di kawasan berbukit.

    ReplyDelete
  3. Mungkin boleh cadangankan untuk mendapatkan tapak baru bagi pembinaan itu.

    ReplyDelete
  4. Ramai yang tidak setuju, adalah lagi baik jika tidak memberi tekanan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  5. Bangunan 16 tingkat tu memang tidak sesuai dibina di kwasan berbukit. Lebih banyak kesan buruk daripada kebaikan. Setuju, keselamatan dan pemuliharaan perlu diutamakan.

    ReplyDelete
  6. Apa signifikasinya pembinaan kompleks membeli-belah 16 tingkat itu? Sedangkan masih banyak lot-lot yang kosong di kompleks membeli-belah yang sedia ada.

    ReplyDelete
  7. Menara itu mungkin boleh dipindahkan ke tapak lain tetapi nilai sejarahnya pasti tidak akan sama seperti dulu.

    ReplyDelete
  8. kawasan bukit tak sesuai untuk membina bangunan setinggi 16 tingkat. ia akan mendedahkan kepada risiko tanah runtuh, byk lagi kawasan yang boleh digunakan. lagipun jgnlah kita musnahkan warisan kita.

    ReplyDelete
  9. warisan sejarah harus dijaga dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  10. harap keputusan yang akan dibuat nanti adalah terbaik untuk semua pihak.

    ReplyDelete
  11. lebih baik kawasan menara jam tersebut diindahkan untuk menarik lebih ramai pengunjung.

    ReplyDelete
  12. Shopping mall boleh dibina, warisan sejarah sukar dicari. Cadangan untuk memindahkan menara jam ini perlu diteliti semula.

    ReplyDelete
  13. rasanya lebih baik menara tersebut kekal di tempat yang asal. nilai sejarahnya memang sudah terletak di sana.

    ReplyDelete
  14. apa tujuannya dibina bangunan 16 tingkat itu? kalau setakat kompleks beli-belah, macam tidak rasional..

    ReplyDelete
  15. menara jam tersebut mempunyai nilai2 sejarah negeri sabah..seharusnya ianya dipertahankan dan dilindungi..pihak bertanggungjawab harus memandang serius perkara ini..

    ReplyDelete
  16. kalau dipindahkan, dipindahkan ke mana?

    ReplyDelete
  17. apa2 pun, diharap keputusan yang akan diambil nanti memuaskan hati semua pihak..

    ReplyDelete
  18. Hari ini pula trial kes ni start. Mahu tengok paper besok la apa perkembangan kes ni.

    ReplyDelete
  19. Saya tidak sabar mahu tahu apa yang akan diputuskan setelah perbicaraan tamat.

    ReplyDelete
  20. Harap keputusannya nanti mengembirakan ramai pihak terutamanya rakyat. Kalau tak, sure timbul banyak masalah lain.

    ReplyDelete
  21. Saya tak menolak pembangunan apatah lagi shopping complex. hehehe. Tapi kalau setakat nak buat shopping complex sampai korbankan aset yang mempunyai nilai sejarah, saya pun tak teragak-agak membantah.

    ReplyDelete
  22. Apapun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan baik demi kebaikan semua.

    ReplyDelete
  23. Saya menyokong penuh pembinaan shopping complex sebab utama peluang pekerjaan untuk warga kota dan warga muda. kalau ada 2000 peluang kerja sudah pasti ia memberikan menafaat kepada muda mudi kita. Bagi menara jam tersebut ianya akan menarik lebih ramai pengunjung jika ada shopping complex tersebut. Pembangunan mampan harus digunapakai dalam menangani permasalahan tersebut. Fikir yg positif Bro....

    ReplyDelete
  24. Warisan sejarah ini tidak perlulah diganggu sebaiknya. Kita seharusnya menjaga Menara bersejarah ini. Kita juga perlu berbangga ada menara jam yang berusia 100 tahun lebih..

    ReplyDelete
  25. banguan 16 tingkat itu patut dipindahkan ke tempat lain yang jauh dari menara Atkinson dan tidak menyumbang kepada kesesakkan lalu lintas di bandaraya KK ini.

    ReplyDelete
  26. Leave Atkinson Tower alone.

    ReplyDelete