Oleh : MEDIA SAPP
SATU upacara penyelenggaraan serta penyimenan batu sumpah di Kampung Tambatuon telah disempurnakan pada pagi 18 Jun 2011 oleh para pemuda dan wanita yang diketuai oleh Jahim bin Singkui, bersama-sama dengan Ketua Bahagian SAPP Kawasan N7 Kadamaian, Puan Agnes Liewpin serta rombongan daripada Pemuda Pusat SAPP.
Batu sumpah ini telah didirikan oleh nenek moyang Kg Tambatuon pada zaman British sebagai suatu tanda perjanjian di antara kerajaan British serta penduduk kampung sebagai suatu jaminan bahawa kampung Tambatuon tidak akan diganggu selama- lamanya. Tujuan upacara ini adalah memperingati perjuangan nenek moyang penduduk Kg Tambatuon, serta mempertahankan hak dan tanah kampung ini daripada dicerobohi.
Satu sessi perbincangan ringkas turut diadakan di rumah Mantan Ketua Kampung, Singkui bin Tinggi dan para penduduk yang hadir telah mencapai suatu ketetapan bahawa mereka rela mati di atas tanah tumpah darah sendiri daripada mati sebagai pelarian di atas tanah orang lain.
Dengan itu, Agnes memberi jaminan kepada mereka bahawa beliau dan semua pemimpin SAPP akan berganding bahu berjuang bersama-sama penduduk Kota Belud, terutama sekali Kampung Tambatuon agar kerajaan tidak meneruskan rancangan pembinaan mega projek ini, termasuklah mohon kebenaran membuat kajian atas tanah Kampung Tambatuon.
Agnes sekali lagi mengesa agar kerajaan negeri akan mencari alternatif untuk pembinaan empangan ini seperti di Kg Pungitan, Wariu ataupun Sorob yang tidak melibatkan dan menjejaskan ramai penduduk.
Berkerjasama dan berganding bahu untuk sesuatu yang baik memang bagus.
ReplyDeleteBagus kerana mampu memperjuangkan hak diri. Selamat berjuang.
ReplyDeleteHopefully a win-win decision can be achieved.
ReplyDeleteSAPP hanya turun padang untuk memberikan masalah dan mencari publisiti dan bukan membantu rakyat sekali pun. Itulah SAPP yang sebenarnnya. Jadi kita lihat sendiri. Mereka inikah yang ingin dijadikan pemimpin yang cuma tahu mencari masalah dan bukannya penyelesaian.
ReplyDelete'Agnes sekali lagi mengesa agar kerajaan negeri akan mencari alternatif untuk pembinaan empangan ini seperti di Kg Pungitan, Wariu ataupun Sorob yang tidak melibatkan dan menjejaskan ramai penduduk.'
ReplyDeletekalau projek empangan ni dipindahkan ke kampung lain, setujukah mereka?
penduduk kg benar2 membantah projek tersebut, mereka sanggup mati demi mempertahankn tanah mereka. kerajaan kena pertimbangkan nasib penduduk.
ReplyDeletejika bantahan penduduk kg Tambatuon ini berhasil, pasti media SAPP akan keluarkan kenyataan kononnya mereka lah yang bertungkus lumus menggagalkan projek kerajaan ini...
ReplyDeleteharap penyelesaian terbaik mengenai pekara ini akan dapat ditemui.
ReplyDelete