Saudara Pengarang,
BAHANG pilihanraya mula dirasai oleh Parti Pembangkang seperti SAPP yang mula mengikuti jejak pemimpin UMNO yang membudayakan operasi turut padang, tetapi misi mereka hanya setakat mahu mencari publisiti dan bukannya mahu menyelesaikan masalah rakyat.
Terbaru, dalam artikel ‘Misi ‘Fact Finding’ Pemuda SAPP Berjaya’ yang disiarkan Sabahkini.net, Pemuda SAPP secara rambang mengaitkan projek Pusat GiatMara di Tenom gagal dan terbengkalai dengan BN-UMNO?
Bukankah sepuluh tahun lalu, SAPP masih dalam BN? Kenapa ketika itu mereka tidak mahu membantu menyelesaikan projek berkenaan yang tergendala disebabkan oleh kontraktor dan bukannya Pemimpin UMNO.
Sebenarnya Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Bajet RM1 juta baru-baru ini tetapi kos untuk menyiapkan projek tergendala berkenaan sejumlah RM2.8; untuk itu, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri baru sahaja meluluskan Bajet tambahan.
Buat masa ini kerajaan dalam peringkat akhir untuk mempelawa tender baru. Tender pertama yang dipanggil pada 2006 dahulu hanya berjaya menyiapkan kerja sehingga 60% sahaja dan ditamatkan oleh GiatMara disebabkan tidak mengikut spesifikasi kontrak.
SELESA.....Pusat GiatMara Tenom yang sedia ada cukup selesa sekalipun sebagai bangunan sementara.
Oleh itu, sebahagian bangunan yang sedia ada akan dirobohkan kerana tidak selamat dan juruperunding sudah menyiapkan reka bentuk dan dokumen tender dan hanya menunggu peruntukan disalurkan sebelum Pusat GiatMara ini dapat disiapkan dan digunapakai.
Sehubungan itu, adalah tidak wajar menyalahkan BN-UMNO dalam setiap kerja yang tidak siap, tetapi tidak memuji BN-UMNO bagi semua kerja yang telah memberi manfaat kepada rakyat.
Bangunan sementara Pusat GiatMara yang ada sekarang tidak menggangu proses pembelajaran dan masih boleh terus digunakan sehingga bangunan baru siap.
Sewajarnya, cermin diri sebelum menuding jari kepada orang lain kerana empat jari menuding kepada diri sendiri. Semoga mengamalkan politik sihat dan bukan tikam curi.
Salam Hormat,
JAMAWI JAAFAR
Oppsss!!!! SAPP terkena batang hidung sendiri pulak.
ReplyDeleteMemang betul. Sudah banyak kali ini berlaku.
ReplyDeleteHarap pihak politik jangan suka mainkan masalah rakyat demi kejayaan politk.
ReplyDeleteAlahai..malunya SAPP. Perbaiki diri/parti sebelum menyalahkan pihak/parti lain.
ReplyDeleteItulah SAPP yang hanya turun padang untuk mencari publisiti dan bukannya mahu menyelesaikan masalah rakyat. SAPP memang rajin turun padang bersama tentera sekutuan tapi kebanyakkan mereka cuma mencari masalah dari kerajaan dan itu saja lepas itu diam tidak ada apa-apa untuk rakyat pun.
ReplyDeleteSAPP kena 'turun padang' melihat masalah yang dihadapi rakyat dan berusaha untuk menyelesaikannya. bukan bertindak menuding jari menyalahkan pihak lain.
ReplyDeleteSAPP should stop talking like a rockstar.
ReplyDeleteSAPP pula yang kena balik..itulah lain kali jangan terlalu emosi berpolitik..
ReplyDeletebermaksud ketikan SAPP dalam kerajaan, SAPP langsung tidak membantu mencari penyelesaian projek yang terbengkalai ini..mengapa baru sekarang SAPP bising2?
ReplyDeletejangan terlalu taksub mencari kelemahan pihak lain sehingga lupa dan tidak sedar kelemahan diri..akhirnya sendiri juga yang merasa pedas..
ReplyDeleteSAPP perlu berhenti menunding jari dan tanya diri apa yang boleh dilakukan untuk rakyat..rakyat sendiri akan tahu siapa yang sebenarnya membela rakyat..
ReplyDeleteSAPP mmg selama ini hnya tau membuat bising sahaja. tapi tiada tindakan lagusung, cakap tak serupa bikin.
ReplyDeleteterkantoi SAPP apabila dengan rakus menyumbat masuk apa sahaja projek terbengkalai di media mereka tanpa mengkaji kenapa ianya boleh berlaku.. rasanya dengan sikap SAPP yang suka ambil kesempatan ini cukup untuk membuatkan saya tawar hati untuk memberikan sokongan kepada parti ini.
ReplyDeleteSAPP harus menerima teguran ini dan berusaha memperbaiki parti mereka dan bersaing dengan sihat.
ReplyDeleteAdakah SAPP hanya tahu menikam tapi tidak tahu ditikam?
ReplyDeletePersonally I think there is a need to open up between opposition parties.
ReplyDelete