MESRA…Masiung
bersalam-salaman dengan penduduk Kampung sempena kunjungannya ke rumah terbuka
raya.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : AZROY ZAMARUL
ADUN Kuamut, Masiung Banah
menggesa rakyat di kawasan Kuamut agar mengenepikan dahulu fahaman politik di
kala meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di ambang Kemerdekaan ke 55 negara
bagi memastikan rakyat berbilang kaum dapat menikmati kemakmuran negara.
Masiung Banah membuat gesaan
tersebut ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Gabungan 4-buah Kampung
di Gumayad Tawoi Maratu, Usaha Jaya Bukit Garam. Kampung terbabit adalah
Kampung Usaha Jaya, Seri Manis, Berjaya 1, kelmarin.
Menurutnya, pekara itu
penting agar keamanan dan kemakmuran yang dikecapi terus terpelihara sekaligus
menjadikan semua golongan kaum di negara ini sebagai bangsa Malaysia bersatu
padu dalam membentuk nilai-nilai murni dalam menjaga tatasusila dan adat resam
masing-masing.
Masiung berkata, rakyat perlu menghargai dan terima
sistem demokrasi dengan hati terbuka yang digunapakai di negara ini kerana
dengan adanya sistem perkongsian kuasa dalam membentuk kerajaan Barisan
Nasional (BN) yang diurus tadbir oleh para pemimpin berbilang kaum ia menjurus
menyuntik semangat perpaduan yang kukuh.
Ini termasuk dalam
menyalurkan pembangunan dan bantuan negara yang dikecapi oleh masyarakat
pelbagai kaum tidak mengira sispa mereka sama ada di kalangan pro kerajaan dan
pro pembangkang terus terbela dalam mendapati pelbagai bantuan yang diperlukan.
Dalam perkembangan lain,
Masiung mengingatkan rakyat agar mengekalkan momentum pentadbiraan kerajaan
sedia ada khususnya dalam DUN Kuamut yang terus fokus ke arah arus perdana
pembangunan negara yang sedang dirancang.
Jelasnya lagi, ia penting agar perancangan dan pelaksanaan
pembangunan masa akan datang dapat diteruskan demi keselesaan rakyat terutama
sekali kampung-kampung yang masih mundur
dalam menikmati kemudahan-kemudahan asas.
Turut hadir pada majlis,
Ketua Bahagian PBS Kuamut, Awang Gariman dan pemimpin setempat. Majlis itu
menyaksikan seramai 20 orang terdiri ibu tunggal dan warga tua menerima bantuan
duit raya.
No comments:
Post a Comment