BAHAYA….Kelihatan Alex Wong sedang menunjukan litar yang boleh digapai oleh tangan dan berbahaya kepada kanak-kanak di Taman Lavender.
Oleh : MEDIA DAP
SESB daerah Kudat digesa supaya membuka sambungan talian elektrik sementara di kawasan Taman Lavender yang baru sahaja siap awal tahun ini.
Gesaan ini dibuat oleh DAP Bahagian Kudat kerana setelah Taman Perumahan tersebut siap dibina, kabel penyambungan tenaga letrik yang dibina secara sementara telah diabaikan begitu sahaja tanpa mengambilkira keselamatan penduduk di sekitar Taman berkenaan; lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak yang kerap berkeliaran di tempat berkenaan.
Selepas melawat tempat berkenaan, Alex Wong yang banyak menerima aduan dari penduduk sekitar berjanji membantu menyampaikan permintaan penghuni di situ kepada pihak berwajib.
Menurut penghuni Taman Lavender, mereka telah membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi setakat ini hanya kabel yang mencecah tanah sahaja yang telah dibuka sementara tempat penyambungan tenaga letrik masih kekal dan inilah yang membimbangkan para ibubapa di sini.
Tambahnya, "Jika SESB gagal menyelesaikan perkara ini, penduduk akan terdedah kepada risiko kemalangan atau kematian,” dan sehubungan itu, menggesa SESB mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan jiwa daripada menghadapi kecelakaan atau terkorban.
Harap2 tindakan segera dilaksanakan. SESB sepatutnya lebih teliti lagi akan hal ini.
ReplyDeleteHarap SESB akan lebih berhati-hati supaya tiada kemalangan berlaku.
ReplyDeleteUtamakan keselamatan orang ramai. Tangani masalah ini dengan kadar yang segera.
ReplyDeleteHarap SESB akan menyelesaikan masalah ini secapat mungkin sebelum ada perkara yang tidak diingini berlaku.
ReplyDeletesoal keselamatan tidak boleh dipandang ringan. pihak SESB sepatutnya bertindak lebih teliti dalam menjalankan tugas terutama berkenaan dengan keselamatan.
ReplyDeleteOf course!
ReplyDeleteSESB sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan isu ini..
ReplyDeletejika SESB prihatin, perkara ini sudah diberi perhatian dan tindakan sewajarnya diambil..tidak perlu menunggu hingga dikomplen oleh penduduk..
ReplyDeletejangan tunggu hingga ada kemalangan yang berlaku akibat dari kelalaian SESB itu sendiri..
ReplyDeletediharap tindakan segera akan diambil.
ReplyDeleteambil perhatian hal ini, jgn biarkan ia membahayakan pemduduk.
ReplyDeleteAlex patut terus menghubungi SESB untuk mendapatkan penjelasan sekaligus penyelesaian.. sampaikan masalah ini terus kepada SESB, bukannya membawanya ke media.. adakah begini caranya DAP membantu rakyat menyampaikan aduan mereka?? bagi saya tindakan ini hanya sekadar mengambil kesempatan disebalik masalah yang dihadapi oleh rakyat.
ReplyDeletepekara ini memerlukan perhatian segera agar pekara yang tidak diingini dapat dielakkan.
ReplyDeleteKejutan elektrik memang bahaya.
ReplyDeleteBeware.
ReplyDelete