Wednesday 8 June 2011

LU LANGSI, LU BANKRAPSI!



Oleh : AWANG AHMAD MAZLAN

SETELAH gagal menyiapkan dua projek penting di Labuan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal kini melobi satu projek mega iaitu Pelabuhan Baru Labuan yang bernilai ratusan juta ringgit.

Yusof yang dicadangkan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik bin Datuk Raja Zainal Abidin sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, kini berhadapan dengan tindakan kebankrapan setelah Mahkamah Tinggi Labuan membuat penghakiman berhubung tuntutan Sub-Kontraktor yang menjalankan Kontrak Membina Pasar Baru Labuan yang diberhentikan Yusof ketika projek sedang berjalan.

Sekalipun Labindo Engineering Sdn.Bhd adalah syarikat yang didaftarkan atas nama Yusof Mahal dan Kasryanto @ Yanto Bin Kasdi, namun Perbadanan Labuan belum memfailkan saman menuntut gantirugi pendahuluan RM4 juta yang telah dibayar kepada Labindo Engineering ekoran kegagalan melaksanakan projek berkenaan dan dalam masa yang sama, Yusof merupakan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan.

Sebelum ini, Nautika Innovasi Sdn.Bhd (Sub-kontraktor) telah memperolehi perintah penghakiman ekoran Yusof tidak mencabar tuntutan Nautika di mahkamah dan jumlah pampasan akan diputuskan 9 Ogos 2011.

Semakan di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan CIDB mendapati Lesen PKK Kelas A 1220 A 2003 1133 dan CIDB Gred G7 0120050409-LB103414 yang didaftarkan atas nama Labindo Engineering Sdn.Bhd belum di SENARAIHITAMKAN sekalipun syarikat berkenaan gagal menyiapkan Cadangan Projek Pembinaan Sebuah Pasar Baru Di Atas Sebahagian Lot 8002 Dan 8008 Jalan Bunga Tanjung, Ujong Pasir bernilai RM 24,886,169 milik Perbadanan Labuan yang diperolehi syarikay berkenaan pada 17 Disember 2007.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menjalankan siasatan terhadap Yusof berhubung kes berkenaan, namun sehingga ke hari ini Yusof belum didakwa di Mahkamah; sebaliknya akan dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan pada bila-bila masa.

17 comments:

  1. Amalkan sikap bersih, cekap, dan amanah dalam menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  2. Agak musykil juga tiada tindakan diambil bila projek berjuta-juta tidak dapat disiapkan. Perkara ini perlu disiasat dengan lebih teliti lagi.

    ReplyDelete
  3. Duit rakyat tu. Sepatutnya kerajaan lebih teliti & cekap sekiranya berkaitan dengan duit.

    ReplyDelete
  4. kena cari kontraktor yang benar2 boleh diharap. projek tak siap hnya merugikan wang rakyat.

    ReplyDelete
  5. setuju dengan antap. pastikan kontraktor yang melaksanakan projek adalah boleh diharap.

    ReplyDelete
  6. apakah keputusan siasatan SPRM terhadap Yusof Mahal? dia sepatutnya dikenakan hukuman jika benar-benar terlibat dalam rasuah. tidak kira pangkat, Yusof Mahal tidak mempunyai kekebalan dari dikenakan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  7. Beri pegajaran kepada kontraktor yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  8. Moral dari apa yang berlaku adalah, sila pastikan kontraktor yang diberi amanah untuk menyiapkan sesuatu projek adalah kontraktor yang bertanggungjawab dan sudah melakukan pelbagai kontrak dan dijamin jujur.

    ReplyDelete
  9. hhmmm, kalau lah dakwaan ini betul konpom masalah buruk akan timbul.

    ReplyDelete
  10. Harap hal ini akan mendapat perhatian sewajarnya. Buatlah apa yang patut.

    ReplyDelete
  11. Problem here is because of the contractor. I wonder how they choose their contractor.

    ReplyDelete
  12. Next time make sure to appoint a responsible contractor.

    ReplyDelete
  13. SPRM sudah buat siasatan dan tidak ada tindakan dibuat.. bermakna beliau tidak terbabit dengan gejala rasuah. kenapa tidak minta penjelasan dari SPRM berkenaan dengan hasil siasatan?

    ReplyDelete
  14. Jangan hanya kerana kepentingan diri banyak projek menghadapi kerugian.

    ReplyDelete
  15. Yusof should repent first and try to complete the previous projects.

    ReplyDelete
  16. Klu trlepas atas dunia ini benda salah yg kita buat, start dlm kubur dapat da habuan....belum lagi kiamat dkt padang masyar sana...Neraka sana....marilah kita sama2 insafi diri dari perbuatan keji dan mingkar, jadi penjawat awam yg bersih cekap dan amanah....amin..

    ReplyDelete
  17. Bini Yusof ni orang Indon, kalau x silap orang Surabaya, bahayanya.....

    ReplyDelete