JAMU
….Juslie, Zakaria sedang menjamu selera juadah raya bersama tetamu.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
PROGRAM Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan
pada saban tahun bukan perkara baru di negara kita khususnya di Sabah ini
memang bermulanya sejak negara kita
mencapai kemerdekaan kira-kira 55 tahun yang lalu.
Rumah terbuka seperti ini
bukan saja khusus untuk fokus satu
perayaan Aidilfitri semata-mata,
bahkan ia melibatkan semua perayaan antaranya Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari
Natal, Pesta Gawai dan termasuk Pesta Kaamatan.
Ahli Parlimen Kawasan
Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol berkata demikian kepada media pada Majlis Rumah
Terbuka Raya di Kampung Sungai Tiram anjuran Pejabat Perhubungan Parlimen
Libaran kelmarin.
Katanya tujuan mengadakan
Majlis tersebut ia bukan sekadar untuk merayakan perayaan Hari Raya bahkan ini
menjurus kepada menyuntik semangat perpaduan dan mengeratkan silaturrahim di antara
satu sama lain, khususnya masyarakat majmuk yang ada di negara ini.
Juslie berkata lagi, tahun
ini rakyat Malaysia bukan sahaja merayakan Hari Raya bahkan sekaligus merayakan sambutan Hari Kemerdekaan
ke 55 tahun negara kita yang hanya tinggal 3 hari sahaja iaitu pada 31 Ogos
ini.
"Inilah kebaikan negara
kita sejak UMNO menerajui dalam gagasan
Kerajaan Basiran Nasiaonal (BN) yang
dianggotai oleh parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS, UPKO, PBRS
dan LDP yang melibatkan suku kaum dan pelbagai anutan kepercayaan agama yang
berbeza serta adat resam yang berlainan kerajaan bukan hanya setakat berjaya membangunkan dalam aspek pembangunan
infrstruktur dan kemudahan-kemudahan asas sama ada di kawasan bandar mahupun di
luar bandar, namun sebaliknya berjaya menyatukan dan mewujudkan perpaduan semua
kaum yang ada di negara ini” jelas Juslie.
Tetapi yang anehnya tambah
Juslie, walaupun kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang ada sekarang ini berbuat baik kepada rakyat melalui dasar
tidak memilih bulu dalam mengagehkan pelbagai bantuan seperti BR1M, TR1Ma, E
Kasih, Bantuan Sekolah, Bantuan 1Azam Bantuan Sentuhan Kasih; namun masih juga
dinafikan oleh para parti-parti pembangkang sehingga mereka menghasut rakyat supaya membencikan kerajaan yang ada
pada hari ini.
Majlis Rumah terbuka Raya yang
diadakan di kawasan lapang sasar Kampung Sungei Tiram telah dihadri lebih 500
orang penduduk yang datangnya daripada pelbagai kampung yang berhampiran
termasuk ADUN Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Mohd Edris sebagai tetamu kehormat.
No comments:
Post a Comment