Friday, 17 June 2011

MASIDI KUTUK PENGGODAM LAMAN WEB



MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun kelmarin kesal dengan tindakan penggodam laman web Lembaga Pelancongan Sabah yang disifatkannya sebagai bersikap kebudak-budakan dan mensabotaj industri pelancongan Sabah.

"Saya dimaklumkan bahawa penggodam ini terdiri daripada rakyat Malaysia. Mereka ini mungkin nak tunjuk ada kemampuan untuk mengodam, tapi apa yang terbukti akhirnya?

"Sebenarnya, mereka mengkhianati ekonomi negara sendiri kerana apabila laman web kita atau laman lain tidak boleh dicapai, kita akan kehilangan pelancong sebab mereka tidak boleh mendapat maklumat daripada kita.

"Bagi saya, perbuatan mengkhianati negara sendiri adalah perbuatan bodoh kerana industri pelancongan merupakan antara majikan terbesar bagi rakyat Malaysia. Saya harap penggodam berkenaan menyedari kesan daripada perbuatan mereka itu," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar 2009/2010 di sini Khamis.

Beliau berkata terdapat aduan bahawa laman web berkenaan tidak boleh dicapai semalam kerana digodam pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya sekiranya individu terbabit benar-benar cintakan Malaysia, mereka sepatutnya menolong menjual dan mempromosikan negara ini, bukan menyusahkan pelancong yang ingin mendapatkan maklumat mengenainya.

Masidi bagaimanapun berkata Lembaga Pelancongan Sabah boleh dihubungi melalui rangkaian sosial Facebook, telefon dan faksimile.

"Kami juga cuba mewujudkan laman web mini yang mengandungi semua maklumat asas, tapi rancangan kami yang lebih menyeluruh ialah berpindah ke server yang lebih selamat.

"Kami juga sentiasa bersiap sedia untuk mewujudkan laman web mini kedua sekiranya kami digodam sekali lagi," katanya. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Inilah masalahnya bila kepakaran yang ada telah disalahgunakan. Golongan2 ini tidak akan berhenti daripada membuat kacau.

    ReplyDelete
  2. penggodam ni keterlaluan betul..rakyat Malaysia sendiri lagi tu. rasanya kalau penggodam ni dikenalpasti, apa hukuman yang boleh dikenakan terhadap mereka?

    ReplyDelete
  3. Harap hukuman yang akan buat mereka menyesal dan tidak mahu melakukan jenayah siber lagi.

    ReplyDelete
  4. Ya setuju dengan pendapat Datuk Masidi, perbuatan mereka ini hanya menyusahkan dan bukannya tindakan bijak untuk menyelesaikan masalah. Hanya menambahkan masalah dan memalukan negara.

    ReplyDelete
  5. harap penggodam tersebut akan dapat dikesan dan dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  6. But looking it on the other side, the hackers has proved that the state government need to look more seriously in upgrading the safety of government websites in making sure that the same thing will not going to happen again....

    ReplyDelete
  7. Betul juga apa Datuk Masidi cakap ni. Tapi rasanya semua pun kesal dengan perkara ni. huhu

    ReplyDelete
  8. Harap hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  9. penggodam2 ini sengaja cari nahas.. belajar tinggi2, ada kepakaran, tapi perangai macam budak2..

    ReplyDelete
  10. Memang tindakkan pengodam ini akan memburukkan keadaan bukan saja ekonomi malah dalam bidang pengurusan pun akan turut terjejas.

    ReplyDelete
  11. Tak sangka laman web kerajaan betul-betul diserang pengodam.

    ReplyDelete