Wednesday, 15 June 2011

“KAMI RASA SEPERTI TINGGAL DI KANDANG BABI!… “



Oleh : SHAIMON S JUMADI

KURANGNYA perhatian daripada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduknya, terutama sekali mutu kebersihan alam sekelilling di persekitaran kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra, Sandakan amat mengecewakan penduduk setempat.

Faktor kebersihan dan keselamatan diabaikan MPS terlalu ketara dan boleh dilihat dengan jelas di setiap blok bangunan; terutama kerosakan saluran najis, kebocoran paip air dan kerosakan lampu ruang tamu dan sebagainya; walaupun mereka sudah berkali-kali memfailkan aduan rasmi kepada MPS.

Seorang penduduk yang juga Ketua Blok 10, Hazalan bin Bukang membawa wartawan Sabahkini.Net ke kediamannya untuk merakam gambar mengenai kerosakan saluran pembetungan najis dan sebagainya yang telah lama tidak disenggelara MPS.

“Saya sebagai penduduk yang teraniaya dan juga Ketua Blok ini, saya terlalu kecewa terhadap perilaku kakitangan yang ditugaskan di Taman Mesra yang tidak berfungsi langsung,” ujar Hazalan yang menggesa agar Presiden MPS, Datuk Ir James Wong turut padang melawat masalah pembayar cukai di Taman Mesra.

Kata Hazalan, setiap kali penduduk yang mempunyai masalah mahu membuat aduan, tiada seorangpun kakitangan di dalam pejabat tersebut sehingga mereka terpaksa pergi ke Urusetia Majlis Perbandaran Sandakan.

“Malangnya aduan kami dipandang remeh dan dilayan sambil lewa oleh kakitangan yang bertugas. Kami tidak ada pilihan, selain mengharapkan Sabahkini.net dapat membantu kami mengetengahkan masalah yang berlarutan sekian lama,” jelas Hazalan lagi yang marah dengan sikap cuai kakitangan MPS yang diamanahkan mentadbir urus Taman Mesra.

Kata Hazalan, MPS hanya berminat untuk memungut sewa tetapi tidak mahu menyelenggara Taman Mesra.

“Kami rasa seolah-olah kami tinggal di kandang babi,” kata Hazalan yang tidak tahan dengan bau busuk akibat pembetung najis tersumbat dan paip air yang selalu pecah akibat tekanan terlalu kuat atau bahan paip yang digunakan tidak berkualiti.

Hazalan turut menarik perhatian bahawa MPS hanya cekap memungut sewa kerana jika ada penghuni yang menghadapi masalah kewangan dna tidak dapat membayar antara dua hingga tiga bulan sewa, MPS akan bertindak ganas seperti Ah Long iaitu menghalau penghuni tanpa notis dan menyita kembali rumah berkenaan.

“Sudahlah kami rasa seperti tinggal di kandang babi, dihalau pula seperti anjing atau binatang buruan. Tak ada budibicara dan perikemanusiaan langsung. Jika BN kalah dalam PRU-13, MPS patut dipersalahkan,” ujar Hazalan lagi.

Memandangkan 1,000 penduduk Taman Mesra adalah penyokong kuat BN, tetapi dilayan bagaikan kasta kelas tiga, Hazalan bimbang jika calon BN akan kalah kerana rakyat yang ditindas MPS semakin marah, apatah lagi tanpa pembelaan Adun atau Ahli Parlimen.

11 comments:

  1. Biar pun rumah PPR tapi penghuni2 Taman mesra bayar sewa. Jadi MPS wajib menjaga kebajikan penghuni2 taman tersebut.

    ReplyDelete
  2. MPS kena bertanggungjawab dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Mesra. jangan hanya makan 'gaji buta'.

    ReplyDelete
  3. Harap MPS akan berusaha memastikan bahawa semua aspek dijaga baik.

    ReplyDelete
  4. betul ka tidak Hazalan ada buat kenyataan seperti diperenggan akhir dan kedua akhir?? setiap kali sabahkini mengambil kenyataan penduduk kampung atau orang awam, ayat seperti diperenggan akhir mesti ada.. kebetulan ka??

    ReplyDelete
  5. bagi saya penyelesaian yang paling tepat ialah, minta presiden MPS letak jawatan..

    ReplyDelete
  6. Banyak sudah aduan mengenai MPS. Tolong bertindak. Tingkatkan prestasi kerja. Dari Presiden hingga ke kakitangan bawahan.

    ReplyDelete
  7. Jangan abaikan aduan rakyat.

    ReplyDelete
  8. setiap permasalahan yang berlaku perlulah diatasi dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. MPS kena jalankan tanggungjawab mereka dan selesaikan masalah penduduk Taman Mesra.

    ReplyDelete
  10. Kenapa boleh tersumbat saluran najis tersebut. Mungkin ini sebab dari penguna itu sendiri.

    ReplyDelete
  11. terkilan dengan penyataan en. Hazalan ia itu Kasta Kelas Tiga. sebenarnya apakah yang dimaksudkan kasta kelas tiga tersebut, kalau boleh tolong huraikan dari kelas satu, dua dan seterusnya. Apa apapun JIRAN YANG MUAFAKAT AKAN MEMBAWA BERKHAT. Dalam jutaan rakyat kita harus bersyukur kepada ALLAH kerana kita masih diangkat kedarjat yg tinggi.

    ReplyDelete