Thursday, 16 June 2011

SABAH SALAH SATU NEGERI PDKNET



KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memperluaskan program Pemulihan Dalam Komuniti Net (PDKNet) ke enam negeri di seluruh negara.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) untuk mewujudkan program itu di Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.

"Program itu bertujuan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di dalam proses pembelajaran dan pemulihan dalam konteks era digital dan globalisasi semasa serta merapatkan jurang digital di kalangan warga PDK," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melancarkan PDKNet di Kompleks Penyayang, Alor Gajah di sini, pada Selasa.

Melaka merupakan negeri pertama program itu dilancarkan dan pada peringkat permulaan, kerajaan membelanjakan RM2 juta melalui geran yang diperoleh dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) di bawah inisiatif 'Merapatkan Jurang Digital'.

"Sehingga kini, kesemua 17 PDK di Melaka telah melayari PDKNet dengan penggunaan koswer PDKNet yang diperkenalkan Mosti," katanya.

Noorul Ainur berkata seramai 18,943 pelatih seluruh negara telah dilatih menggunakan jaringan itu bagi membantu peserta PDK dalam proses pembelajaran dan pemulihan menerusi ICT.

Beliau berkata bagi melihat keberkesanan projek perintis itu JKM akan sentiasa memantau perkembangan projek itu menerusi respon daripada peserta PDK, keluarga dan jumlah peserta yang melayari PDKNet.

KPWKM turut menyediakan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada OKU bertujuan meningkatkan taraf hidup serta menggalakkan golongan itu menjadi produktif dan hidup berdikari.

Kerajaan turut memperuntukkan hampir RM78 juta setiap tahun bagi program PDK dalam memberi pemulihan dan pembangunan OKU dalam komuniti setempat. (BERNAMA)

23 comments:

  1. Keep it up and all the best.

    ReplyDelete
  2. Bagus program ini, pastikan ia betul-betul memanfaatkan golongan OKU dalam proses pembelajaran mereka. Semoga kementerian dan JKM akan berusaha menjayakan program ini.

    ReplyDelete
  3. Harap rakyat dapat memperolehi faedah dari program2 yang dijalankan.

    ReplyDelete
  4. Semoga akan ada lebih banyak lagi program seperti ini dan harap ianya merangkumi pelbagai aspek.

    ReplyDelete
  5. Program ni patut dikembangkan lagi sehingga ke kawasan pendalaman...so tidak payah la OKU2 dari pendalaman datang ke bandar semata2 nak ikut program nih...

    ReplyDelete
  6. OKU juga adalah sebahagian daripada masyarakat dan program ini sudah tentu satu inisiatif yang cukup baik untuk membantu golongan OKU dalam proses pembelajaran dan pemulihan. mereka seharusnya seiring dengan masyarakat yang lain dalam era digital dan globalisasi.

    ReplyDelete
  7. Suatu usaha yang baik untuk membantu golongan OKU. Diharapkan program ini dimanfaatkan sepenuhnya dan semoga usaha sebegini diperluaskan lagi.

    ReplyDelete
  8. Semoga melalui program ini dapat meningkatkan taraf hidup serta menggalakkan golongan OKU menjadi produktif dan hidup berdikari.

    ReplyDelete
  9. golongan OKU juga harus dibela..mereka juga berhak melibatkan diri dalam pembangunan.

    ReplyDelete
  10. program ini seharusnya dimantapkan lagi..

    ReplyDelete
  11. diharap program ini akan berjaya mencapai objektifnya..

    ReplyDelete
  12. memberi pemulihan serta pembangunan kepada OKU bukan satu tugas yang mudah.. tahniah kepada kerajaan atas inisiatif murni ini bagi membantu golongan ini...

    ReplyDelete
  13. program yang baik dan patut sentiasa dilakukan.

    ReplyDelete
  14. Bagus juga. Sekurangnya orang kurang upaya juga harus menikmati kecanggihan teknologi yang ada sekarang ini.

    ReplyDelete
  15. program yang baik untuk membangunkan golongan OKU.

    ReplyDelete
  16. This is a great way to uphold the 1M slogan.

    ReplyDelete
  17. Bagus jugalah program ini. Sekurang-kurangnya tidak juga OKU rasa tersisih.

    ReplyDelete
  18. Selain itu perkembanagn teknologi juga dapat dinikmati oleh semua golongan tidak kiralah yang kurang upaya atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  19. Semoga usaha ini akan membuahkan hasil yang diharapkan:)

    ReplyDelete
  20. Kementerian akan berusaha untuk membantu golongan kurang upaya di Sabah.

    ReplyDelete
  21. This is one of the assurances.

    ReplyDelete
  22. Yes,many unprivileged people in Sabah need that.

    ReplyDelete
  23. I believe the government transformation.

    ReplyDelete