Sunday, 12 June 2011

ROBOHKAN SEGERA RUMAH PATI



HARAM.... kelihatan sebahagian rumah haram yang didirikan oleh PATI.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PARA penghuni rumah kuaters Jabatan Kebajikan Masyarakat Warga Tua Seri Harapan, Batu 5, Jalan Sibuga mendesak kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar merobohkan rumah-rumah haram yang didirikan oleh para pendatang asing tanpa izin (PATI) di hutan berhampiran.

Seorang penduduk, Mohd (bukan nama sebenar), memberitahu Sabahkini.Net pada mulanya mereka hanya mendirikan dua buah rumah sahaja tetapi seminggu kemudian, bilangannya semakin bertambah banyak.

“Kami khuatir sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan oleh pihak MPS, kami bimbang kawasan hutan itu dijadikan perkampungan setinggan haram yang dihuni oleh pendatang asing dan menjadi sarang jenayah,” ujar Mohd lagi.

Tegas Mohd, memandangkan PATI manusia yang tidak bertamaddun dan tidak menghormati undang-undang negara, maka beliau bimbang akan menyebabkan kawasan berkenaan tidak lagi selamat diduduki kerana terdedah kepada pelbagai risiko, termasuk kecurian, rogol dan pusat penagihan dadah.

“Bagi pihak penghuni kuaters ini, saya berharap agar Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia termasuk pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dapat mengambil tindakan segera,“ rayu Mohd lagi.

14 comments:

  1. These PATI can rebuild their houses again in a blink even though the government destroyed them.

    ReplyDelete
  2. There are many such operations in the past, but it still fails to completely eradicate these illegals from building their houses there.

    ReplyDelete
  3. Pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan. Jika tidak PATI akan membuat perkampungan di tanah bukan milik mereka. Keadaan akan menyukarkan sekiranya PATI sudah berkampung di situ.

    ReplyDelete
  4. PATI ini memang keras kepala. Walau dengan cara apa pun rumah setinggan mereka dirobohkan, mereka masih boleh mendirikannya dalam tempoh yang singkat. Pihak berwajib perlu lebih tegas dan efektif dalam menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  5. tindakan segera perlu diambil. ini bagi mengelakkan risiko kecurian dan masalah lain berlaku dikawasan berkenaan.

    ReplyDelete
  6. PATI ni suka hati saja mendirikan rumah. pihak MPS usir saja mereka. mereka patut ditahan dan dihantar pulang ke negara mereka.

    ReplyDelete
  7. lepas masuk negeri ini dengan cara haram, kini dibukanya pula penempatan haram serta membuka kebun secara haram dan menjualnya secara haram. kesalahan yang dilakukan oleh mereka ini cukup berat dan pihak berkuasa tidak patut memandang remeh kewujudan mereka di negeri ini.. bertindaklah sebelum terlambat..

    ReplyDelete
  8. roboh dan bakar...

    ReplyDelete
  9. jika PATI diberi pengampunan dalam pelan 6P hishammudin, rumah2 haram ini akan tetap ada..jadi seharusnya PATI diusir keluar dari sabah..

    ReplyDelete
  10. tidak perlu bersikap baik kepada PATI..

    ReplyDelete
  11. Lepas dirobohkan, dibina lagi.. hhmmm... Rasanya tindakan lebih tegas perlu dilakukan untuk menanggani perkara ini daripada berulang lagi.

    ReplyDelete
  12. Jadi kalau boleh pihak berkuasa jangan klah terlalu lembut dengan pati, kalau tak habislah dorang naik kepala:P

    ReplyDelete
  13. PATI ni sesuka hati saja membina penempatan ditempat orang, kita tak boleh biarkan hal ini.

    ReplyDelete
  14. Untuk menangani masalah PATI, tempat tinggal PATI perlu diserbu.

    ReplyDelete