Saudara Pengarang,
UMNO Labuan semakin parah dan terancam ekoran tindak tanduk para pemimpin UMNO yang membelakangkan kepentingan rakyat dan bertindak seperti kata pepatah, “Bersultan Di Mata, Beraja Di Hati’.
Sebagai penduduk asal dan pengundi Labuan yang bertugas di Pelantar Minyak sejak 15 tahun lalu, saya terkedu membaca artikel bertajuk ‘Polis Labuan Lindungi Anak Ahli Parlimen?’ dan ‘Pendakwaraya ‘Hantu’ Di Mahkamah Kangaroo?’ serta banyak lagi yang berkaitan Skandal Ahli Parlimen Labuan yang hanya berani disiarkan oleh Sabahkini.net.
Sepanjang Datuk Suhaili Abdul Rahman menjadi Ahli Parlimen Parlimen Labuan selama dua penggal, kami tidak pernah mengenali atau mengetahui sama ada beliau mempunyai anak, malah tidak pernah mendengar langsung anak-anaknya ada mendapat kontrak kerajaan, terutama Perbadanan Labuan sedangkan ketika itu beliau adalah Pengerusi Perbadanan Labuan.
Namun sejak Datuk Haji Yusof Mahal menjadi Ahli Parlimen Labuan pada 2008 dan dalam masa yang sama menjadi Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan dan kini sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, beliau telah menghampakan kami kerana bukan sahaja kerana projek Pasar Baru yang diamanahkan kepada beliau tidak siap, malah beliau sanggup memperdaya dan menipu rakan kongsi dan sub-kontraktornya.
Saya dan rakan-rakan turut kecewa kerana anaknya bukan sahaja membolot projek Perbadanan Labuan terutama projek ‘Cadangan Kerja Tanah Untuk Tapak Kompleks Komersial Bumiputera, Kompleks Letak Kereta Bertingkat Dan Esplanade Diteluk Victoria WP Labuan’; malah turut melakukan jenayah dan membuli rakan kongsi tanpa alasan yang munasabah.
Mungkin inilah akan menjadi asbab Tuhan mengkabulkan ‘doa rakyat Sabah’ yang dizalimi Kerajaan Persekutuan ketika pemimpin BN membuang ‘Anak Sabah’ di Labuan ke dalam ‘Tong Sampah’ Wilayah Persekutuan.
Jangan fikir perbuatan menzalimi rakyat yang tidak berdosa dianggap kecil dan didiamkan begitu sahaja kerana akan menjadi punca rakyat akan bangun memberontak kerana pihak berkuasa turut melindungi penjenayah.
Memandangkan Labuan bukanlah kerusi selamat kepada UMNO, maka sewajarnya pihak berkuasa melakukan tindakan pemulihan sementara bibit kemarahan belum memuncak dengan mempastikan Anak Ahli Parlimen dan Ahli Parlimen berkenaan dihukum menurut lunas undang-undang.
Membiarkan kejahatan berleluasa tanpa sebarang usaha untuk menghalang kezaliman daripada terus berlaku, seperti ‘merogol darah daging sendiri’. Kisah yang dipaparkan di Sabahkini.net mungkin hanya sebahagian kecil daripada kezaliman yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Labuan dan anaknya.
Salam Hormat,
ABDUL RAHIM B
Sungguh mengecewakan.
ReplyDeleteHarap MP Labuan akan berusaha memperjuangkan hak rakyat.
ReplyDeleteBila kekayaan dan kuasa duniawi mengaburi mata, manusia mula lupa diri. MP Labuan diharapkan bersikap lebih telus. Hari tidak selalu cerah.
ReplyDeleteseorang pemimpin sepatutnya sentiasa menjaga kepentingan rakyatnya dan bukan memperjuangkan kepentingan sendiri.
ReplyDeleteDatuk Suhaili Abdul Rahman menjadi Ahli Parlimen Parlimen Labuan selama dua penggal. beliau adalah Pengerusi Perbadanan Labuan. Tidak pernah berlaku seperti sekarang ini. Masalah timbul dilabuan. Namun apabila Datuk Haji Yusof Mahal menjadi Ahli Parlimen Labuan pada 2008 dan dalam masa yang sama menjadi Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan bermacam-macam berlaku dengan labuan sehinggakan anak sendiri berani bertindak seperti samseng Labuan.
ReplyDeletejgn salah gunakan kuasa untuk kesenangan diri semata-mata. sebagai pemimpin, laksanakan tanggungjawab terhadap rakyat dgn jujur.
ReplyDeletedengan pendedahan yang dilakukan oleh sabahkini, tidak ada apa yang boleh disembunyikan lagi. hanya satu cara untuk memulihkan keadaan, ambil tindakan segera terhadap semua pihak yang bertindak membelakangkan undang2..
ReplyDeleteharap setiap isu yang berlaku akan diberikan perhatian yang sewajarnya.
ReplyDelete