Wednesday 1 June 2011

DAP PARTI OPORTUNIS!



Oleh: ROPIKAH AHMAD

“DAP bukan hanya parti pembangkang yang mahukan kuasa dan kedudukan untuk berkerajaan tetapi lebih dari itu kerana sebenarnya ia adalah sebuah parti yang berpaksikan oportunis dan hanya tahu menggunakan kesempatan atas kesempitan atau permasalahan yang berlaku,” kata Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

“DAP hanya tahu menangguk di air keruh dan melihat setiap kesempatan yang ada untuk dimanipulasikan bagi kepentingan politik dan peribadi mereka sendiri,” katanya.

Ujar beliau, tindakan DAP yang mahu meletakkan calon Melayu mewakili parti mereka adalah satu perbuatan tidak jujur dan tidak ikhlas yang dibuat untuk dijadikan sebagai batu loncatan semata-mata.

“Lihatlah bagaimana tindakan DAP yang suka memainkan sentimen perkauman dengan harapan perpaduan dan kekukuhan dalam negara akan runtuh dan hancur agar mereka dapat menyelinap dan mengambil tindakan atas keadaan kucar-kacir dan prasangka antara pelbagai bangsa dalam negara,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) melihat bagaimana permainan politik kotor DAP yang memanipulasikan isu perkauman dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) lalu sehinggakan akhirnya rakyat termakan dakyah tersebut dan mereka mendapat sokongan.

“Biarpun DAP ini berpakat dengan PKR dan PAS tetapi pengarah sebenar dalam sandiwara tersebut ialah DAP, sementara bagi PKR dan PAS adalah juak-juak yang menjadi patung untuk pastikan sokongan rakyat kepada DAP,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, DAP melihat bagaimana sokongan bangsa Melayu yang telah terbahagi antara satu sama lain iaitu UMNO, Pas dan PKR selain ada antaranya yang bersikap berkecuali.

“Melihat hal ini, DAP mahu mempergunakan orang Melayu untuk mendapatkan undi di kalangan bangsa Melayu sendiri kerana mereka sedar bahawa mereka tidak akan dapat memerintah sepenuhnya jika gagal mendapatkan sokongan dari bangsa lain khususnya kaum majoriti.

“Pastinya jika ada orang Melayu yang sanggup menjadi calon kepada DAP, ia bukanlah kerana menyokong perjuangan mereka sebaliknya golongan ini adalah antara individu yang kecewa atau gagal mendapat tempat sama ada dalam UMNO, kerajaan atau ada antara hal-hal berkaitan kepentingan mereka yang tidak diambil peduli,” tegasnya lagi.

Ujarnya, jika benar benar DAP mahu mencalon orang Melayu mewakili parti mereka maka sewajarnya mereka akan berani untuk bertanding di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya adalah berbangsa Melayu juga.

“Jika benar DAP mahu ‘bermain kayu tiga’ dengan orang Melayu, maka mereka perlu uji sokongan dengan bertanding di kawasan-kawasan orang Melayu tanpa melihat kepada sentimen sokongan bangsa lain,” katanya.

Jelasnya, apa yang pasti DAP tidak akan berbuat demikian kerana mereka sedar setakat mana kemampuan mereka.

14 comments:

  1. Most parties are opportunist too.

    ReplyDelete
  2. DAP mula lupa diri disebakan kemenangan mereka baru2 ini di Saarawak.

    ReplyDelete
  3. Kita lihat bagaimana nasib DAP di pilihanraya umum akan datang.

    ReplyDelete
  4. I think DAP not a famous party in Sabah. That why DAP want cooperate with SAPP. SAPP does said that SAPP willing to cooperate. But, I don't think so. No official announcement about the cooperation with both parties.

    ReplyDelete
  5. I don't think DAP will win in Sabah.

    ReplyDelete
  6. kita akan nampak jg nnti kemampuan DAP pada PRU nnti.

    ReplyDelete
  7. saya rasa semua parti bersifat opportunist. lihat saja setiap isu-isu yang timbul.pasti mereka akan mengambil kesempatan untuk mencari peluang agar parti mereka mendapat perhatian.

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan pendapat Smookiekins, di Sabah DAP pasti sukar mendapat sokongan.

    ReplyDelete
  9. Agree. Most parties are opportunist. It is hard to see a sincere party/leader nowadays.

    ReplyDelete
  10. I also don't think DAP will win in Sabah. It is kinda difficult for them to get the rakyats vote.

    ReplyDelete
  11. Not only DAP act as an opportunist party but other parties too.

    ReplyDelete
  12. DAP could just dream on winning Sabah. Sabah and Sarawak is different so don't be over confident.

    ReplyDelete
  13. just look what happen with the Malay in Penang.. I'm sure the Malay community in Penang will reject DAP in the next GE..

    ReplyDelete
  14. DAP pasti ada rancangan tersendiri. Memang benar PKR dan PAS hanya patung untuk DAP permainkan. Jadi PKR dan PAS pandai-pandailah jaga diri dan bijak sebelum DAP memijak kepala 2 parti PR ini.

    ReplyDelete