Oleh : LISA J. ARIFFIN
KUALA LUMPUR : Cadangan DAP
untuk memperkenalkan undang-undang anti lompat di Pulau Pinang bertentang
dengan prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang sering menyokong kebebasan berpersatuan
dan liberalisasi, kata Tun Dr Mahathir.
Perdana menteri yang
memerintah paling lama di Malaysia itu mempersoalkan parti komponen PR itu yang
tiba-tiba menolak lompat parti, dilihat bertentangan dengan pembangkang yang
seringkali mahukan masyarakat lebih liberal.
“Mereka kata mereka mahu
jadi liberal, benarkan seseorang menyatakan pandangan dan mengkritik orang
dengan mengatakan ini adalah kebebasan kami,” kata ahli politik veteran itu
dalam sidang akhbar di majlis rumah terbuka Hari Rayanya hari ini.
“Jadi mengapa perlu mereka
halang orang nak lompat parti?” tanya beliau.
Kata Dr Mahathir pergaduhan
dalaman adalah perkara normal dalam semua parti dan calon biasanya bertukar
parti jika mereka tidak setia kepada parti.
“Jikalau mereka lahir pada
tahun kata, mereka akan melompatlah,” katanya sambil disambut dengan gelak tawa
dari hadirin.
DAP semalam meneruskan untuk
mencadangkan undang-undang anti lompat di Pulau Pinang walaupun beberapa
pembelotan dari Barisan Nasional (BN) semenjak 2008 membantu memperkukuhkan PR
di parlimen.
Setiausaha agung DAP, Lim
Guan Eng dalam kenyataan semalam mengatakan lompat parti adalah tidak bermoral,
tidak beretika dan tidak berprinsip oleh kerana ianya tidak demokratik dan
tidak menghormati keputusan pengundi.
No comments:
Post a Comment