PENCULIK....Ben Ahmad Taraji (gambar sisipan) yang dipercayai mengetuai penculikan Nazaruddin sehingga membuatkan isteri Nazaruddin, Mazlina dan anak mereka trauma memikirkan nasib suaminya.
Oleh : MUTALIB M.D
BERSYUKURLAH rakyat Malaysia yang lahir di Sabah kerana sudah beberapa penculikan berlaku, namun semuanya berjaya diselamatkan tanpa kehilangan jiwa kerana Kerajaan Negeri Sabah begitu prihatin; sekalipun mengekalkan Dasar ‘Anti- Penculikan dan Anti-Pemerdagangan Orang’, namun masih mampu menghantar juruperunding untuk membebaskan mangsa culik.
Berbanding dengan nasib raktar Selangor, Nazaruddin Saidin, 38, yang telah diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada 8 Mei lalu dari Pulau Sulu di Selatan Filipina. oleh sepasukan 10 orang yang lengkap bersenjata ketika berurusniaga ‘Tokek’.
Sebelum ini, penculik meminta sejumlah lapan juta pesos sebagai syarat pembebasan beliau, namun menurut isteri Nazaruddin, Mazlina Mohamad, 38, mereka tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu (RM558,000) kerana mereka hanyalah penjual kuih dan bukannya orang kaya sebagaimana yang disangkakan penculik.
Sehingga berita ini ditulis, Kerajaan Negeri Selangor mengambil sikap berkecuali dan tidak mengusahakan pembebasan Nazaruddin sebagaimana usaha gigik kerajaan negeri Sabah dalam kes tebusan sebelum ini, sekalipun seorang daripada dua tebusan terbaru yang dibebaskan dengan selamat sebelum ini bukan rakyat Sabah.
Mengikut koresponden Sabahkini.net di Jolo sebentar tadi, kemungkinan Nazaruddin dibebaskan dalam masa yang singkat amat tipis kerana kumpulan yang menculiknya adalah sama dengan kumpulan yang menculik dua rakyat Malaysia di Terumbu Karang, Pulau Sebangkat, Semporna.
Namun kata Koresponden Sabahkini.net, dipercayai Kerajaan Malaysia mungkin menghantar juruperunding yang sama bagi merunding pembebasan Nazaruddin dalam masa yang terdekat; bagaimanapun Wisma Putra belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
“Kali ini kita percaya yang mengetuai kumpulan ini ialah Ben Ahmad Taraji, warga Filipina tetapi memiliki kad pengenalan Malaysia kerana adiknya Adam masih dalam tahanan pihak berkuasa Malaysia,” ujar koresponden Sabahkini.net.
Ben kini mengetuai Kumpulan Serpihan Abu Sayaf dengan sokongan padu Azman selepas kematian Albader Parad dan aktif menjalankan aktiviti penculikan atau membeli mangsa yang diculik untuk dijual kepada kumpulan lain.
Its lucky that so far our kidnapped victims safely returns.
ReplyDeleteHope that the Selangor government is able to save their kidnapped victims.
ReplyDeletetindakan segera pelru diambil bagi menjadi cari pembebasan mangsa culik tersebut.
ReplyDeleteSeharusnya negeri selangor melakukan sesuatu untuk menghadapi masalah seperti ini. Mungkin selangor perlu ada ramai lagi anggota polis untuk usaha pencarian.
ReplyDeleteKepada negeri Sabah, jangan terlalu bangga dengan keadaan sekarang, kerana bila2 keadaan boleh berubah. Apa yang penting kita sama2 berdoa agar keadaan ini tidak akan berubah.
ReplyDeleteApa pula tindakan kerajaan Filipin terhadap Kumpulan Serpihan Abu Sayaf ni? mereka ni sudah diakui menjalankan kegiatan penculikan. takkan mereka tak tangkap dan biar begitu saja
ReplyDeleteharap-harap mangsa culik tu dapat dibawa pulang ke Malaysia dengan selamat.
ReplyDeleteharap mangsa culik tersebut akan dapat dibebaskan..
ReplyDeleteKerajaan Selangor tolong prihatin dengan keluarga mangsa dan beri bantuan untuk pembebasan Nazaruddin.
ReplyDeleteHarap mangsa culik ini dibebaskan dengan segera dalam keadaan selamat.
ReplyDeletemampukah Pakatan mentadbir negara ini jika masalah seperti ini tidak mampu diselesaikan? inilah akibatnya jika hanya tahu menggunakan demonstrasi jalanan sebagai jalan penyelesaian, bukannya melalui perbincangan.. saya harap rakyat menilai isu ini sebelum membuat pilihan..
ReplyDeleteMana kerajaan selangor??Bantulah mereka yang memerlukan pertolongan.
ReplyDelete